Monday, April 18, 2011

Belacan.

Aku nak amek kelas bahasa Inggeris.
Aku tak suka cakap kena susun ayat and fikir words dulu.
Aku tak suka bila grammar aku cam ci.
Aku nak amek kelas bahasa Inggeris.

Tulah skolah ritu tanak focus betol-betol.
Padan muka aku.

Tuesday, March 15, 2011

Cabaran..

InsyaAllah lusa aku akan mula berkhidmat dengan Singapore shipping company. Doakan segalanya berjalan lancar. Amin.

1. Apa hukum makan masakan bukan Islam?



2. Adakah Bekas Memasak Babi Atau Anjing Perlu Disamak?

Ramai yang mengatakan bekas yang digunakan untuk memasak babi atau anjing adalah wajib disamak merujuk kepada pandangan Muhd Arshad Al-Banjari Apabila mulut dan air liur anjing bernajis, padahal mulutnya adalah sebaik-baik bahagian daripada haiwan, maka bahagian badannya, tahinya dan kecingnya lebih najis. Beliau mengkiaskan bahawa sekiaranya air liurnya bernajis maka bahagian lain lebih bernajis sebab mulut adalah bahagian yang paling suci daripada bahagian lain. Merujuk penemuan saintifik bahawa mulut atau air lius adalah bahagian yang paling banyak mengandungi bakteria berbanding bahagian lain. Sehingga apabila seseorang yang sedang menghidap penyakit influenza atau selesema maka dilarang keras untuk bersih ke arah orang lain kerana virus cepat menyebar melalui mulut atau air liur. Jadi kurang tepat kalau dikiaskan mulut lebih suci daripada bahagian tubuh babi dan anjing. Dalam ayat yang lain beliau berkata bahawa: Barang yang terkena najis berat (Najasah mughallazah) tidak suci kecuali dibasuh dengan enam kali air biasa dan sekali air tanah yang suci. Dalam ayat di atas Al-Banjari telah mengkiaskan babi dengan anjing tetapi ini bercanggah dengan Hadith di bawah ini: Ketika aku ramaja, aku telah tidur dalam masjid pada zaman Muhammad sedangkan anjing kencing dan berlarian dalam masjid, tetapi para sahabat tidak merenjis air (Sahih Bukhari 1;75;172). Dalam Hadith yang lain juga Muhammad menerangkan perkara ini: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya negeri kami ialah negeri ahli kitab, mereka makan daging babi dan minum arak, maka apa yang kami perlu buat dengan bekas dan periuk mereka? Rasulullah menjawab: "Jika kamu tidak ada bekas lain, maka hendaklah kamu bersihkan dengan air, kemudian kamu gunakan untuk makan dan minum kamu" (At-Tirmizi 1797 dan Ahmad 4;193). Bahkan lebih dasyat lagi apabila ada muslim di Malaysia yang menyamak rumah yang pernah diduduki oleh bukan muslim disebabkan orang bukan muslim tersebut makan babi atau makanan haram lainnya. Ini adalah salah tanggapan di kalangan muslim dan bukan muslim. Padahal kalau kita merujuk kepada Al-Qur'an dan Hadith, daging babi hanya haram untuk dimakan dan tidak wajib untuk disamak bekas yang digunakan untuk memasak babi atau haiwan haram lainnya. Sila rujuk ayat di bawah tentang pengharaman babi : Katakanlah: "Tidaklah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa dalam keadaan terpaksa sedangkan dia tidak menghendakinya dan tidak pula melampui had, maka Allah maha pengampun lagi maha penyayang (Al-An'am 6;145). Mangikut ayat di atas daging babi haram dimakan tetapi tidak ada mengatakan wajib samak bekas yang digunakan untuk memasaknya. Bahkan mengikut pandangan ulama bulu babi boleh digunakan sebagai benang. Sedangkan yang wajib disamak adalah apabila bekas dijilat oleh anjing, ini berdasarkan hadith yang dilaporkan oleh Abu Hurairah : Telah berpesan Muhammad : Mensucikan bekas yang dijilat oleh anjing dengan mencucinya sebanyak tujuh kali, mula-mula dengan tanah (dilaporkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Baihaqi). Daripada hadith di atas samak hanya berlaku apabila bekas dijilat oleh anjing sahaja sedangkan bekas yang digunakan untuk masak babi tidak diterangkan. Maka mengikut pandangan ulama bekas yang digunakan untuk memasak babi mencukupi sekadar membasuh menggunakan sabun biasa sahaja tanpa perlu samak. BUkan bermakna kita memudahkan hukum tetapi kenapa kita menyusahkan dalam perkara Al-Qur'an dan Hadith tidak melarangnya. Minta pandangan anda semua Faisal Bin Abdul Rahman UKM Bangi Saya perlukan pandangan anda semua daripada artikel ini.. harap dapat berkongsi hujah yang bernas..

* from www.iluvislam.com


3. Menggunakan Perkakas Dapur Dan Mesin Pembasuh Di Apartmen Yang Telah Digunakan Oleh Orang Bukan Islam.

Soalan:
Saya adalah seorang pelajar yang menuntut di universiti di luar negara iaitu New Zealand. Saya tinggal di sebuah apartmen (rumah) yang mempunyai enam orang penghuni. Empat orang Melayu Islam dan dua orang bukan Islam yang kesemuanya adalah perempuan. Kami berkongsi satu dapur untuk memasak dan peralatan dapur ada disediakan seperti periuk, kuali, pinggan mangkuk, cawan, pisau, sudu dan sebagainya. Oleh sebab apartmen tersebut pernah diduduki oleh orang-orang bukan Islam maka saya percaya bahawa alat-alat memasak dan pinggan mangkuk yang disediakan telahpun digunakan untuk memasak dan menghidangkan makanan yang haram seperti babi/khinzir. Di blok saya tinggal itu ada empat buah apartmen yang mana disediakan dua buah mesin pembasuh untuk keempat-empat apartmen di blok itu. Pertanyaan saya ialah:
1. Apakah saya perlu samak pinggan mangkuk dan alat-alat memasak yang disediakan di apartmen itu?
2. Jika sekarang ini saya menggunakan pinggan mangkuk dan alat-alat memasak yang telah disediakan di apartmen itu, apakah saya perlu samak tangan saya setelah menyamak pinggan mangkuk yang disediakan di apartmen itu?
3. Bolehkah saya menggunakan mesin pembasuh yang disediakan? Saya khuatir orang-orang bukan Islam menggunakan mesin pembasuh itu mencuci pakaian mereka yang mungkin ada najis babi/khinzir atau binatang-binatang haram yang lain seperti anjing.
4. Jika saya mencuci pinggan mangkuk yang disediakan itu dengan sponge (span kain), apakah saya perlu menukar span pembasuh itu setelah menyamak pinggan mangkuk di dapur itu?
5. Perlukah juga saya samak gelas-gelas, cawan-cawan, rice cooker (alat memasak nasi elektrik) dan alat-alat lain yang ada di dapur apartmen itu?

Jawapan:
الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب ، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل ، وآله وصحبه أجمعين.

Pada dasamya menyamak (membasuh dengan air bersih sebanyak tujuh kali yang salah satunya dengan air bercampur tanah) peralatan seperti periuk, pinggan mangkuk, sudu, kuali, mesin pembasuh, lantai rumah dan lain-lain yang disediakan dalam apartmen yang pemah didiami oleh orang bukan Islam tidaklah wajib, selama tidak ada bukti yang meyakinkan bahawa peralatan itu pemah terkena najis mughallazhah (khinzir dan anjing).

Peralatan itu juga tidak wajib dibersihkan mengikut cara biasa penyucian hukum Islam selama tidak ada keyakinan ia pemah terkena najis mutawassithah (najis selain khinzir dan anjing) atau mukhaffafah (seperti air kencing anak lelaki yang hanya minum air susu ibunya sahaja).

Walaupun pada ghalibnya pengguna asal (orang bukan Islam) menggunakan peralatan-peralatan itu dengan bahan-bahan najis, tetapi ini sahaja tidaklah dapat dijadikan bukti atau keyakinan. Bukti dan keyakinan itu hendaklah berdasarkan penglihatan atau pengetahuan sendiri atau perkhabaran orang yang 'adil lagi dipercayai bahawa peralatan itu pemah terkena najis.

As-Sayyid al-'AlHimah Abdullah bin 'Umar bin Abu Bakar bin Yahya Rahimahullah ada menyebutkan:

كل عين لم تتيقن نجاستها ، لكن غلبت النجاسة في جنسها كثياب الصيبان وجهلة الجزارين والمتدينين من الكفار بالنجاسة كأكلة الخنازير ، أرجح القوالين فيها العمل بالأصل وهو الطهارة.

Ertinya: Setiap benda (suci) yang tidak diyakini mengandungi najis, tetapi benda itu pada ghiilibnya dalam jenisnya memang mengandungi najis, seperti pakaian anak-anak kecil, kejahilan tukang-tukang sembelih binatang dan orang-orang kafir ten tang perkara najis seperti memakan khinzlr, (maka) menurut pendapat yang arjah. daripada dua pendapat ialah beramal dengan hukum asal iaitu (dihukumkan) suci. (Imam Ba 'Alawi, Bughyah al-Mustarsyidin: 15)

Walau bagaimanapun, peralatan atau barang-barang orang bukan Islam itu adalah termasuk dalam hukum yang diragukan kesuciannya. Setiap yang meragukan seeloknyalah ia dijauhi berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu lalaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Hasan bin Ali Radhiallahu anhu.


دع ما يربيك إلى ما لا يربيك
(رواه الترمذي والنسائي واحمد والدارمي)


Maksudnya: Tinggalkan apa-apa yang meragukanmu kepada apa¬apa yang tidak meragukannmu.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi, an-Nasa'i, Ahmad dan ad-Darimi)
Meninggalkan perkara yang diragukan dan mengambil yang tidak diragukan adalah jalan paling selamat, selama mana ada jalan untuk mendapatkan yang tidak diragukan itu. Jika tidak, dalam makna, seseorang itu terpaksa memakai yang diragukan, maka hukumnya tidaklah haram.
Bertolak dari keadaan yang meragukan inilah para ulama fiqh menetapkan hukum, bahawa minum atau makan pada bejana orang yang bukan Islam yang sudah pemah digunakan oleh mereka, secara umumnya adalah makruh.
As-Sayyid al-' Allamah Abdullah bin 'Vmar bin Abu Bakar bin Yahya Rahimahullah ada menyebutkan lagi:

نعم ، يكره استعمال كل ما احتمل النجاسة على قرب وكل عين تيقنا نجاستها ولو بمغلظ ثم احتمل طهارتها ولو على بعد.
Ertinya: Ya, adalah makruh menggunakan setiap apa yang berkemungkinan besar terkena najis dan setiap benda yang kita telah yakini terkena najis sekalipun najis mughallazah (khinzfr dan anjing), kemudian benda itu berkemungkinan telah suci, sekalipun kemungkinan itu jauh. (Bughyah al-Mustarsyidin: 15)

Dalam kitab al-Hawasyi al-Madaniyyah disebutkan:
يكره استعمال أواني الكفار ، وما يلي أسافلهم أشد ، وأواني مائهم أخف.
Ertinya: Makruh menggunakan bejana-bejana orang-orang kafir; dan (manakala) apa yang terdiri daripada asafil (bekas air yang diperbuat daripada kulit) mereka adalah lebih-lebih lagi dan (manakala) bejana-bejana air mereka itu adalah lebih ringan. (AI-Hawasyi al-Madaniyyah: 1/53)
Hukum yang tersebut di atas adalah bertitik tolak daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Tsa'labah al-Khusyani Radhiallahu 'anhu katanya:
أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقلت : يا رسول الله ، إنا بأرض قوم أهل الكتاب نأكل في آنيتهم ، وأرض صيد أصيد بقوسي ، وأصيد بكلبي المعلم والذي ليس معلما ، فاخبرني ما الذي يحل لنا من ذلك ، فقال : أما ما ذكرت أنك بأرض قوم أهل الكتاب تأكل في آنيتهم ، فإن وجدتك غير آنيتهم فلا تأكلوا فيها ، وإن لم تجدوا فاغسلواها ثم كلوا فيها، وأما ما ذكرت أنك بارض صيد ، فما صدت بقوسك فاذكر اسم الله ، ثم كل ، وما صدت بكلبك المعلم ، فاذكر اسم الله ، ثم كل ، وما صدت بكلبك الذي ليس معلما فادركت ذكاته فكل.
(رواه البخاري ومسلم والترمذي وأبو داود وابن ماجه واحمد والدارمي)


Maksudnya: Aku telah menemui Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata: "Wahai Rasulullah! Kami berada di bumi kaum ahli kitab (dan) kami makan (menggunakan) bejana-bejana mereka, dan (berada) di bumi (tempat) perburuan di mana aku memburu (menggunakan) panahku dan dengan anjingku yang terlatih serta yang tidak terlatih; beritahulah kepadaku apa yang halal bagi kami daripada sedemikian itu?" Baginda bersabda: "Adapun apa yang engkau sebut mengenai engkau berada di bumi ahli kitab, di mana engkau makan menggunakan bejana-bejana mereka, jika engkau mendapati (bejana) selain daripada bejana-bejana mereka, maka jangan kamu makan dengannya (menggunakannya). Jika kamu tidak mendapati (selainnya), maka kamu basuhlah (terlebih dahulu) kemudian makanlah padanya. Adapun apa yang engkau sebut mengenai engkau berada di bumi tempat perburuan, maka apa yang engkau buru dengan menggunakan panahmu, sebutlah nama Allah (sebelum memanah) kemudian makanlah, dan apa yang engkau buru dengan menggunakan anjing yang terlatih, sebutlah nama Allah (sebelum melepaskannya), kemudian makanlah; dan apa yang engkau buru dengan menggunakan anjingmu yang tidak terlatih, (jika) engkau sempat menyembelihnya, maka makanlah."
(Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan ad-Darami)

Jika diketahui dengan yakin bahawa peralatan seperti periuk, pinggan, mangkuk, sudu, kuali, mesin pembasuh, lantai rumah dan lain-lain yang disediakan dalam apartmen yang pemah didiami oleh orang bukan Islam itu pemah terkena najis terutama najis mughallazhah (khinzir dan anjing), maka peralatan tersebut hendaklah dibersihkan dengan menyamaknya.

Adapun sponge atau apa sahaja peralatan yang digunakan untuk mencuci najis mughallazhah, jika ia tidak terkena dengan lain najis mughallazhah itu seperti darah, peluh, air Iiur anjing dan babi, kerana benda yang hendak disamak itu sudah dihukumkan sebagai najis hukmi (najis yang tidak dapat diIihat dengan mata dan tidak lagi mempunyai sifat najis itu iaitu rasa, wama dan bau seperti air kencing yang telah kering), maka peralatan itu tidak perlu disamak dan boleh digunakan semula kerana ia tidak terkena lain najis. (I'iinah ath- ThiiIibin: 1/156-157, Tarsyih al-Mustifidin: 40)

Cara Membersihkan Najis

Perlu diingat bahawa apa pun jua jenis najis sama ada najis mukhaffafah, mutawassithah atau mughallazhah, sebelum membersihkannya sebagaimana cara yang telah ditetapkan oleh syara', segala lain Girim najis dan sifat najis yang terdiri daripada rasa, wama dan bau najis itu hendaklah dihilangkan terlebih dahulu. Jika ia tidak dihilangkan terlebih dahulu, maka apa sahaja benda yang terkena dengan benda yang bemajis itu adalah dikira bemajis juga. Walau bagaimanapun, jika hilang dua daripada tiga sifat tersebut, maka ia adalah memadai, seperti hilang rasa dan bau sahaja atau rasa dan wama. Tetapi rasa, tidak boleh tidak, mesti dihilangkan, kerana jika ia masih ada rasa setelah hilang bau dan wama, maka ia tidak memadai. Selepas lain dan sifat najis yang terdiri daripada rasa, wama dan bau najis itu sudah dihilangkan, barulah benda yang terkena najis itu dibersihkan sebagaimana cara yang telah ditetapkan oleh syara'.
Cara membersihkan najis mukhaffafah ialah dengan merenjis air ke atas benda yang terkena najis itu.
Cara membersihkan najis mutawassithah ialah dengan mengalirkan atau menjirus air ke atas benda yang terkena najis itu. Tidak memadai membasuhnya dengan air yang ditakung dalam bekas yang kurang daripada dua qullah (lebih kurang 161 liter atau isi padu empat segi 60x60x60x60cm. (Mu'jam Lughiit al-Fuqahii': 368) seperti air yang ditakung di dalam besen atau baldi di mana benda yang terkena najis itu hanya dicelup di dalamnya sekalipun beberapa kali.
Cara membersihkan najis Mughallazhah pula ialah: Benda yang terkena najis hendaklah dibasuh atau dijirus dengan tujuh kali air di mana salah satu daripadanya dengan air yang bercampur dengan tanah.

Najis Yang Dimaafkan
Salah satu peralatan moden yang luas penggunaannya ialah microwave oven yang berfungsi sebagai alat pemanas. Ia boleh digunakan oleh orang Islam selepas orang bukan Islam itu memanaskan makanannya (yang diragukan kehalalannya atau yang jelas haram)kerana pada lazimnya mana-mana makanan yang dipanaskan dalam microwave oven tidak diletakkan secara langsung tanpa bekas, bahkan makanan itu dibalut atau diletak dalam bekas lain yang tahan panas. Adapun udara pemanas yang keluar untuk memanaskan makanan itu adalah dari udara panas yang suci. Namun jika sekiranya udara panas berkenaan itu mengandungi udara najis, disebabkan kesan daripada makanan yang dimasak itu najis, mengikut setengah ulama, makanan yang dipanaskan itu harus juga dimakan. Hal ini dikiaskan kepada roti yang dimasak dengan bahan najis yang kering dan habuknya terkena pada roti, namun roti itu harus dimakan .
Pengarang kitab Fath al-‘Allam berkata:
ويعفى عن الخبز المخبوز بالسرجين : بأن وضع الرغيف على نفس السرجين بعد إيقاده ، أو على عرصة عجنت به ، فيجوز أكله وفته في نحو لين ولو بقي به شيء من الرماد ، ولا يجب غسل الفم إذا أراد الصلاة وتصح مع حمله.


Ertinya: Dan dimaafkan roti yang dibakar dengan (menggunakan bahan bakar) tahi kering; dengan diletakkan sekeping roti di atas tahi kering selepas menyalakan apinya, atau diuli di atas tanah lapang, maka boleh dimakan roti itu dan mencebisnya pada ketika roti itu lembut walaupun terlekat padanya sedikit debu, dan tidak wajib membasuh mulut jika dia hendak bersembahyang dan sembahyangnya tetap sah dengan menanggungnya. (Fath al-' Allam: 1/518)

Katanya lagi:
ولو وضع إناء فيه لبن على نار نجسة لتسخينه ، فتطاير شيء منها في اللبن ، عفي عنه.


Ertinya: Dan jika diletakkan bejana yang mengandungi susu di atas api yang bernajis bagi memanaskan susu itu, lalu berterbangan sesuatu daripadanya ke dalam susu, (sedemikian itu) adalah dimaajkan. (Fath al-' Allam: 1/520)
Sekiranya makanan itu jelas bemajis atau najis, maka asapnya yang sedikit mengikut urf adalah dimaafkan walaupun asapnya itu timbul daripada kesan dimasak (dipanaskan) dengan menggunakan seperti tahi kering. Adapun wapnya yang bukan daripada sebab pemanasan adalah suci.
Perkara ini dijelaskan oleh Imam as-Sayyid al-Bakri:

ويعفى عن يسير عرفا من دخان النجاسة ، وهو التصاعد منها بواسطة النار ، ولو من بخور يوضع على نحو سرجين.
Ertinya: Dan dimaafkan yang sedikit menurut urf asap najis, iaitu asap yang naik daripadanya dengan sebab (dibakar) dengan api, sekalipun daripada wap yang diletakkan di atas seumpama (bara) tahi kering. (I'anah ath-Thalibin: 1/106).

Makna urf oleh sesetengah ulama ialah sekiranya tidak jelas adanya kesan. (AI-Hawasyi al-Madaniyyah: 1/32)
Katanya lagi:
وخرج بدخان النجاسة بخارها ، وهو المتصاعد منها لا بواسطة النار ، فهو طاهر . ومنه الريح الخارج من الكنف أو من الدبر فهو طاهر ، فلو ملأ قربة حملها على ظهره وصلى بها صحت صلاته.

Ertinya: Dan terkeluar (tidak termasuk) dengan (perkataan) asap najis ialah wapnya, iaitu wap yang naik daripadanya (asap najis) yang bukan melalui dengan (dipanaskan/dimasak) dengan api, maka wap itu adalah suci. Termasuk dalam kategori ini ialah (seperti) udara yang keluar daripada tandas atau dubur, maka ia adalah suci, maka jika sekiranya angin itu dipenuhkan dalam satu bekas lalu dibawa dalam sembahyang, maka sembahyang itu tetap sah. (I'anah ath- Thalibin: 1/106).
Dari itu, memakai semula microwave oven selepas digunakan oleh orang bukan Islam untuk memanaskan makanan yang meragukan kehalalannya atau yang jelas haram adalah harus.
Adapun jika makanan itu diyakini bernajis dan diketahui pula terkena alat pemanas, maka alat itu hendaklah dibersihkan terlebih dahulu mengikut cara-cara membersihkan najis, dan jika tidak terkena alat pemanas, maka wap makanan yang bernajis itu, yang sedikit dan melekat pada bejana itu adalah dimaafkan. Walaupun begitu, orang Islam patutlah berhati-hati mengguna pakai microwave oven berkenaan, seperti jika hendak memanaskan makanan di dalamnya, seeloknya hendaklah dibalut atau diletakkan dalam bekas yang tertutup. Tetapi jalan yang paling selamat ialah tidak menggunakan peralatan yang diguna sama oleh orang yang bukan Islam yang terdedah kepada najis, kerana orang yang bukan Islam itu tidak mengetahui hukum-hukum najis.

والله أعلم بالصواب


* from www.e-infad.my

Friday, October 29, 2010

Semangat.

Semangat..
Kau kat mana?
Hari tu kau ada dengan aku.
Hari ni kau entah ke mana.
Kau janji aritu nak teman aku.
Kalau kau takde, sape nak teman aku esok-esok?
Kau nak biar aku sorang-sorang?
Kau tau aku tak boleh survive tanpa kau kan?
Datang balik kat aku please.
Aku rindukan kau.
Dah lama aku tak bersama dengan kau.
Kembalilah padaku Semangat.
Bersamalah denganku selamanya.

Wednesday, October 20, 2010

Si Comey.

Hari ni aku terbukak blog sorang rakan lama. Rakan yang agak rapat dengan aku suatu masa dulu. Alhamdulillah dia dah bertunang lepas bermacam-macam liku dan rintangan dia hadapi untuk sampai ke tahap itu. I'm glad for her. Sangat gembira. Tahniah sahabat. :)

Monday, October 11, 2010

Senyum.



Aku suka lirik dia. Senyummmmmm. ;)))

Saturday, October 2, 2010

Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri.

Suami adalah merupakan  ketua yang akan memimpin dan mencorakkan sesebuah rumahtangga.  Sikap suami mempunyai pengaruh yang akan besar terhadap suasana yang mesra, aman dan damai atau sebaliknya.  Oleh itu, suami mestilah menjadi seorang yang  benar-benar matang fikirannya, tahu tugas dan tanggungjawabnya, serta  bersifat jujur dalam memimpin dan mengetahui rumahtangga yang baru dibina itu.  Untuk melahirkan sebuah perkongsian  hidup  yang benar-benar bahagia maka Allah SWT sendiri menggariskan  beberapa kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap isteri, antaranya ialah :
i.       Wajib atas suami  memberi mas kahwin kepada bakal isterinya.  Firman Allah SWT maksudnya : “Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang wajib”.
ii.       Memberi nafkah zahir dan batin, nafkah zahir termasuklah :
a.   Tempat tinggal / tempat kediaman bersama (suami dan isteri) iaitu rumah yang selayaknya yang memberi keselesaan dan keamanan.
b.   Keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami, sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik.  Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”
iii.      Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, mesra dan kasih sayang.  Firman Allah SWT, maksudnya:
“Bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik.”
iv.      Hendaklah berlaku adil sekiranya suami itu mempunyai isteri lebih dari satu.
v.      Suami berkewajipan menahan diri dari menyakiti, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang memudharatkan isteri tanpa sebarang sebab.
vi.      Menjadi kewajipan suami untuk memberi keizinan kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya (ibu bapa dan kaum keluarganya)
Demikianlah di antara kewajipan suami terhadap isteri, di samping itu sebagai yang kita maklum bahawa Allah menjadikan perempuan itu sebagai teman hidup yang paling rapat, hendaklah diberi layanan-layanan yang istimewa seperti berikut :
1.      Suami hendaklah sentiasa  bertimbang rasa, menunjukkan kasih-sayang terhadap isteri, bercakap dengan lemah lembut dan mesra, selalu bermuka manis dan janganlah bermuka masam atau sebagai singa yang garang terhadap mangsanya.  Adalah menyedihkan setengah orang-orang jahil  menyangka bahawa bersifat garang dan keras terhadap isteri itu adalah menunjukkan kelakiannya, dan ia menyangka berlemah-lembut terhadap isterinya adalah satu sifat yang  hina dan memalukan, tetapi sebenarnya bersifat kasar adalah membawa isteri menjadi durhaka, sebaliknya bersifat lemah-lembut menyebabkan isteri kasih dan menghormatinya.  Sanda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”
2.      Hendaklah suami memberi kelapangan  perbelanjaan rumahtangga keperluan hidup yang selayaknya mengikut kemampuan yang sewajarnya.  Jika  suami terlalu bakhil terhadap rumahtangga maka diharuskan isteri mengambil sekadar yang diperlukan  dari harta  suaminya walaupn tanpa izinnya, sebagaimana Rasulullah sendiri  memberi kebenaran tersebut kepada isteri Abu Sufian apabila ia  mengadu kepada Rasulullah tentang kebakhilan Abu Sufian.
3.      Hendaklah suami menguruskan segala urusan dengan sebaik-baiknya dan menggembirakan seperti apabila ia sakit, diberi rawatan perubatan yang secukupnya.
4.      Pandu dan bimbinglah isteri dengan nasihat yang baik dan berilah contoh akhlak yang terpuji dan ajaran yang lemah lembut, Rasulullah sendiri menghuraikan hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya wanita itu adalah tulang rusuk (bengkok), sekiranya engkau mahu membetulkannya ia akan patah dan jika engkau membiarkannya, engkau akan menikmatinya dalam keadaan bengkok.”
5.      Berilah isteri haknya sebagai isteri bukan sebagai orang suruhan (hamba) atau sebagai babu, dan bukan sebagai boneka yang semata-mata untuk memenuhi nafsu kaum lelaki sahaja.
6.      Hendaklah bersikap terus terang dengan isteri dan jangan sekali-kali mendustainya, kerana jika isteri didustai dia akan mendustai suaminya pula.
7.      Sebagai suami (ketua keluarga) jangan memperturutkan sahaja apa kehendak isteri sehingga sampai merendahkan harga diri (mengikut di bawah telunjuknya sahaja, istilah sekarang “queen control”.
8.      Dibolehkan suami memukul isteri untuk mendidik bukan untuk balas dendam.  Dalam hal ini tidak memaki hamunnya apabila  hendak memberi pengajaran kepada isteri dalam bentuk yang sopan atau pulaukannya (tinggalkan tempat tidur dan tidak tidur bersama-samanya).
Seandainya dapat dilaksanakan tanggungjawab yang sedemikian tentu Insya Allah suami dapat membawa rumahtangga ke arah kehormanian dan kebahagiaan.

*Taken from  hikmatun.wordpress.com

Tuesday, September 28, 2010

Update.

1. Salam Aidilfitri 1431 Hijrah.
2. Maaf ku minta kepada semua umat yang mengenali aku dimuka bumi ni. Tersilap kata, terkasar bahasa, tertepok, tertampar, tercarut, termakan, terminum dan segala bagai ter lagi.
3. Aku rasa macam nak delete je blog ni. Cam dah takde fungsi. Tapi sayang lak. So tak jadi delete.
4. Aku ada 2 bulan lagi sebelum aku habis Combine Class nih. Malas betimbun-timbun untuk Module 5 & 6. Mudah-mudahan beransur hilang kemalasan tu sikit hari lagi.
5. Lepas abis kelas bulan 12 nih ada hal penting nak kena setelkan. Mudah-mudahan semua berjalan lancar. InsyaAllah.

Sekian.

Saturday, May 8, 2010

Jangan Ada Benci.

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
 
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
 
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Di sudut hati 

Tuesday, April 13, 2010