Wednesday, July 16, 2008

Cakap-Cakap Kosong Yang Berisi

Assalamualaikum w.b.t.
~ Dah sebulan lebih aku join MV Offshore Discovery. Alhamdulillah, so far semuanya okay. Aku suka kerja kat sini. Tak hectic sangat. Cuma kadang-kadang je la. Secara totalnya aku puas hati!!

~ Lately bila aku dapat online, aku banyak baca blog orang, tak kira la sesiapa pun, awek, kawan-kawan, malah yang aku tak kenal pun aku layan. Just nak habiskan masa and layan bosan. 1 perkara yg menarik minat aku bila dah suka sangat baca blog-blog orang ni (confirm memang takde kerja) terdapatnya blog-blog yang bersifat “KEAKUAN” (aku tak tahu la betul ke tak istilah aku ni) or maybe yang semaksud dengannya self-defense (kot??). Ala kira macam semuanya dia yg betul. Orang lain je yang salah or maybe memang dia betul sangat-sangat aku tak tahu la. Wallahualam.

~ Biasanya konsep isi blog yang aku baca ni tak lari jauh la. About daily routine, aktiviti menarik yang diorang buat, yang tengah bercinta tu dengan luahan rasa sayang dan rindu untuk pasangan memasing (hmmm..ahaks!!). Tak ubah macam diary or should I say public diary? Eyhh, aku bukan kritik blog korang tau, ni cuma pendapat seorang pembaca yang tak reti menulis macam aku ni. Blog korang, suka hati la korang nak tulis apa kan? Who cares?? Aku sendiri merapu merapek dalam blog aku walaupun berapa kerat sangat la orang yg baca. Peduli apa kan?? Kan?? Hehe..

~ Kembali pada blog yang bersifat “keakuan” tadi, ada sesetengah postnya meluahkan rasa tak puas hati, rase sedih dan sebagainya yang mengatakan mereka ditindas, ditipu, di khianati dan lain-lain. Bila aku baca post diorang tu aku jadi kesian dan simpati pada individu terbabit. Kadang-kadang aku fikir “kenapa la malang sangat nasib beliau ini?” or “ kenapa la diorang buat beliau macam ni”. Sampai aku rasa dia memang betul-betul tak bersalah!! Memang dia yang betul!! Persoalannya, siapa aku nak kata dia betul? Tanpa mengetahui permasalahan tersebut dengan lebih terperinci.Haa..kat sini yang menariknya, cuba korang pikir apa pulak kata pihak yang lagi 1. (maksud aku bila Si A kata Si B buat sekian-sekian kat dia, cuba tengok apa pulak kata Si B). tapi betul la kan, kalau bukan kita sendiri yang bela diri kita, siapa lagi kan? Betul tak? Ni cuma pendapat aku je la kan. Saja nak wujudkan situasi yang berbeza. Tapi kalau benang tu dah basah, takde mananya dia nak lurus. hehe.. Aku kalau bab diri atas pagar ni cukup suka. Haha.. bukan sebab aku takde pendirian, tapi aku lebih suka menggunakan akal fikiran yang rasional dan pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat sebarang keputusan. (cewahh!!) Tapi kalau untuk diri sendiri selalunya redah je. Haha..

~ Bila kita dah baca luahan Si A, apa kata kalau kita baca luahan Si B pulak. Mungkin Si B akan kata (walaupun tak tuju terus or without mention any name) yang Si A ni pernah buat dia camni camtu, sekian ini sekian itu. Lama-lama Si B tak tahan dengan Si A lalu, kabooomm!! Meletuslah krisis antara mereka. Yang ni contoh je tau. Kalau macam ni korang rasa camne? Si A atau Si B yang betul? Bergantung la pada cerita mereka dan kebijaksanaan akal fikiran korang. Bak kata Nabil Raja Lawak musim ke-2, “ Lu ada telinga lu orang dengar. Lu ada mulut lu orang jaga. Lu ade muka lu orang cuci. Lu ada otak?? Haa..lu pikir la sendiri!!”

~ Tapi malangnya (saja gatal nak rase malang), tak semua masalah yang aku baca tu aku dapat dengar (baca) daripada kedua-dua belah pihak. Yang selalunya, aku pun tak tahu siapa la pihak yang lagi 1 tu. Huhu.. yelah, macam yang aku bagitau tadi, diorang cerita mana ada sebut nama pihak lagi 1. kalau ada yang sebut pun sah2 la aku pun tak kenal!! Dah nama pun baca blog strangers, mana la aku nak kenal. Appada!! So bila tau informasi dari sebelah pihak je, maka pendapat aku pun hanya pada 1 side, bukan secara total.

~ Sebagai contoh (tak tau la sesuai ke tak contoh ni), aku sendiri suatu ketika dulu pernah berkrisis dengan seseorang. Maka ada la sorang kawan baik aku ni sudi dengar bebelan aku. Aku pun cerita la kat dia sekian-sekian dan dia juga kenal dengan individu yang berkrisis dengan aku tu. So dia pun tanya la apa yang jadi between us dari pihak sebelah sana pulak. So setelah dianalisa segala data dan maklumat yang diterima, dia merumuskan dalam hal ni aku yang bersalah dan aku yang mencetuskan permasalahan ini. Walaupun dia lebih rapat dengan aku berbanding dengan pihak yang lagi 1, tapi pendapat dia tak bias atau memihak pada aku membabi buta. (apa yang aku nak bagitau kat sini, kadang-kadang bila kita dah berkawan baik ngan someone tu, apa yang kita nampak semua kawan kita betul, orang lain je yang salah. Betul tak? Ada sesetengah je la kan, tak semua). Aku okay, aku boleh terima pendapat dia tu, malah aku berterima kasih banyak-banyak kat dia (walaupun aku x cakap kat dia) sebab bagi aku nampak apa silap aku. Hak dia la nak judge aku macam mane kan? Dan skang pun aku masih berkawan rapat ngan dia tanpa sebarang masalah. Cuma beliau (individu yang berkrisis ngan aku tu) dah tak rapat la ngan aku. Gitu-gitu je. Dengar khabarnya masih marah kat aku. Aku minta maaf banyak-banyak. (see?? mane ada sebut nama).Huhu..

~ Jadi kesimpulan yang aku dapat kat sini, kita kadang-kadang kena tengok kat diri kita sendiri dulu sebelum kita menyalahkan orang lain. Mungkin memang betul, bukan kita yang salah, tapi apa salahnya kalau kita berfikir kenapa diorang buat kita macam tu? Mungkin ada silap dari kita yang kita sendiri tak sedar or tak pernah nak sedar. Mungkin perangai kita (tuju kat diri sendiri juga ni) yang buat orang jelik dengan kita? mungkin jugak kan? Sama-sama la kita pikir okey? Kawan-kawan pulak kalau dah nampak member tu buat salah, tegur la. Jangan biar bodoh je. Bukan jaga tepi kain orang lain, tapi sama-sama ambil berat. Yang kita ni bila dah kena tegur, jangan pulak melenting mengkhinzir buta. Orang tegur sebab sayang, sebab diorang kawan kita. Muhasabah diri sendiri.

~ Apa pun, macam post aku yang awal-awal dulu, aku suka baca blog orang, luahan diorang, pendapat diorang, gambar or apa sahaja yang mereka bebelkan. Lagi sekali aku nak tegaskan kat sini, aku takde kritik siapa-siapa, hanya sekadar berpendapat je. Aku ni bukan la betul sangat pun adanya. Mana yang silap korang tegur la. Aku takde hal punya. Sama-sama kita main nasihat-nasihat kay?hehe..Aku mungkin tak sekreatif diorang (korang) semua, jadi korang teruskan menulis supaya ada menda menarik aku nak baca bila jenguk-jenguk blog korang. Sekian.

No comments: