Showing posts with label SEMBANG-SEMBANG. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG-SEMBANG. Show all posts

Friday, March 26, 2010

Berhenti sejenak..

situasi.
Anda sedang memandu kereta menuju ke suatu destinasi yang tak pasti pada malam hari. Memandu bukan di lebuhraya, sebaliknya di jalan Persekutuan (bukan Federal Highway ye). Dari kejauhan terlihat sebuah kereta dibahu jalan dengan kelipan hazard lamp. Semakin hampir kelihatan sepertinya pemandu tersebut mengalami kesulitan sambil melihat-lihat tayar keretanya. Ataupun dalam keadaan bonet keretanya ternganga. Berseorangan tanpa ada yang membantu. Tindakan anda?

A. Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, anda berhenti untuk menghulurkan bantuan.
B. Meneruskan perjalanan kerana ingin cepat sampai ke destinasi yang tak pasti itu. Sambil berdoa agar dipermudahkan kesulitan insan tersebut.
C. Meneruskan perjalanan kerana bimbang akan keselamatan anda sendiri. Kerana sekarang ini terdapat pelbagai modus operandi penjenayah untuk mendapatkan mangsanya.
D. Lain-lain. (sila nyatakan)

Aku percaya 10-15 tahun lepas jika tersua dengan situasi begini, pasti jawapan 'A' yang akan dipilih. Sekarang ini? Susah kan nak pilih? Jika 'A' yang dipilih, takutnya masuk ke sarang buaya. Jika 'B' dan 'C' yang dipilih, kasihan pula akan ia, tapi pastinya keselamatan diri terjamin. Jadi bagaimana? Zaman makin berubah. Kebaikan diambil kesempatan, justeru manusia mengambil langkah berhati-hati. Tapi bakal mengundang pandangan tidak berperi kemanusiaan dan tiada timbang rasa. Bagaimana? Pengalaman aku sendiri yang pernah terkandas di kebun getah tatkala malam hari bulan terang. Dalam perjalanan pulang ke kampung tayar keretaku pecah dan harus diganti. Alhamdulillah ada 3 faktor yang menyebabkan aku yakin segalanya akan berjalan lancar. Satu, aku berteman. Dua, bulan terang membantu penglihatan aku. Dan tiga, aku berpengalaman menukar tayar kereta. Justeru itu kereta yang lalu lalang tidak ku harap berhenti memberikan bantuan. Mereka boleh bersegera ke destinasi tanpa perlu risau akan aku. Tapi itu cuma tayar kereta. Kalau lain punya hal? Wallahualam.

Itu hanya 1 contoh. Lain-lain? Baiklah.

1. Jiran-jiran tidak lagi mengambil berat/kisah akan perangai anak-anak jiran yang lain. Buruk baiknya bukanlah urusan mereka. Alasan "jangan jaga tepi kain orang" digunapakai. Barangkali sikap ibu bapa sendiri yang tidak boleh menerima apabila anak mereka ditegur/dimarah jiran menyebabkan jiran-jiran mengambil sikap "mind your own business".

2. Pelajar tidak lagi takut dengan guru. Tidak takut dengan guru itu biasa, tapi hilang hormat dengan guru itu luar biasa. Teguran guru dibalas dengan cercaan serta kemusnahan harta benda. Seingat aku, ketika zaman ingusan aku dulu mana-mana guru pun punya hak untuk merotan dan mencubit pelajar. Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru. Bagaimana anak itu dibimbing terserahlah kepada si guru asalkan si anak tidak cedera dan menjadi 'manusia'. Dengan cara itu sekalipun masih ramai yang nakal/ganas seperti gaban. Apatah lagi dengan keadaan sekarang ini apabila anak dicuit sedikit pun bagai incredible hulk si parents menyerang sekolah. Mau sahaja sekolah itu dibakar. Barangkali si parents inilah yang seperti gaban ketika di zaman persekolahnya dahulu.;)

3. Sekitar tahun 90'an, anak kecil bebas berkeliaran bermain disana sini tanpa perlu dirisaukan. Sebelum tegak matahari atas kepala pandailah mereka pulang ke rumah. Setelah matahari semakin menunduk maka bertebaranlah kembali mereka bergelak tawa bersama guli, gasing, layang-layang, daun terup, getah gelang dan sebagainya. Sebelum Pak Bilal melaungkan azan, berlari-lari mereka pulang ke rumah. Jika lewat pasti rotan/talipinggang/getah paip menanti menjamah belakang badan. Sekarang ini begitu sukar untuk aku menjumpai senario begitu. Hatta dikampung-kampung. Si ingusan-ingusan ini lebih gemar menjengket-jengket cuba menunggang motosikal. Setelah momentum berjaya dicapai maka berdesuplah mereka umpama jalan itu abah dia yang punya. Atau mereka lebih gemar ke saiber kafe bermain game. Cekap sungguh mereka-mereka ini seperti tentera elit lagaknya tatkala bermain Counter Attack. Pernah suatu masa dulu ketika aku sedang melanggan di saiber kafe, si ibu menyusul setelah seharian anaknya tidak pulang. Dimarah anaknya kerana kerana mengambil RM50 dari dompet. Lantas berjumpa pemilik saiber kafe tersebut dan berpesan agar anaknya di blacklist dari kafe tersebut. Sekiranya kelihatan kelibat anaknya maka dipesan segeralah menghubungi hotline si ibu. Berkerutlah dahi si tokey kerana kehilangan pelanggan tetapnya. Bukan seorang tapi berorang-orang kerana si anak datang bersama rakan-rakan seperjuangan yang bernaung di bawah payung dirajanya. "korang main je, nanti aku bayar" lagaknye seperti Sazali sewaktu kecil (sila tonton filem anakku Sazali).

Aku rasa banyak lagi perubahan yang dapat dilihat hasil dari peralihan zaman ini. Aku pun pernah menjadi budak dan budak manalah yang tak nakal. Tapi budak zaman sekarang nakalnya semacam. Aku belum punya anak malahan berkahwin pun belum lagi. Tapi bagaimanakah harus aku didik anak-anakku nanti bagi menempuh zaman milennium ini? Dengan kondisi kerja aku yang tak selalu dirumah, mampukah permaisuriku mendidik anak-anakku dengan acuan yang terbaik? InsyaAllah suatu hari aku pasti akan berjumpa dengan formula terbaik untuk menbesarkan anak-anak ini. InsyaAllah. Salam..

Nota: Keadaan di atas mungkin tidak teraplikasi kepada semua orang. Ini cuma pendapat dan pengalaman aku.

Monday, March 1, 2010

bahasaku melayu..

"Sekiranya terdapat perbezaan dalam penterjemahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunakan"



apekah? bukan ke bahasa Malaysia (Melayu) bahasa rasmi???

Tuesday, February 23, 2010

Pepatah Melayu berkata...

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Masih relevankah pepatah ini? Atau teraplikasikah kepada semua? Manusia takkan lepas dari melakukan kesilapan dalam hidup. Syukurlah ada yang sedar akan silapnya itu (samada disedarkan atau tersedar sendiri) dan berkehendak akan ia untuk berubah demi kebaikan. Tapi mestikah Sang Pendosa terus hidup diselubungi kesilapan silam? Ya benar, yang lepas harus dijadikan pengajaran. Kata maaf diucap bukan bermaksud melupakan. Beringatlah, tapi biar berpada-pada. Berilah peluang kepada Sang Pendosa mengharungi yang jernih. Sang Pendosa pasti beringat akan silapnya dahulu, harap diulang tidak. Ingat, berilah peluang...

Wednesday, December 30, 2009

penghujung tahun

Selamat tahun baru 1431 Hijrah dan 2010 Masihi. Semoga hidup dalam tahun ini lebeh hebat dari tahun semalam. Bertambah lagi 1 angka untuk perkiraan umur kite. Ade orang kate sebenarnya bukan bertambah umur, tapi berkurang umur kite stiap kali pertambahan tahun. Berkurang umur untuk kita bernafas. Ade betolnya. Banyak mende yang aku bace lately, banyak kate-kate yang aku nak ulas lately, banyak peristiwa yang terjadi lately. Maka sendat jugalah kepada aku ngan mende-mende nih. Banyak mende nak ditulis, tapi kemalasan mengatasi segalanya. Itu dia, formula terbaek untuk mengelak ape saje dalam ape jua keadaan. MALAS. Teruskan berfikir, teruskan pemerhatian, terus mencari yang terbaik. Pasti kau kan berjumpa jawapan. Jangan malas-malas. Peace!

Monday, November 23, 2009

katakatakatakatakata

Sesetengah kata-kata orang boleh didengar tak boleh dipakai. Sebahagiannya lagi boleh didengar dan boleh dipakai. Termasuklah yang pedih didengar tapi boleh dipakai tapi tak mahu dipakai atas pelbagai alasan. Yang bagusnya yang pedih didengar tapi boleh dipakai ini digunapakai. Itu orang yang bijak. Tapi tak kurang banyaknya yang tak boleh didengar dan tak boleh dipakai tapi masih didengar dan dipakai. Terpulanglah kepada kebijaksanaan anda sendiri. Kalau tak pasti? Tanyalah pada kawan, itu pun belum tentu boleh didengarpakai. ;)

Wednesday, October 21, 2009

coretan pagi buta..

MANUSIA. Dimana pun makhluk yang satu ini berada, tetap akan sama sifatnya. Kalau ada yang rajin, pasti ada yang malas. Kalau ada yang baik, pasti ada yang jahat. Kalau ada yang kaya, pastilah ada yang miskin. Kesilapan yang sedikit dibakar lagi dengan kesilapan-kesilapan yang lain. Yang diserang lantas membela diri sambil melancarkan serang balas dengan mencari salah silap pihak lawan. Bak hujan lebat, caci maki bertebaran sana sini. WHO WILL WIN? tiada sapa yang tahu. Jangan dikatakan kita ini baik, dia itu jahat dan jangan dikata kamu itu baik, kami ini jahat. Kerna pasti dalam satu komuniti yang besar ada yang baik dan ada yang buruknya. Itulah manusia. SEDIH bila hidup berjiran, tetapi bercakaran. Jangan hanya cantik pada permukaan saja, isinya juga harus cantik bersama. PELIK, tatkala peperangan siber rancak diantara meraka, kami disini berkerja bersama-sama dengan begitu cantik untuk mencari nafkah. bangsa berbeza, warganegara berbeza, agama juga berbeza. Namun tiada pula perkelahian seumpama itu. Sudah-sudahlah...

nota : post kali ni aku tulis lepas bace blog2 berisukan tarian pendet.

Sunday, July 12, 2009

hanya kerna nama

Ape ade ngan nama? aku salu pikir nama aku spesel dan takde orang len yang sama nama ngan aku. Mohd Haizanizam. korang regularly ke dengar ade orang nama camtu? takde kan? haa..dats why aku suke perasan nama aku ni tunggal pemilik. bukan cam nama Fazil ke, Jasmine ke, Kamarul ke, Liyana ke (nama2 tsebut dipetik dari watak2 komik, tiada kaitan dengan yang masih idop, tengah makan ataupon yang sedang tidur.. haha!!)

Tapi ritu aku gatal2 tangan type nama aku kat google, tak sangke plak ade few person yang menpunyai nama yang sama ngan aku. terkesima aku depan pc. haha. ni aku bubuh bukti yang aku jumpe.

bukti 1:
yang ni aku jumpe kat web institut kemahiran tinggi belia negara sepang. encik haizanizam adalah tenaga pengajar sekolah perkakasan dan acuan. kire berbakat seni cam aku jugak la nie. cett!!

bukti 2:
yang ni lak kat website ex-SMTTARP. no telepon yang dipaparkan jelas bukan no telepon aku. tapi kalo nak try2 miskol pon pe salahnye. hahaha!!

bukti 3:
ni kat blog akak mane tah aku terjah. ni lagi la bukti nyata itu bukan aku.

Aku penah btekak ngan member aku yang nama aku ni 1 and only. takde orang len yang punya nama sama ngan aku. tapi skang ni terbukti aku silap. tapi yang pastinya aku tetap aku. tiada yang kedua. hanya ada 1 aku, kombinasi aku yang dulu, kini dan selamanya. wasalam...

Monday, January 26, 2009

rentetan seorang AKU

15 tahun dulu..
-sorang budak laki-laki.
-tinggal kat FELDA Palong Timur 1.
-masih skola rendah, baju putih suar biru slebet-slebet.
-pandai buat layang-layang.
-suke mandi paya.
-pandai main gasing.
-suke maen guli.
-berani redah utan paya cari asam kelubi (tempat aku pggil asam paya).
-tak suke kutip lerai kelapa sawit.
-sungguh-sungguh takut ngan lintah.
-tak pernah pegang komputer.
-tak pernah gi KL.
-rajin tangkap ikan.
-tidur dalam kelambu ngan abang bteman ubat ngamuk.
-suke gi skola sebab bole maen ngan kengkawan.
-malas wat homework.
-slalu kena sebat ngan abah.
-masuk maghrib kena halau ayam masuk reban.
-haa..pandai anyam ketupat.

5 tahun kemudian..
-budak laki-laki lagi.
-skola menengah kat asrama penoh.
-mula kenal dunia luar.
-kalau cuti, still mandi paya kadang-kadang.
-curi-curi memancing kat tasik & kolam skola.
-cuti ujung minggu suke balik umah kawan-kawan atau wat bbq kat asrama.
-dah pandai pakai microsoft office.
-dah pandai memilih pakaian.
-minat sorang budak pompuan.
-tak brani maen rugby lagi.
-takut ngan senior-senior.
-suke maen arked game.
-slalu kena "court".
-cuti panjang suke tperap/tido kat umah je.
-mula rebel.
-tetiap hari dengar lagu ACAB.
-paling tak suke batch 97-01 (skang ok dah).

5 tahun kemudiannye lagi..
-still laki-laki tulen.
-blaja kat ALAM.
-biasiswa Yayasan FELDA. (terima kasih banyak-banyak)
-tak mandi paya dah, mandi swimming pool je.
-makin gemok dan takde awek.
-still idup cam budak skola.
-hari-hari kawad, nak gi makan-kawad, gi kelas-kawad, maen bola-kawad.
-kadang-kadang lupa diri, rase diri dah cukup best.
-blaja asam garam kehidupan berkawan.
-rindukan kawan-kawan skola.
-tak suke nek bas lame2.

Dan kini..
-masih laki-laki. cuma bukan budak-budak lagi.
-keje kat laut, yang tak pernah manenye aku pikirkan dolu-dolu.
-paya yang dulu slalu aku berkubang dah tinggal lopak air je.
-lintah yang aku takut, kawan-kawan dah bela buat bisnes.
-KL yang dulu tak pernah aku jengah kini lokasi utama lepak ngan kawan-kawan.
-awek aku yang sorang ni pon dok kat KL.(saya sayang awek saya)
-komputer?haa..skang saya dah ade laptop jenama Compaq.
-rase diri cam dah tua sangat tapi mesih cam budak-budak.
-bercita-cita besar pastu pening pikir camne nak jadi kaya.
-kadang-kadang rase cam dok dalam zoo yang mana zaman keciknya dulu liar bebas nak kemana-mana.
-pernah bosan duduk umah, tak rasa kepentingan keluarga, tapi kini makin sayang kat mereka.
-yang dulu rase malu nak manje-ngengade ngan mak dah makin ngengade, sengal, gedik dan manje.
-rindu zaman budak-budak yang sangat berbeza ngan budak-budak skang.
-rindu zaman skola yang 1 mase dulu aku kadang-kadang benci dan bosan.
-yang pasti akan berkahwin dan mempunyai keluarga sniri.
-yang berterima kasih pada abah kerana menyebat diriku untuk mgajarku menjadi manusia.
-yang pasti akan tua (kalau panjang umurku) dan masa tuaku dihabiskan bersama anak cucu cicitku suatu hari nanti.
-yang berharap takkan lupakan dari mana asal usulku.
-yang mampu menaburkan jasa untuk bangsaku, agamaku juga negaraku.
-yang tetap aku, kombinasi aku yang dulu, kini dan selamanya.

Tuesday, August 19, 2008

Happy Merdeka Day Malaysia

"Tanggal 31, bulan lapan 57, merdeka merdeka tetaplah merdeka, sambut dengan jiwa yang merdeka!" tiap-tiap tahun sekitar bulan Ogos kita slalu dengar lagu ni kat radio kan? Lagu ni ada aura yang tersendiri pada aku. Sama macam lagu-lagu raya yang old skool. Bila terdengar even bukan pada bulan Ramadhan/Syawal (kadang-kadang saje layan sengal kepala tengah-tengah malam buta layan lagu raya. Haha..), tetap terasa feel raya dalam lagu tu. Allahyarham Sudirman sampaikan lagu merdeka tu dengan penuh feel sebagai rakyat Malaysia yang baru merdeka. Mesej lagu tu sampai la. Memang A+ la. Cool!!

Tapi apa yang aku faham tentang merdeka? Maksud merdeka tu tentu la semua faham kan. Yang aku maksudkan kat sini, yang pasal Malaysia merdeka ni, apa yang aku faham? Apa yang aku tau? Mungkin kalau aku dilahirkan 60-70 tahun yang lepas, aku lebih faham kot apa yang dimaksudkan dengan merdeka untuk Malaysia. Apa yang warga-warga emas rasa bila setiap kali sampai tarikh keramat tu. Macam mana perasaan diorang. Kita ni yang lahir-lahir dah aman damai, dah merdeka pernah ke amek port apa yang diorang rasakan? Tak banyak cerita dari keturunan aku yang boleh aku dengar pasal zaman sebelum merdeka ni. Mak aku lahir setahun selepas merdeka. Abah lak 2 tahun lepas merdeka. Atuk-atuk dan nenek-nenek aku semua dah takde. Satu-satunya arwah nenek aku yang aku dapat jumpa, nenek sebelah mak. Tu pun dah meninggal masa aku darjah 2. 

Kalau ikut daripada subjek Sejarah yang aku blaja mase kat skolah dulu tu, Tanah Melayu dijajah oleh Portugis (Cristiano Ronaldo, Louis Figo, Deco) kemudiannya oleh Belanda (Arjen Robben, Van Persie, Ruud Van Nistelrooy), pastu Inggeris (Joe Cole, Frank Lampard, John Terry), Jepun sekejap (Hidetoshi Nakata, Inamoto) then hand it over back to Inggeris. (pape hal pun EPL dah start balik!! Chelsea rawks!!) Then ada la golongan yang berusaha mendapatkan kemerdekaan Malaya dari pihak British. Antara nama-nama yang gah dalam era kemerdekaan masa tu tentu la Tunku Abdul Rahman, Onn Jaafar (legasi terhebat 3 keturunan, diikuti oleh Hussein Onn dan Hishamuddin Hussein) dan ramai lagi la. Alhamdulillah dengan adanya mereka ni, kita dapat menikmati hidup yang lebih baik pada hari ini. Setinggi-tinggi terima kasih untuk mereka semua.

Namun ada something yang menarik perhatian aku lepas aku baca Mastika hari tu. Kenal ke kita dengan nama-nama cam Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestamam, Burhanuddin Helmy, Ibrahim Yaakob (cam nama kolej kat UKM je) Kamaruzaman Teh, Rustam A. Sani dan ramai lagi la? Menurut apa yang aku baca diorang ni dilabelkan sebagai golongan penulis/pejuang haluan kiri. Mereka pun sama-sama menentang penjajah, tapi mungkin dengan cara mereka tersendiri dan bukan dengan cara diplomasi seperti yang digunakan oleh Tunku Abdul Rahman. Dah tentu cara mereka ni tak disenangi oleh British. Ada yang kena tangkap, ada yang kena ISA, ada yang kena buang negeri dan dicemuh sebagai pengkhianat negara hanya kerana pihak Inggeris melabelkan mereka begitu. Camtu gak la yang tercatat dalam buku teks Sejarah. Patutkah? Kalau ada yang masih hidup skang ni, rata-rata hidup diorang tak sehebat golongan kanan. Kita pun dah lama merdeka, cuba la revise balik fakta-fakta sejarah ni semua, mana yang tak betul kita betulkan balik. Kita pun ada ramai golongan bijak pandai. Lain yang mereka perjuangkan, lain pulak yang mereka dapat (correct me if I'm wrong).

Tu golongan yang memperjuangkan kemerdekaan, kita yang lahir-lahir dah merdeka ni ape cer beb? Sure kita tak dapat feel yang sama cam diorang rasa. Bila ditanya "Apakah pengertian anda sebagai rakyat Malaysia tentang merdeka?" maka muncullah jawapan seperti "bebas!! bebas dari cengkaman penjajah!!" tak kurang jugak yang jawab "hidup bebas tanpa kekangan penjajah, aman damai dan tidak di perintah oleh penjajah" dan macam-macam lagi la. Alhamdulillah masing-masing tau apa itu merdeka. Tapi sebenarnya merdekakah kita? Tak payah kata orang lain la, aku ni sendiri, merdekakah aku? Perlukah aku merdeka semerdeka-merdekanya? Bila dah terlalu merdeka, apa side-effect nya? Ya betul, kita memang merdeka, kita memang bebas, kita memang tuan ditanah air kita sendiri, tapi ada jugak benda-benda yang aku rasa aku tak perlu aku buat atas nama "merdeka". Ada sesetengah menda yang aku rasa aku tak perlukan "kemerdekaan". Biarlah aku dikongkong, biarlah aku dikekang. Bila dah merdeka sangat kang, haru biru geng. Apa dia menda alah tu? Ala.. lu pikir la sendiri. Banyak dah contoh-contoh skang ni. Apa pun yang kita buat, sendiri mau ingat la. Jangan jauh sangat "merdeka"nya tu sampai merosakkan diri (pesan untuk diri sendiri gak ni).

Apa pun, sempena bulan merdeka ni, ambil masa sekejap, pikir balik molek-molek, kalau kita tak merdeka pada 51 tahun yang lepas, agak-agak camne la nasib kita skang? Bebas ke kita cam skang? Entah hidup ke tak kita skang ni kan? (dah merdeka pun banyak bayi-bayi yang tak sempat hidup lama) Ucaplah sepotong kalimah "Alhamdulillah" tanda bersyukur kita hidup merdeka, aman dan sentosa. Semoga kedamaian ni kekal untuk masa-masa yang akan datang. Amin.

Thursday, July 17, 2008

MALAYSIA atau MYANMAR?

Myanmar ataupun Burma. Apa yang ada dengan sebuah tempat yang bernama Myanmar/Burma ni? Bersepah orang diorang kat tempat kita kan? Yang dah fasih cakap melayu pun ramai gila. Yang kawin dengan orang kita ada tak? Yang aku tahu, kalau kawin dengan Mat Bangla ada la. Tu pun sebab muka diorang ala-ala Shah Rukh Khan kot? Haha. Tapi ada sorang member aku kena ngorat ngan mamat Burma. Serius!! Ni cerita btol ni. Bukan fiksyen or rekaan semata-mata. Cinta suci mamat Burma tu ditolak mentah-mentah oleh member aku. Hehe. Okay,kita abaikan cerita tu. Hmm.. Korang tak teringin ke nak tengok camne pulak tempat diorang yang bernama Myanmar tu? Ape yang best kat sana, macam mane culture diorang, masyarakat diorang, apa-apa je la. Ok, meh aku cerita sikit pengalaman semasa kapal aku masuk sana.

~ Aku rasa la kan (dari apa yang aku nampak la), diorang ni pun masyarakat majmuk macam kita jugak. Sebab muka diorang tak sama pattern. Maksud aku kalau Bangla, sekali tengok je korang dah tau mamat ni Bangla. Sama macam Indonesian or Vietnamese. Tapi diorang ni ada yang muka cam India, Cina, cam Thailand pun ada, yang cam orang Melayu pun ada. Serius aku tak tipu. Mungkin sebab Myanmar ni bersempadan ngan negara-negara tersebut kot. Tapi yang cam melayu tu ape cer beb??

~ Kalau korang pernah masuk Myanmar, sure korang sangat-sangat bersyukur jadi anak Malaysia, dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan di Malaysia. Tak kira la Melayu ke, Jawa ke, Iban ke, Kadazan ke, Banjar ke, Cina ke, India ke, yang campur-campur ke, senang cerita mesti korang bersyukur sangat-sangat la. Aku rasa korang pun dah tau kan kenapa aku cakap macam tu. Yela, diorang diperintah oleh Junta (tentera). Freedom? jangan harap la. Malam-malam korang takkan ada peluang nak lepak-lepak minum kat mamak ke, kedai makan ke. Silap-silap boleh kena tembak. Lagi 1 yang aku sangat la bersyukur, 2 minggu selepas kali terakhir aku masuk Myanmar, tempat tu dilanda taufan Nargis. Ya Allah, aku sangat-sangat bersyukur Kau panjangkan umur aku. Alhamdulillah..

~ Apa yang tak best kat sana? Banyak. Corruption kat situ korang jangan kata la. Kapal sebelum masuk kat sesebuah port, ada banyak procedure. Cargo declaration la, kastam la, imigresen la, ntah apa-apa lagi tah. Aku tak tau sangat, bukan kerja aku. Senang cerita, pilot, agent, imigresen, kastam dan polis yang berurusan dengan kapal semua minta suap secara BERASINGAN!!. Terang-terang minta suap. Nak tak nak Kapitan kena bagi la juga. Kang tak pasal-pasal kapal kena tahan lak. Kalau Kapitan tak bagi, bila-bila masa je diorang boleh declare kapal kitorang bawa menda-menda haram. Tak ke naya?? Hmm.. Pastu orang-orang diorang yang datang kapal buat kerja, buat perangai lain pulak. kalau setakat makan minum kat kapal tu takdak hal la. Ni habis barang-barang kat kapal tu diorang "shopping". Apa yang boleh diorang angkat, semua diorang tapau. Clothes? breathing apparatus set? axe? fire hose? semua diorang angkat. Makanan dalam store jangan kata la. BERSIH!! Hmm.. Mesti korang kata "alah, apa susah, halau je la diorang turun kapal" kan?? Diorang datang ramai weh, pastu krew kapal berapa kerat sangat la.Mana larat kitorang nak pantau. Diorang ni semua pandai cover line. Kerjasama beb. huhu.. Lagipun kat tempat orang, berani ke korang nak halau diorang? Polis? Ingat diorang mau layan ke? Marah tu memang la aku marah, tapi lama-lama bila aku pikir balik, aku jadi kesian. Korang rasa nak ke diorang hidup camtu? Aku rasa tak. Tapi siapa yang buat diorang terpaksa jadi macam tu? Tak lain tak bukan, kerajaan diorang sendiri.

~ Dah bersyukur belum? Kalau belum meh aku tambah lagi. Orang-orang diorang sangat-sangat susah. Yangon (Rangoon) tu capital city dia, tapi memang teruk la keadaan bandar tu. Tak yah la aku cerita camne. Budak-budak ramai yang mengemis, jual poskad, offer diri nak angkat barang (masa korang shopping) and ada yang offer nak jadi tourist guide untuk kitorang. Bayang sendiri la, budak umur 11-12 tahun offer diri nak jadi tourist guide?? Yang menariknya, diorang tak mintak duit, sebaliknya cukup la sekadar korang bawa dia pergi makan or belikan dia makanan. Nampak tak betapa bersungguhnya budak-budak tu nak cari sesuap nasi?

~ Ada sekali tu lepas aku jalan-jalan shopping kat sana (takde ape yang menarik sangat pun. Kalau nak cari batu ruby, nilam, jed dan banyak lagi boleh la) on the way back to vessel, kitorang tunggu bot agen kat jeti. Then ada sorang budak perempuan datang kat aku jual poskad. Mula aku kata tak nak, then dia pergi pulak kat member-member aku yang lain. Bila dah habis semua dia tanya, dia datang balik kat aku. Aku pun beli la. Tak mahal, USD 2 ada la dalam 14keping. Dia tersenyum. Manis budaknya. Pastu aku sembang-sembang la dengan dia. Elizabert nama dia. Umur 12 tahun. Dia kata dia tinggal dengan mak dia kat seberang sungai nun. bapak dia dah takde. Aku tanya dia tak sekolah ke? Dia kata tak. Takde duit katanya. Mahal yuran nak pergi sekolah. Cot cet cot cet lama jugak la aku ngan member aku layan si Elizabert ni sembang. Tiba-tiba baru aku sedar yang budak ni baru berumur 12 tahun, tak pergi sekolah, tapi boleh sembang ngan kitorang menggunakan bahasa Inggeris!! Serta merta aku kagum (adult kat situ nak cari yang tau English pun susah geng!!). Bila aku tanya, dia kata dia belajar dari kawan dia yang pergi sekolah. Tengok betapa dahagakan ilmu budak ni. Dah la belajar ngan kawan je, pastu siap boleh cakap terus lak tu. Dah besar nanti katanya nak jadi tourist guide. Siap cakap kat aku another 10 years, kalau aku datang sana lagi, dia nak bawak aku jalan-jalan tempat yang menarik. Terasa cam nak ambil dia jadi anak angkat je. Bawak balik Malaysia, sekolahkan dia. (Haha!! terasa je. Tak mananya aku buat) Kita ni yang sistem pendidikan mantap siap takmo gi sekolah lagi. Tuang kelas la, apa la. Bersyukur la kawan-kawan oi(sendiri terasa. huhu..) Tapi sekarang aku tak tahu la apa nasib si Elizabert. Selamat ke tak dia dari taufan Nargis? Mudah-mudahan dia selamat.

~ Susah kan hidup diorang? No wonder la diorang ramai yang datang cari rezeki kat tempat kita. Atas kapal aku ni pun ada sorang, jadi electrician. Suka ketawa orangnya. Pada aku la, takrifan "hidup susah" tu sendiri abstrak. Sama ada memang susah, atau kita sendiri yang pilih untuk susah. Meh aku bagi korang 2 contoh untuk korang fikirkan.

1.Duduk kat kampung, makan cukup (nak sayur ada tanam kat belakang rumah, nak ikan boleh pancing kat sungai), pakai ala kadar, tak perlu berfesyen sangat, keperluan asas macam elektrik, air, tv, radio ada. Tapi tak mewah. Kenderaan sebijik motosikal atau beskal. Takde kereta. Nak jalan jauh naik bas. Tak perlu nak pikir bayar duit kereta, duit rumah, utang tv, utang perabot dan macam-macam utang lagi (sebab kebanyakkannya yang lama-lama masih elok). Orang yang senang kata "susahnya hidup diorang". Tapi betul ke susah hidup diorang?

2.Duduk kat bandar,bayar rumah ngan kereta tak boleh lari la kan. Tu 2 benda wajib. Bajet untuk belanja rumah, tv, home theatre set, perabot, pakaian, komputer, bil telefon, internet, elektrik, air, minyak kereta, tol, parking, cukai pintu dan macam-macam lagi. Orang susah nampak "mewahnya orang ni, mesti orang senang". Tapi betul ke senang hidup diorang?


~ So skang camne? Kita memang hidup susah? Atau kita sendiri yang pilih untuk hidup susah? Atau kita takde pilihan dan terpaksa susah? Atau bersusah-susah dahulu, bersenang-senag kemudian? Aku sendiri tak nafikan, untuk puas dengan hidup kita sendiri, mungkin kita akan pilih cara hidup yang susah sikit pada permulaannya supaya kita puas dikemudian hari bila kita tidak lagi susah. Apa pun ikut kemampuan masing-masing la kan. Sendiri mau ingat la macha! Tapi alhamdulillah. Bersyukurlah, susah-susah kita pun takde la sampai 1 hari kita miss soru. Kita masih tidur berbumbung, berselimut hangat. Takde la jadi macam kat Burma. Kan?? Kalau nampak orang mintak sedekah kat Puduraya, atau masa kita lepak-lepak kat mamak didatangi orang buta jual tisu/calendar, tak perlu la persoalkan sama ada orang tu benar-benar buta dan tak mampu cari rezeki dengan cara lain. Seluk la poket, capai la wallet keluarkan la walaupun hanya 50 sen, ikhlaskan kerana Allah dan berilah pada mereka. Tak luak pun duit kita kalau setakat 50 sen. Tipu atau benar keadaan diorang tu bukan urusan kita, itu urusan mereka dengan Allah. Kita besar pun dah besar dah. Matang pun dah matang dah. Bersyukur la dengan apa yang kita ada. So renung-renungkanlah. (ayat tak boleh blah..hehe) Sebagai penutup, aku selitkan sikit gambar-gambar masa aku kat Burma hari tu. Salam...



Blakang tu kalau tak silap kompleks mahkamah

This is a bus. Yah a bus!!

Bookstore

Rangoon old town

Chanteq giler building ni

Wednesday, July 16, 2008

Cakap-Cakap Kosong Yang Berisi

Assalamualaikum w.b.t.
~ Dah sebulan lebih aku join MV Offshore Discovery. Alhamdulillah, so far semuanya okay. Aku suka kerja kat sini. Tak hectic sangat. Cuma kadang-kadang je la. Secara totalnya aku puas hati!!

~ Lately bila aku dapat online, aku banyak baca blog orang, tak kira la sesiapa pun, awek, kawan-kawan, malah yang aku tak kenal pun aku layan. Just nak habiskan masa and layan bosan. 1 perkara yg menarik minat aku bila dah suka sangat baca blog-blog orang ni (confirm memang takde kerja) terdapatnya blog-blog yang bersifat “KEAKUAN” (aku tak tahu la betul ke tak istilah aku ni) or maybe yang semaksud dengannya self-defense (kot??). Ala kira macam semuanya dia yg betul. Orang lain je yang salah or maybe memang dia betul sangat-sangat aku tak tahu la. Wallahualam.

~ Biasanya konsep isi blog yang aku baca ni tak lari jauh la. About daily routine, aktiviti menarik yang diorang buat, yang tengah bercinta tu dengan luahan rasa sayang dan rindu untuk pasangan memasing (hmmm..ahaks!!). Tak ubah macam diary or should I say public diary? Eyhh, aku bukan kritik blog korang tau, ni cuma pendapat seorang pembaca yang tak reti menulis macam aku ni. Blog korang, suka hati la korang nak tulis apa kan? Who cares?? Aku sendiri merapu merapek dalam blog aku walaupun berapa kerat sangat la orang yg baca. Peduli apa kan?? Kan?? Hehe..

~ Kembali pada blog yang bersifat “keakuan” tadi, ada sesetengah postnya meluahkan rasa tak puas hati, rase sedih dan sebagainya yang mengatakan mereka ditindas, ditipu, di khianati dan lain-lain. Bila aku baca post diorang tu aku jadi kesian dan simpati pada individu terbabit. Kadang-kadang aku fikir “kenapa la malang sangat nasib beliau ini?” or “ kenapa la diorang buat beliau macam ni”. Sampai aku rasa dia memang betul-betul tak bersalah!! Memang dia yang betul!! Persoalannya, siapa aku nak kata dia betul? Tanpa mengetahui permasalahan tersebut dengan lebih terperinci.Haa..kat sini yang menariknya, cuba korang pikir apa pulak kata pihak yang lagi 1. (maksud aku bila Si A kata Si B buat sekian-sekian kat dia, cuba tengok apa pulak kata Si B). tapi betul la kan, kalau bukan kita sendiri yang bela diri kita, siapa lagi kan? Betul tak? Ni cuma pendapat aku je la kan. Saja nak wujudkan situasi yang berbeza. Tapi kalau benang tu dah basah, takde mananya dia nak lurus. hehe.. Aku kalau bab diri atas pagar ni cukup suka. Haha.. bukan sebab aku takde pendirian, tapi aku lebih suka menggunakan akal fikiran yang rasional dan pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat sebarang keputusan. (cewahh!!) Tapi kalau untuk diri sendiri selalunya redah je. Haha..

~ Bila kita dah baca luahan Si A, apa kata kalau kita baca luahan Si B pulak. Mungkin Si B akan kata (walaupun tak tuju terus or without mention any name) yang Si A ni pernah buat dia camni camtu, sekian ini sekian itu. Lama-lama Si B tak tahan dengan Si A lalu, kabooomm!! Meletuslah krisis antara mereka. Yang ni contoh je tau. Kalau macam ni korang rasa camne? Si A atau Si B yang betul? Bergantung la pada cerita mereka dan kebijaksanaan akal fikiran korang. Bak kata Nabil Raja Lawak musim ke-2, “ Lu ada telinga lu orang dengar. Lu ada mulut lu orang jaga. Lu ade muka lu orang cuci. Lu ada otak?? Haa..lu pikir la sendiri!!”

~ Tapi malangnya (saja gatal nak rase malang), tak semua masalah yang aku baca tu aku dapat dengar (baca) daripada kedua-dua belah pihak. Yang selalunya, aku pun tak tahu siapa la pihak yang lagi 1 tu. Huhu.. yelah, macam yang aku bagitau tadi, diorang cerita mana ada sebut nama pihak lagi 1. kalau ada yang sebut pun sah2 la aku pun tak kenal!! Dah nama pun baca blog strangers, mana la aku nak kenal. Appada!! So bila tau informasi dari sebelah pihak je, maka pendapat aku pun hanya pada 1 side, bukan secara total.

~ Sebagai contoh (tak tau la sesuai ke tak contoh ni), aku sendiri suatu ketika dulu pernah berkrisis dengan seseorang. Maka ada la sorang kawan baik aku ni sudi dengar bebelan aku. Aku pun cerita la kat dia sekian-sekian dan dia juga kenal dengan individu yang berkrisis dengan aku tu. So dia pun tanya la apa yang jadi between us dari pihak sebelah sana pulak. So setelah dianalisa segala data dan maklumat yang diterima, dia merumuskan dalam hal ni aku yang bersalah dan aku yang mencetuskan permasalahan ini. Walaupun dia lebih rapat dengan aku berbanding dengan pihak yang lagi 1, tapi pendapat dia tak bias atau memihak pada aku membabi buta. (apa yang aku nak bagitau kat sini, kadang-kadang bila kita dah berkawan baik ngan someone tu, apa yang kita nampak semua kawan kita betul, orang lain je yang salah. Betul tak? Ada sesetengah je la kan, tak semua). Aku okay, aku boleh terima pendapat dia tu, malah aku berterima kasih banyak-banyak kat dia (walaupun aku x cakap kat dia) sebab bagi aku nampak apa silap aku. Hak dia la nak judge aku macam mane kan? Dan skang pun aku masih berkawan rapat ngan dia tanpa sebarang masalah. Cuma beliau (individu yang berkrisis ngan aku tu) dah tak rapat la ngan aku. Gitu-gitu je. Dengar khabarnya masih marah kat aku. Aku minta maaf banyak-banyak. (see?? mane ada sebut nama).Huhu..

~ Jadi kesimpulan yang aku dapat kat sini, kita kadang-kadang kena tengok kat diri kita sendiri dulu sebelum kita menyalahkan orang lain. Mungkin memang betul, bukan kita yang salah, tapi apa salahnya kalau kita berfikir kenapa diorang buat kita macam tu? Mungkin ada silap dari kita yang kita sendiri tak sedar or tak pernah nak sedar. Mungkin perangai kita (tuju kat diri sendiri juga ni) yang buat orang jelik dengan kita? mungkin jugak kan? Sama-sama la kita pikir okey? Kawan-kawan pulak kalau dah nampak member tu buat salah, tegur la. Jangan biar bodoh je. Bukan jaga tepi kain orang lain, tapi sama-sama ambil berat. Yang kita ni bila dah kena tegur, jangan pulak melenting mengkhinzir buta. Orang tegur sebab sayang, sebab diorang kawan kita. Muhasabah diri sendiri.

~ Apa pun, macam post aku yang awal-awal dulu, aku suka baca blog orang, luahan diorang, pendapat diorang, gambar or apa sahaja yang mereka bebelkan. Lagi sekali aku nak tegaskan kat sini, aku takde kritik siapa-siapa, hanya sekadar berpendapat je. Aku ni bukan la betul sangat pun adanya. Mana yang silap korang tegur la. Aku takde hal punya. Sama-sama kita main nasihat-nasihat kay?hehe..Aku mungkin tak sekreatif diorang (korang) semua, jadi korang teruskan menulis supaya ada menda menarik aku nak baca bila jenguk-jenguk blog korang. Sekian.