Thursday, November 20, 2008

kekusutan yang tak tersimpul..

before tidur mesti aku pikir..
kalau bosan2 mesti aku pikir..
borak2 pon kadang2 aku selitkan..
tanya pendapat org..
tanya nasihat org..
mencari kelebihan dan kekurangan..
pilih yang terbaik..
ku harap ku temui petunjuk..
insyaallah..

Monday, November 17, 2008

Something to share..

Today is the 26th day im onboard. Dah bole adapt la dengan duty 12 jam. Not too bad. Layan je. Then dah decide ngn Chief yang aku, Zaiful and Farmoni akan rotate untuk kapal ni utk first 1 year. Which mean 12weeks onboard 6 weeks off. So ok la, tak perlu nak kabut2 cari kapal laen. Just stick with whut u got. Esok Zaiful nikah lusa bersanding, to Zaiful Selamat Pengantin Baru. Tak payah kusut2, ko dah ready je nak on bitau aku, br aku turun.

Job kt Miri dah selesai, skang nak gi Kemaman. Insyaallah lusa sampai kot. Just to share something, pada sape2 yang still x sure nak keje ape, ape keje yg bole dpt byk duit, keje pjabat bosan so korang nak cari keje yg mncabar sket. try cari info pasal mende2 nie.

1. Diver - kat kapal aku ni yang aku nmpak semua diver masih muda, age around late 20's. keje dlm air (name pon diver) doing repairing works and all the stuff, just like mine. the only different is diorang wat dalam air tapi payment gile babi tak hengat. they earn bout USD1500/day. bayangkn sendiri la klu umur 20's dah bole earn byk tu. but ofkos la highly risk kinda job. 2-3 days before project start diorang dah kena masuk chamber (something like kena repressurise body diorg and tah pape lagi la) tak bole keluar till project siap. sbg contoh, project yg bru lepas nie bout 10 hari, plus 3 hari sbelum n 3 hari slepas diorg kne dok dlm 2, so total 16 hari dok dlm chamber yg kire2nye besar 3x ganda reban ayam kt umah aku. tapi i think berbaloi diorg earn that much of money. so anak2 muda yg berminat, i heard course ni ade kt UK cost bout 10k pound.. kumpul duit from now, kang sbulan keje dah bole cover blk course fee 2. (make sure x fobia la dok dlm air.hehe)

2. Air Diver - tak berapa sure job scope utk yg nie. tp lebih kurang related to the divers la. cuma dia x yah masuk dalam air. earn bout USD 500/day (pon dah berbaloi dah). Course pon kt UK lebih kurang sama 10k pound. Baik gi skang, pound tengah jatuh teruk nie.

3. ROV - Remote Operated Vehicle. check this site www.SubNetServices.Com pon menarik, just duduk kat bridge, control the ROV thing pakai joystick mcm men PS je diorg ckp. Earn bout USD 600-900/day. Course fee dlm usd7k.

Then 2nd engineer cakap kt aku "Nizam kamu bisa ambil course utk Diver ini, kamu kan masih muda". Aku senyum je. Minat jgk dengan diver thingy ni, tp watpe aku nak terburu2. Apa yang aku ada skang nie pon blom smp target yg aku nak. so watpe nk kejar yg len. kang yg dikejar x dpt, yg dikendong berciciran. rezki ada dimana2. Tapi mungkin 1 hari nnti aku akan amek gak course diver 2..hahaha..

kay geng..chiow!

Monday, November 3, 2008

Back to work..

salam..
quite a while gak la aku tak update pape lam blog aku..
cuti beb, malas tak ingat lorh..
bercuti bout month and a half sangat menggembirakan hatiku..
gila sebal pale otak aku bila kena naik kapal balik..
hahaha..
still with the same company, Offshore Works Sdn Bhd..
tapi bawah Offshore Subsea Works Sdn Bhd la..
kapal yang laen, DPSV Offshore Stephaniturm..
as usual, kapal laen, environment laen..
orang laen, machineries laen..
so kena start everything all over again..
dah 2 minggu dah..
alhamdulillah ok..
zainal, faiz and pak jamal truely are my saviors..
especially zainal..
nampak je muke dia, tenang sket hati aku..
maybe mengingatkan aku kegembiraan semasa kat SV Offshore Discovery kot..
with a lot of pressures,at least berjaya menghappykan aku bila bump with him..
here agak meletihkan, but its good for a "one year experience" engineer..
pak jamal banyak membantu..
thanx to pak jamal..
pak jamal mentorku yang hebat..
hehe..
bubbye..

Friday, September 12, 2008

im on HOLIDAEEE!!!

dah cuti. baru 5 hari cuti. seronok bercuti. nak raya pulak. budak-budak kecik tu dah makin besar. makin comel. makin nakal. makin disayangi. selamat berpuasa. selamat hari raya aidilfitri.

Monday, September 1, 2008

7.6.5.4.3.2.1...yahoo!!

Salam w.b.t...
Hmm.. Ape yang aku countdown kan? Menunggu detik 12 menyambut hari kemerdekaan yang ke-51? Naahh.. not that. Apalagas, menghitung hari nak balik la. Haha.. Menda yang paling aku suka and paling aku benci. Bencinya, terasa masa berlalu sangat lambat. Rase cam nak putau-putau je jarum jam tu lelaju. Huhu.. Sonoknye, sebab aku tau aku dah nak balik. Cuti kali nie special sket coz aku dapat puasa kat rumah dan dapat beraya ngan family terchenta, awek tersayang serta rakan-rakan terbest!! Yesh!! Rekod tak pernah beraya atas kapal lagi. Alhamdulillah. Tapi tak tau la tahun-tahun depan lak. Kena pandai bajet time naik kapal la. Bajet cuti cun-cun before raya.

Insan-insan yang paling aku tak sabar nak jumpa :-
1. Puteri Nursumaiyyah bte Hanisam
2. Puteri Nurbalqis Aina bte Hanisam
3. Puan Srindon bte Nandir
4. Cik Jasmine bte Jamaludin
5. Encik/Cik Rakan-rakan


Sabar-sabar, sket je lagi. Next project with PCSB (Petronas Carigali Sdn Bhd) is about 6 days. Hopefully there's no delay or any extention. Siap on time!! Then, balik kampung.. oooo.. balik kampung.. oooo.. balik kampung.. hati girang!! Anyway SELAMAT BERPUASA geng!! Puasa jangan tak puasa!! to |c.i.n.t.a|, i miss you!!

Monday, August 25, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-51

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Tuesday, August 19, 2008

the BLUES!!!


CHELSEA the unbeatable SQUAD!!~awesome!!

1. Petr Cech
2. Branislav Ivanovic
3. Ashley Cole
5. Michael Essien
6. Ricardo Carvalho
7. Andriy Shevchenko
8. Frank Lampard
9. Franco Di Santo
10. Joe Cole
11. Didier Drogba
12. John Obi Mikel
13. Michael Ballack
15. Florent Malouda
16. Scott Sinclair
17. Jose Bosingwa
18. Wayne Bridge
19. Paulo Ferreira
20. Anderson Deco
21. Salomon Kalou
23. Carlo Cudicini
24. Shaun Wright-Phillips
26. John Terry
33. Alex
35. Juliano Belletti
39. Nicolas Anelka
40. Henrique Hilario

a place called J.O.H.O.R

Happy Merdeka Day Malaysia

"Tanggal 31, bulan lapan 57, merdeka merdeka tetaplah merdeka, sambut dengan jiwa yang merdeka!" tiap-tiap tahun sekitar bulan Ogos kita slalu dengar lagu ni kat radio kan? Lagu ni ada aura yang tersendiri pada aku. Sama macam lagu-lagu raya yang old skool. Bila terdengar even bukan pada bulan Ramadhan/Syawal (kadang-kadang saje layan sengal kepala tengah-tengah malam buta layan lagu raya. Haha..), tetap terasa feel raya dalam lagu tu. Allahyarham Sudirman sampaikan lagu merdeka tu dengan penuh feel sebagai rakyat Malaysia yang baru merdeka. Mesej lagu tu sampai la. Memang A+ la. Cool!!

Tapi apa yang aku faham tentang merdeka? Maksud merdeka tu tentu la semua faham kan. Yang aku maksudkan kat sini, yang pasal Malaysia merdeka ni, apa yang aku faham? Apa yang aku tau? Mungkin kalau aku dilahirkan 60-70 tahun yang lepas, aku lebih faham kot apa yang dimaksudkan dengan merdeka untuk Malaysia. Apa yang warga-warga emas rasa bila setiap kali sampai tarikh keramat tu. Macam mana perasaan diorang. Kita ni yang lahir-lahir dah aman damai, dah merdeka pernah ke amek port apa yang diorang rasakan? Tak banyak cerita dari keturunan aku yang boleh aku dengar pasal zaman sebelum merdeka ni. Mak aku lahir setahun selepas merdeka. Abah lak 2 tahun lepas merdeka. Atuk-atuk dan nenek-nenek aku semua dah takde. Satu-satunya arwah nenek aku yang aku dapat jumpa, nenek sebelah mak. Tu pun dah meninggal masa aku darjah 2. 

Kalau ikut daripada subjek Sejarah yang aku blaja mase kat skolah dulu tu, Tanah Melayu dijajah oleh Portugis (Cristiano Ronaldo, Louis Figo, Deco) kemudiannya oleh Belanda (Arjen Robben, Van Persie, Ruud Van Nistelrooy), pastu Inggeris (Joe Cole, Frank Lampard, John Terry), Jepun sekejap (Hidetoshi Nakata, Inamoto) then hand it over back to Inggeris. (pape hal pun EPL dah start balik!! Chelsea rawks!!) Then ada la golongan yang berusaha mendapatkan kemerdekaan Malaya dari pihak British. Antara nama-nama yang gah dalam era kemerdekaan masa tu tentu la Tunku Abdul Rahman, Onn Jaafar (legasi terhebat 3 keturunan, diikuti oleh Hussein Onn dan Hishamuddin Hussein) dan ramai lagi la. Alhamdulillah dengan adanya mereka ni, kita dapat menikmati hidup yang lebih baik pada hari ini. Setinggi-tinggi terima kasih untuk mereka semua.

Namun ada something yang menarik perhatian aku lepas aku baca Mastika hari tu. Kenal ke kita dengan nama-nama cam Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestamam, Burhanuddin Helmy, Ibrahim Yaakob (cam nama kolej kat UKM je) Kamaruzaman Teh, Rustam A. Sani dan ramai lagi la? Menurut apa yang aku baca diorang ni dilabelkan sebagai golongan penulis/pejuang haluan kiri. Mereka pun sama-sama menentang penjajah, tapi mungkin dengan cara mereka tersendiri dan bukan dengan cara diplomasi seperti yang digunakan oleh Tunku Abdul Rahman. Dah tentu cara mereka ni tak disenangi oleh British. Ada yang kena tangkap, ada yang kena ISA, ada yang kena buang negeri dan dicemuh sebagai pengkhianat negara hanya kerana pihak Inggeris melabelkan mereka begitu. Camtu gak la yang tercatat dalam buku teks Sejarah. Patutkah? Kalau ada yang masih hidup skang ni, rata-rata hidup diorang tak sehebat golongan kanan. Kita pun dah lama merdeka, cuba la revise balik fakta-fakta sejarah ni semua, mana yang tak betul kita betulkan balik. Kita pun ada ramai golongan bijak pandai. Lain yang mereka perjuangkan, lain pulak yang mereka dapat (correct me if I'm wrong).

Tu golongan yang memperjuangkan kemerdekaan, kita yang lahir-lahir dah merdeka ni ape cer beb? Sure kita tak dapat feel yang sama cam diorang rasa. Bila ditanya "Apakah pengertian anda sebagai rakyat Malaysia tentang merdeka?" maka muncullah jawapan seperti "bebas!! bebas dari cengkaman penjajah!!" tak kurang jugak yang jawab "hidup bebas tanpa kekangan penjajah, aman damai dan tidak di perintah oleh penjajah" dan macam-macam lagi la. Alhamdulillah masing-masing tau apa itu merdeka. Tapi sebenarnya merdekakah kita? Tak payah kata orang lain la, aku ni sendiri, merdekakah aku? Perlukah aku merdeka semerdeka-merdekanya? Bila dah terlalu merdeka, apa side-effect nya? Ya betul, kita memang merdeka, kita memang bebas, kita memang tuan ditanah air kita sendiri, tapi ada jugak benda-benda yang aku rasa aku tak perlu aku buat atas nama "merdeka". Ada sesetengah menda yang aku rasa aku tak perlukan "kemerdekaan". Biarlah aku dikongkong, biarlah aku dikekang. Bila dah merdeka sangat kang, haru biru geng. Apa dia menda alah tu? Ala.. lu pikir la sendiri. Banyak dah contoh-contoh skang ni. Apa pun yang kita buat, sendiri mau ingat la. Jangan jauh sangat "merdeka"nya tu sampai merosakkan diri (pesan untuk diri sendiri gak ni).

Apa pun, sempena bulan merdeka ni, ambil masa sekejap, pikir balik molek-molek, kalau kita tak merdeka pada 51 tahun yang lepas, agak-agak camne la nasib kita skang? Bebas ke kita cam skang? Entah hidup ke tak kita skang ni kan? (dah merdeka pun banyak bayi-bayi yang tak sempat hidup lama) Ucaplah sepotong kalimah "Alhamdulillah" tanda bersyukur kita hidup merdeka, aman dan sentosa. Semoga kedamaian ni kekal untuk masa-masa yang akan datang. Amin.

Monday, August 18, 2008

Lelaki? Jantan? Boy? Man? ahhh..bantai je la..

Fakta Mengenai Lelaki (sumber Maskulin dan Remaja)

1. 87% lelaki berkata, mengadakan temujanji dengan wanita yang lebih berjaya, adalah sesuatu yang seksi. (jap tengah imagine, seksi ke?)

2. 21% lelaki akan mencari pasangan yang lebih baik sebagai teman hidupnya, bahkan ketika bercinta. (maksudnya masa tengah bercinta, men tend to find another 1 yang lebih baik? camtu ke?)

3. 1/2 lelaki di dunia percaya bahawa dunia hari ini telah didominasi oleh wanita dan mereka hilang kedudukan dalam masyarakat. (huhu.. cam terpaksa setuju je)

4. Satu penelitian mendapati bahawa lelaki 7 kali lebih senang disaman akibat memandu dengan cuai dan tidak mengikut peraturan, dan 2 kali melanggar lampu isyarat berbanding wanita. (tipu!! aku bawak kete lagi berhemah dari Fay!!)

5. Berdasarkan satu kaji selidik, lelaki sangat mementingkan dan meluangkan 30% masa untuk menjaga penampilan diri berbanding 5 tahun lalu. (perempuan meluangkan 50% masa dating/jalan-jalan untuk menjaga penampilan dengan erti kata lain ~bersolek~ sejak puluhan tahun yang lalu)

6. Kaji selidik menunjukkan 1000 lelaki di India menyatakan bahawa kondom yang dibuat berdasarkan saiz antarabangsa adalah terlalu besar untuk mereka. (cari size XS la macha)

7. Antara seorang hingga 3 orang setiap 10 lelaki pada usia awal 70-an akan mengalami simptom pembesaran prostat. (prostat tu ape? yang dekat-dekat ngan pundi kencing tu ekk?)

8. 75% kes bunuh diri di United Kingdom dilakukan oleh kaum lelaki. (cuba kaji sebab apa, mesti sebab pempuan kan?)

9. Lelaki menyukai telefon bimbit yang mempunyai banyak butang kerana ia boleh membuatkan mereka merasakan dirinya adalah seseorang yang penting. (kalau henpon ada 1 button je boleh buat type mesage, bak meh bagi kat aku)

10. Kebanyakan lelaki takut pada pelentik bulu mata wanita. (takut kalau perempuan jadikan senjata penyepit. Sakit ooo..)

11. Kebanyakan lelaki tidak suka shopping, sebab itu department lelaki kebanyakannya terletak di aras 1. Beberapa inci sahaja berhadapan dengan pintu masuk. (sonang kojo den)

12. Apabila 4-5 orang lelaki berkumpul, topik perbualan mereka adalah sukan, politik dan kerjaya. (ya, benarrrr...)

13. Suhu badan lelaki adalah lebih tinggi daripada wanita. (no wonder perempuan suka peluk/dipeluk lelaki ekk? hangat rupanya. Haha..)

14. Rata-rata lelaki menonton tv 90 minit sehari. (aku tak termasuk kot coz aku tengok CSI supreme sunday je dah 3 episodes. Dah bape lame tu? tu belum dengan sports, discovery channel ngan berita lagi)

15. Pada usia 27 tahun ke atas, 97% lelaki kehilangan 20% kemampuan ereksinya ketika dibandingkan ketika masih 20 tahun. (aku BELUM 27 lagi!!)

16. 18-25% lelaki mengaku pernah membayangkan hari pernikahannya. (pernah ke? hmm... aaaa...)

17. 25% perokok lelaki baru dapat berhenti merokok setelah mencubanya sebanyak 4 kali. (no comment)

18. Lelaki lebih mudah menjadi perokok berbanding wanita. Purata lelaki menghisap 15 batang rokok sehari. (once again, no comment)

19. Di Australia menunjukkan bahawa 86% pembunuhan dilakukan oleh lelaki dan 95% penghuni penjara adalah lelaki. (ni sama ada lelaki Australia memang jahat atau pun Australia banyak warga lelaki je)

20. Lelaki yang berpewatakan wanita dan berpenampilan wanita tidak dipanggil lelaki, sebaliknya dipanggil Mak Nyah atau Pondan!! Hahaha.. (fakta aku sendiri)