Showing posts with label BOSAN. Show all posts
Showing posts with label BOSAN. Show all posts

Friday, March 26, 2010

Berhenti sejenak..

situasi.
Anda sedang memandu kereta menuju ke suatu destinasi yang tak pasti pada malam hari. Memandu bukan di lebuhraya, sebaliknya di jalan Persekutuan (bukan Federal Highway ye). Dari kejauhan terlihat sebuah kereta dibahu jalan dengan kelipan hazard lamp. Semakin hampir kelihatan sepertinya pemandu tersebut mengalami kesulitan sambil melihat-lihat tayar keretanya. Ataupun dalam keadaan bonet keretanya ternganga. Berseorangan tanpa ada yang membantu. Tindakan anda?

A. Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, anda berhenti untuk menghulurkan bantuan.
B. Meneruskan perjalanan kerana ingin cepat sampai ke destinasi yang tak pasti itu. Sambil berdoa agar dipermudahkan kesulitan insan tersebut.
C. Meneruskan perjalanan kerana bimbang akan keselamatan anda sendiri. Kerana sekarang ini terdapat pelbagai modus operandi penjenayah untuk mendapatkan mangsanya.
D. Lain-lain. (sila nyatakan)

Aku percaya 10-15 tahun lepas jika tersua dengan situasi begini, pasti jawapan 'A' yang akan dipilih. Sekarang ini? Susah kan nak pilih? Jika 'A' yang dipilih, takutnya masuk ke sarang buaya. Jika 'B' dan 'C' yang dipilih, kasihan pula akan ia, tapi pastinya keselamatan diri terjamin. Jadi bagaimana? Zaman makin berubah. Kebaikan diambil kesempatan, justeru manusia mengambil langkah berhati-hati. Tapi bakal mengundang pandangan tidak berperi kemanusiaan dan tiada timbang rasa. Bagaimana? Pengalaman aku sendiri yang pernah terkandas di kebun getah tatkala malam hari bulan terang. Dalam perjalanan pulang ke kampung tayar keretaku pecah dan harus diganti. Alhamdulillah ada 3 faktor yang menyebabkan aku yakin segalanya akan berjalan lancar. Satu, aku berteman. Dua, bulan terang membantu penglihatan aku. Dan tiga, aku berpengalaman menukar tayar kereta. Justeru itu kereta yang lalu lalang tidak ku harap berhenti memberikan bantuan. Mereka boleh bersegera ke destinasi tanpa perlu risau akan aku. Tapi itu cuma tayar kereta. Kalau lain punya hal? Wallahualam.

Itu hanya 1 contoh. Lain-lain? Baiklah.

1. Jiran-jiran tidak lagi mengambil berat/kisah akan perangai anak-anak jiran yang lain. Buruk baiknya bukanlah urusan mereka. Alasan "jangan jaga tepi kain orang" digunapakai. Barangkali sikap ibu bapa sendiri yang tidak boleh menerima apabila anak mereka ditegur/dimarah jiran menyebabkan jiran-jiran mengambil sikap "mind your own business".

2. Pelajar tidak lagi takut dengan guru. Tidak takut dengan guru itu biasa, tapi hilang hormat dengan guru itu luar biasa. Teguran guru dibalas dengan cercaan serta kemusnahan harta benda. Seingat aku, ketika zaman ingusan aku dulu mana-mana guru pun punya hak untuk merotan dan mencubit pelajar. Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru. Bagaimana anak itu dibimbing terserahlah kepada si guru asalkan si anak tidak cedera dan menjadi 'manusia'. Dengan cara itu sekalipun masih ramai yang nakal/ganas seperti gaban. Apatah lagi dengan keadaan sekarang ini apabila anak dicuit sedikit pun bagai incredible hulk si parents menyerang sekolah. Mau sahaja sekolah itu dibakar. Barangkali si parents inilah yang seperti gaban ketika di zaman persekolahnya dahulu.;)

3. Sekitar tahun 90'an, anak kecil bebas berkeliaran bermain disana sini tanpa perlu dirisaukan. Sebelum tegak matahari atas kepala pandailah mereka pulang ke rumah. Setelah matahari semakin menunduk maka bertebaranlah kembali mereka bergelak tawa bersama guli, gasing, layang-layang, daun terup, getah gelang dan sebagainya. Sebelum Pak Bilal melaungkan azan, berlari-lari mereka pulang ke rumah. Jika lewat pasti rotan/talipinggang/getah paip menanti menjamah belakang badan. Sekarang ini begitu sukar untuk aku menjumpai senario begitu. Hatta dikampung-kampung. Si ingusan-ingusan ini lebih gemar menjengket-jengket cuba menunggang motosikal. Setelah momentum berjaya dicapai maka berdesuplah mereka umpama jalan itu abah dia yang punya. Atau mereka lebih gemar ke saiber kafe bermain game. Cekap sungguh mereka-mereka ini seperti tentera elit lagaknya tatkala bermain Counter Attack. Pernah suatu masa dulu ketika aku sedang melanggan di saiber kafe, si ibu menyusul setelah seharian anaknya tidak pulang. Dimarah anaknya kerana kerana mengambil RM50 dari dompet. Lantas berjumpa pemilik saiber kafe tersebut dan berpesan agar anaknya di blacklist dari kafe tersebut. Sekiranya kelihatan kelibat anaknya maka dipesan segeralah menghubungi hotline si ibu. Berkerutlah dahi si tokey kerana kehilangan pelanggan tetapnya. Bukan seorang tapi berorang-orang kerana si anak datang bersama rakan-rakan seperjuangan yang bernaung di bawah payung dirajanya. "korang main je, nanti aku bayar" lagaknye seperti Sazali sewaktu kecil (sila tonton filem anakku Sazali).

Aku rasa banyak lagi perubahan yang dapat dilihat hasil dari peralihan zaman ini. Aku pun pernah menjadi budak dan budak manalah yang tak nakal. Tapi budak zaman sekarang nakalnya semacam. Aku belum punya anak malahan berkahwin pun belum lagi. Tapi bagaimanakah harus aku didik anak-anakku nanti bagi menempuh zaman milennium ini? Dengan kondisi kerja aku yang tak selalu dirumah, mampukah permaisuriku mendidik anak-anakku dengan acuan yang terbaik? InsyaAllah suatu hari aku pasti akan berjumpa dengan formula terbaik untuk menbesarkan anak-anak ini. InsyaAllah. Salam..

Nota: Keadaan di atas mungkin tidak teraplikasi kepada semua orang. Ini cuma pendapat dan pengalaman aku.

Monday, March 1, 2010

bahasaku melayu..

"Sekiranya terdapat perbezaan dalam penterjemahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunakan"



apekah? bukan ke bahasa Malaysia (Melayu) bahasa rasmi???

Wednesday, December 30, 2009

penghujung tahun

Selamat tahun baru 1431 Hijrah dan 2010 Masihi. Semoga hidup dalam tahun ini lebeh hebat dari tahun semalam. Bertambah lagi 1 angka untuk perkiraan umur kite. Ade orang kate sebenarnya bukan bertambah umur, tapi berkurang umur kite stiap kali pertambahan tahun. Berkurang umur untuk kita bernafas. Ade betolnya. Banyak mende yang aku bace lately, banyak kate-kate yang aku nak ulas lately, banyak peristiwa yang terjadi lately. Maka sendat jugalah kepada aku ngan mende-mende nih. Banyak mende nak ditulis, tapi kemalasan mengatasi segalanya. Itu dia, formula terbaek untuk mengelak ape saje dalam ape jua keadaan. MALAS. Teruskan berfikir, teruskan pemerhatian, terus mencari yang terbaik. Pasti kau kan berjumpa jawapan. Jangan malas-malas. Peace!

Monday, November 23, 2009

katakatakatakatakata

Sesetengah kata-kata orang boleh didengar tak boleh dipakai. Sebahagiannya lagi boleh didengar dan boleh dipakai. Termasuklah yang pedih didengar tapi boleh dipakai tapi tak mahu dipakai atas pelbagai alasan. Yang bagusnya yang pedih didengar tapi boleh dipakai ini digunapakai. Itu orang yang bijak. Tapi tak kurang banyaknya yang tak boleh didengar dan tak boleh dipakai tapi masih didengar dan dipakai. Terpulanglah kepada kebijaksanaan anda sendiri. Kalau tak pasti? Tanyalah pada kawan, itu pun belum tentu boleh didengarpakai. ;)

Monday, October 12, 2009

laut

mase kecit-kecit dulu aku sangat excited kalau dapat picnic kat pantai. paling kagum bile tengok laut. daerah yang takde penghujung. skang ni 3/4 dalam setahun, masa aku abes kat laut. mungkin mase kecit-kecit aku dah rasa yang suatu masa nanti aku pasti akan kelaut...

Saturday, September 26, 2009

kain burok..

gile berabuk berkarat berulat blog aku. sumpah aku tak teringat nak bukak blog ni. cume lepas terbace blog seorang orang, barulah aku teringat nak bukak blog. hahaha. pape pon selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin.

Sunday, July 12, 2009

hanya kerna nama

Ape ade ngan nama? aku salu pikir nama aku spesel dan takde orang len yang sama nama ngan aku. Mohd Haizanizam. korang regularly ke dengar ade orang nama camtu? takde kan? haa..dats why aku suke perasan nama aku ni tunggal pemilik. bukan cam nama Fazil ke, Jasmine ke, Kamarul ke, Liyana ke (nama2 tsebut dipetik dari watak2 komik, tiada kaitan dengan yang masih idop, tengah makan ataupon yang sedang tidur.. haha!!)

Tapi ritu aku gatal2 tangan type nama aku kat google, tak sangke plak ade few person yang menpunyai nama yang sama ngan aku. terkesima aku depan pc. haha. ni aku bubuh bukti yang aku jumpe.

bukti 1:
yang ni aku jumpe kat web institut kemahiran tinggi belia negara sepang. encik haizanizam adalah tenaga pengajar sekolah perkakasan dan acuan. kire berbakat seni cam aku jugak la nie. cett!!

bukti 2:
yang ni lak kat website ex-SMTTARP. no telepon yang dipaparkan jelas bukan no telepon aku. tapi kalo nak try2 miskol pon pe salahnye. hahaha!!

bukti 3:
ni kat blog akak mane tah aku terjah. ni lagi la bukti nyata itu bukan aku.

Aku penah btekak ngan member aku yang nama aku ni 1 and only. takde orang len yang punya nama sama ngan aku. tapi skang ni terbukti aku silap. tapi yang pastinya aku tetap aku. tiada yang kedua. hanya ada 1 aku, kombinasi aku yang dulu, kini dan selamanya. wasalam...

Wednesday, July 1, 2009

serabut-masai

harini engine department btol2 chaos haa. DNV ngan Lloyd inspection. hamek ko chief injinier tunggang-langgang melayan inspertor2 tersebut. merah2 padam muke dia. lantak ko la. ske sangat salahkan orang len. kate orang len tak bagus la, tu la ni la, now ko wat la kije sniri2. ada ETO ko kate dia tak bagus, dia dah resign skang kapal takde ETO. pastu ko salahkan kompeni. see, orang len jugak yang salah. lagi haru biru 2nd injinier kurang sorang. yang sorang ni pon baru 2 minggu kat sini. haa..menjawab la kamu. aku? slamber kodok aku gi mgecat. haha. diorang tak tanye, aku tak cakap la. lagipon sape la aku ni diorang nak tanye2 kat aku. wat kije sniri suda. skang dah 5.44pm. jap lagi aku tutup kedai. yahooo!!

Thursday, June 25, 2009

menonton hari-hari

sebelum nek kapal ritu aku dapat stock movie yang sangat banyak dari awek aku. so tetiap hari dalam 2 bulan stengah ni aku melayan movie tanpa jemu. 1 movie untuk 1 hari. kadang-kadang aku tengok balik mane-mane movie yang terbaek. tak cukup dengan yang ade, aku mintak kat bro faiz movies yang len. dan tak disangka-sangka 2nd engineer aku bagi aku external hard disk dia yang bersaiz 250GB camtu je sebab kat lappy dia taboley pakai. adeke? hahaha.. dalam tu lagi la perbagai jenis movie. malangnye byk yang dah dialih suara kepada bahasa Poland. stakat ni stock movie aku lom abeh lagi, tapi balik nanti aku nak mintak lagi kat cik baby movie-movie baru. ehehe..

ni aku komen sket movies yang aku tonton. saksikanlaaa..



step up 2 - the streets
aku just taboley tahan tengok gerak tari diorang. mantap!! terangkat-rangkat bahu aku tengok. 2 dancer dia yang aku suke sorang 410 crew pakai head band muke ala-ala mexican and sorang lagi MSA crew yang lawan pedang pon nak mnari. my advise, go get a better sound system. sure you'll enjoy it so much like i do.
rating - 3.5 bintang

taken
mamat ni ade sorang doter yang nak gi euro trip. gaya mamat ni memang cam over protected sket. pas doter dia sampai france (aku tak sure france ke spain) ngan kawan dia, diorang kne colek ngan sindiket pelacuran/jual gadis-gadis segar *ehem-ehem*. the best part when he warned pencolek tu sama cam ayat kt poster kat atas, pastu pencolek tu reply "good luck". dengan sore tu dia bole dapat trace tis guy sampai dapat. i know tis movie a lil bit too perfect, but still tak sia-sia ditonton.
rating - 4 bintang


never back down
ni pon mantap gak. citer pasal free style fighting. cam biase la plot cite hero kalah dulu. pastu baru menang. hero dah la muke sejibik cam cristiano ronaldo. cett!! tetiba rase mnyampah kat Man U lak!!
rating - 3.5 bintang


wall.e
gile sweet tak hengat wall-e ni. ye la dah berkurun-kurun dok sensorang kat bumi bile eve datang cam pervert lak wall-e. bela pet seekor lipas. sampai skang aku pakai ringtones mase wall-e introduce nama dia kat eve. kene tengok sebab banyak moral untuk manusia.
rating - 3 bintang

marele stan
cam biase la kalo mamat ni nyer citer musti takat mleleh-leleh air idung gelak. stan didapati bersalah atas tuduhan jenayah kolar putih then kne penjara 3 taun. tapi dia ada tempoh 6 bulan before start hukuman tu. so in term nak masuk penjara, dia prepare diri dia physically and mentally. cite ni ok la klu nak wat ilang penat penat keje. seyes beb.
rating - 3.5


yes man
sejak jim carey broke up ngan gf dia, dia jadi anti-sosial. tak campur sangat ngan orang even his bestfren. tapi lepas jumpe sorg kawan yang ajak dia gi 1 seminar Yes Man, sume mende berubah. rule dia senang je, dia kne jawab yes untuk sume mende. klu dia tak jawab yes, akan ada bala menimpa. dia ni da la keje loan department kat bank, so bayangkan le sume loan dia approve. even loan kecit-kecit pon slumbe ayam dia luluskan. aku paling syiok mase dia nyanyi lagu nak pujuk orang bunuh diri.
rating - 3bintang

x-men origin - wolverine
yang ni aku dapat version yang blom complete. haha. manetah cik baby dapat aku pon tatau. bwat stunt siap ade tali-tali lagi. tapi takpe la, aku layan je la. best gak la cume final battle tu memang totally CG yang lom siap la. huhu.
rating - 3bintang


the waterboy
aku dah bape kali ntah tengok cite ni. tapi still ske tengok. malas aku nak review cite ni. tapi best ditonton.
rating - 3bintang


vantage point
p
presiden USA ade public convention ke apetah kat spain. pastu ade konspirasi nak culik dia. aku ske cara cite ni berlangsung. nak ikutkan cite ni takde la panjang meleret. cuma dalam bape menet je every scene for everybody. tapi ending cam biase la, press USA mane bole mati. ptuih!!
rating - 3.5bintang


dan lagi movie yang aku tengok tapi malas nak review..haha.. nasib la..

traitor

shooter

saw 4

iron man

marley and me

passengers

ghostbusters

me, mysely and irene

madagascar 2

lucky number slevin

loaded

kung fu panda

the incredible hulk

how to rob a bank

house bunny

heat

haunted apartment

lord of war

doomsday

click

catch me if you can

the dark knight

ali g in da house - the movie

virgin territory

evan almighty

21

the illusionist

perfume

Saturday, May 16, 2009

layan...

A. Snap the picture of both inner and outer of your purse.

outside
inside

B. Introduce your purse brand, price & where you buy.
jenama : extreme
harga : rm50
tempat kejadian : perangin mall penang


C. Take out whatever its inside your purse

ic

seaman card

petronas safety card

argung privilage-latest collection

BSN Matrix-lama gile tak guna

AM Bank card-guna mase join MCM

RHB Cash Connect-latest bank card

Maybankard

transaction resits

Driving licence-kelas D je pon..haha..

Lesen belajar memandu-simpan lagi tu

resit mase renew pasport

Old Town tissue-*wink2!!*

ringgit malaysia cash

some duit malaysia lama dan duit asing

3 keping gambar baby : 1.baby puteri 2.baby jasmine bawah umur 3.baby jasmine atas umur..

sendiri-made card yang sangat berharga untuk aku

some of my passport sized photos..yang baju purple tu mase aku tadika..sangat comot..

selkom & meksis cards + doc's appointment cards + some notes

memory card nokia 6120 classic & M1 sim card..expired sudah

D. Tagged other 7 persons.
malas r.

E. Comment on your friend’s (who tagged you) purse.
purse kulit ular..tak WWF sunggoh..