Friday, October 29, 2010

Semangat.

Semangat..
Kau kat mana?
Hari tu kau ada dengan aku.
Hari ni kau entah ke mana.
Kau janji aritu nak teman aku.
Kalau kau takde, sape nak teman aku esok-esok?
Kau nak biar aku sorang-sorang?
Kau tau aku tak boleh survive tanpa kau kan?
Datang balik kat aku please.
Aku rindukan kau.
Dah lama aku tak bersama dengan kau.
Kembalilah padaku Semangat.
Bersamalah denganku selamanya.

Wednesday, October 20, 2010

Si Comey.

Hari ni aku terbukak blog sorang rakan lama. Rakan yang agak rapat dengan aku suatu masa dulu. Alhamdulillah dia dah bertunang lepas bermacam-macam liku dan rintangan dia hadapi untuk sampai ke tahap itu. I'm glad for her. Sangat gembira. Tahniah sahabat. :)

Monday, October 11, 2010

Senyum.



Aku suka lirik dia. Senyummmmmm. ;)))

Saturday, October 2, 2010

Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri.

Suami adalah merupakan  ketua yang akan memimpin dan mencorakkan sesebuah rumahtangga.  Sikap suami mempunyai pengaruh yang akan besar terhadap suasana yang mesra, aman dan damai atau sebaliknya.  Oleh itu, suami mestilah menjadi seorang yang  benar-benar matang fikirannya, tahu tugas dan tanggungjawabnya, serta  bersifat jujur dalam memimpin dan mengetahui rumahtangga yang baru dibina itu.  Untuk melahirkan sebuah perkongsian  hidup  yang benar-benar bahagia maka Allah SWT sendiri menggariskan  beberapa kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap isteri, antaranya ialah :
i.       Wajib atas suami  memberi mas kahwin kepada bakal isterinya.  Firman Allah SWT maksudnya : “Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang wajib”.
ii.       Memberi nafkah zahir dan batin, nafkah zahir termasuklah :
a.   Tempat tinggal / tempat kediaman bersama (suami dan isteri) iaitu rumah yang selayaknya yang memberi keselesaan dan keamanan.
b.   Keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami, sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik.  Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”
iii.      Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, mesra dan kasih sayang.  Firman Allah SWT, maksudnya:
“Bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik.”
iv.      Hendaklah berlaku adil sekiranya suami itu mempunyai isteri lebih dari satu.
v.      Suami berkewajipan menahan diri dari menyakiti, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang memudharatkan isteri tanpa sebarang sebab.
vi.      Menjadi kewajipan suami untuk memberi keizinan kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya (ibu bapa dan kaum keluarganya)
Demikianlah di antara kewajipan suami terhadap isteri, di samping itu sebagai yang kita maklum bahawa Allah menjadikan perempuan itu sebagai teman hidup yang paling rapat, hendaklah diberi layanan-layanan yang istimewa seperti berikut :
1.      Suami hendaklah sentiasa  bertimbang rasa, menunjukkan kasih-sayang terhadap isteri, bercakap dengan lemah lembut dan mesra, selalu bermuka manis dan janganlah bermuka masam atau sebagai singa yang garang terhadap mangsanya.  Adalah menyedihkan setengah orang-orang jahil  menyangka bahawa bersifat garang dan keras terhadap isteri itu adalah menunjukkan kelakiannya, dan ia menyangka berlemah-lembut terhadap isterinya adalah satu sifat yang  hina dan memalukan, tetapi sebenarnya bersifat kasar adalah membawa isteri menjadi durhaka, sebaliknya bersifat lemah-lembut menyebabkan isteri kasih dan menghormatinya.  Sanda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”
2.      Hendaklah suami memberi kelapangan  perbelanjaan rumahtangga keperluan hidup yang selayaknya mengikut kemampuan yang sewajarnya.  Jika  suami terlalu bakhil terhadap rumahtangga maka diharuskan isteri mengambil sekadar yang diperlukan  dari harta  suaminya walaupn tanpa izinnya, sebagaimana Rasulullah sendiri  memberi kebenaran tersebut kepada isteri Abu Sufian apabila ia  mengadu kepada Rasulullah tentang kebakhilan Abu Sufian.
3.      Hendaklah suami menguruskan segala urusan dengan sebaik-baiknya dan menggembirakan seperti apabila ia sakit, diberi rawatan perubatan yang secukupnya.
4.      Pandu dan bimbinglah isteri dengan nasihat yang baik dan berilah contoh akhlak yang terpuji dan ajaran yang lemah lembut, Rasulullah sendiri menghuraikan hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya wanita itu adalah tulang rusuk (bengkok), sekiranya engkau mahu membetulkannya ia akan patah dan jika engkau membiarkannya, engkau akan menikmatinya dalam keadaan bengkok.”
5.      Berilah isteri haknya sebagai isteri bukan sebagai orang suruhan (hamba) atau sebagai babu, dan bukan sebagai boneka yang semata-mata untuk memenuhi nafsu kaum lelaki sahaja.
6.      Hendaklah bersikap terus terang dengan isteri dan jangan sekali-kali mendustainya, kerana jika isteri didustai dia akan mendustai suaminya pula.
7.      Sebagai suami (ketua keluarga) jangan memperturutkan sahaja apa kehendak isteri sehingga sampai merendahkan harga diri (mengikut di bawah telunjuknya sahaja, istilah sekarang “queen control”.
8.      Dibolehkan suami memukul isteri untuk mendidik bukan untuk balas dendam.  Dalam hal ini tidak memaki hamunnya apabila  hendak memberi pengajaran kepada isteri dalam bentuk yang sopan atau pulaukannya (tinggalkan tempat tidur dan tidak tidur bersama-samanya).
Seandainya dapat dilaksanakan tanggungjawab yang sedemikian tentu Insya Allah suami dapat membawa rumahtangga ke arah kehormanian dan kebahagiaan.

*Taken from  hikmatun.wordpress.com

Tuesday, September 28, 2010

Update.

1. Salam Aidilfitri 1431 Hijrah.
2. Maaf ku minta kepada semua umat yang mengenali aku dimuka bumi ni. Tersilap kata, terkasar bahasa, tertepok, tertampar, tercarut, termakan, terminum dan segala bagai ter lagi.
3. Aku rasa macam nak delete je blog ni. Cam dah takde fungsi. Tapi sayang lak. So tak jadi delete.
4. Aku ada 2 bulan lagi sebelum aku habis Combine Class nih. Malas betimbun-timbun untuk Module 5 & 6. Mudah-mudahan beransur hilang kemalasan tu sikit hari lagi.
5. Lepas abis kelas bulan 12 nih ada hal penting nak kena setelkan. Mudah-mudahan semua berjalan lancar. InsyaAllah.

Sekian.

Saturday, May 8, 2010

Jangan Ada Benci.

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
 
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
 
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Di sudut hati 

Tuesday, April 13, 2010

Friday, March 26, 2010

Berhenti sejenak..

situasi.
Anda sedang memandu kereta menuju ke suatu destinasi yang tak pasti pada malam hari. Memandu bukan di lebuhraya, sebaliknya di jalan Persekutuan (bukan Federal Highway ye). Dari kejauhan terlihat sebuah kereta dibahu jalan dengan kelipan hazard lamp. Semakin hampir kelihatan sepertinya pemandu tersebut mengalami kesulitan sambil melihat-lihat tayar keretanya. Ataupun dalam keadaan bonet keretanya ternganga. Berseorangan tanpa ada yang membantu. Tindakan anda?

A. Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, anda berhenti untuk menghulurkan bantuan.
B. Meneruskan perjalanan kerana ingin cepat sampai ke destinasi yang tak pasti itu. Sambil berdoa agar dipermudahkan kesulitan insan tersebut.
C. Meneruskan perjalanan kerana bimbang akan keselamatan anda sendiri. Kerana sekarang ini terdapat pelbagai modus operandi penjenayah untuk mendapatkan mangsanya.
D. Lain-lain. (sila nyatakan)

Aku percaya 10-15 tahun lepas jika tersua dengan situasi begini, pasti jawapan 'A' yang akan dipilih. Sekarang ini? Susah kan nak pilih? Jika 'A' yang dipilih, takutnya masuk ke sarang buaya. Jika 'B' dan 'C' yang dipilih, kasihan pula akan ia, tapi pastinya keselamatan diri terjamin. Jadi bagaimana? Zaman makin berubah. Kebaikan diambil kesempatan, justeru manusia mengambil langkah berhati-hati. Tapi bakal mengundang pandangan tidak berperi kemanusiaan dan tiada timbang rasa. Bagaimana? Pengalaman aku sendiri yang pernah terkandas di kebun getah tatkala malam hari bulan terang. Dalam perjalanan pulang ke kampung tayar keretaku pecah dan harus diganti. Alhamdulillah ada 3 faktor yang menyebabkan aku yakin segalanya akan berjalan lancar. Satu, aku berteman. Dua, bulan terang membantu penglihatan aku. Dan tiga, aku berpengalaman menukar tayar kereta. Justeru itu kereta yang lalu lalang tidak ku harap berhenti memberikan bantuan. Mereka boleh bersegera ke destinasi tanpa perlu risau akan aku. Tapi itu cuma tayar kereta. Kalau lain punya hal? Wallahualam.

Itu hanya 1 contoh. Lain-lain? Baiklah.

1. Jiran-jiran tidak lagi mengambil berat/kisah akan perangai anak-anak jiran yang lain. Buruk baiknya bukanlah urusan mereka. Alasan "jangan jaga tepi kain orang" digunapakai. Barangkali sikap ibu bapa sendiri yang tidak boleh menerima apabila anak mereka ditegur/dimarah jiran menyebabkan jiran-jiran mengambil sikap "mind your own business".

2. Pelajar tidak lagi takut dengan guru. Tidak takut dengan guru itu biasa, tapi hilang hormat dengan guru itu luar biasa. Teguran guru dibalas dengan cercaan serta kemusnahan harta benda. Seingat aku, ketika zaman ingusan aku dulu mana-mana guru pun punya hak untuk merotan dan mencubit pelajar. Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru. Bagaimana anak itu dibimbing terserahlah kepada si guru asalkan si anak tidak cedera dan menjadi 'manusia'. Dengan cara itu sekalipun masih ramai yang nakal/ganas seperti gaban. Apatah lagi dengan keadaan sekarang ini apabila anak dicuit sedikit pun bagai incredible hulk si parents menyerang sekolah. Mau sahaja sekolah itu dibakar. Barangkali si parents inilah yang seperti gaban ketika di zaman persekolahnya dahulu.;)

3. Sekitar tahun 90'an, anak kecil bebas berkeliaran bermain disana sini tanpa perlu dirisaukan. Sebelum tegak matahari atas kepala pandailah mereka pulang ke rumah. Setelah matahari semakin menunduk maka bertebaranlah kembali mereka bergelak tawa bersama guli, gasing, layang-layang, daun terup, getah gelang dan sebagainya. Sebelum Pak Bilal melaungkan azan, berlari-lari mereka pulang ke rumah. Jika lewat pasti rotan/talipinggang/getah paip menanti menjamah belakang badan. Sekarang ini begitu sukar untuk aku menjumpai senario begitu. Hatta dikampung-kampung. Si ingusan-ingusan ini lebih gemar menjengket-jengket cuba menunggang motosikal. Setelah momentum berjaya dicapai maka berdesuplah mereka umpama jalan itu abah dia yang punya. Atau mereka lebih gemar ke saiber kafe bermain game. Cekap sungguh mereka-mereka ini seperti tentera elit lagaknya tatkala bermain Counter Attack. Pernah suatu masa dulu ketika aku sedang melanggan di saiber kafe, si ibu menyusul setelah seharian anaknya tidak pulang. Dimarah anaknya kerana kerana mengambil RM50 dari dompet. Lantas berjumpa pemilik saiber kafe tersebut dan berpesan agar anaknya di blacklist dari kafe tersebut. Sekiranya kelihatan kelibat anaknya maka dipesan segeralah menghubungi hotline si ibu. Berkerutlah dahi si tokey kerana kehilangan pelanggan tetapnya. Bukan seorang tapi berorang-orang kerana si anak datang bersama rakan-rakan seperjuangan yang bernaung di bawah payung dirajanya. "korang main je, nanti aku bayar" lagaknye seperti Sazali sewaktu kecil (sila tonton filem anakku Sazali).

Aku rasa banyak lagi perubahan yang dapat dilihat hasil dari peralihan zaman ini. Aku pun pernah menjadi budak dan budak manalah yang tak nakal. Tapi budak zaman sekarang nakalnya semacam. Aku belum punya anak malahan berkahwin pun belum lagi. Tapi bagaimanakah harus aku didik anak-anakku nanti bagi menempuh zaman milennium ini? Dengan kondisi kerja aku yang tak selalu dirumah, mampukah permaisuriku mendidik anak-anakku dengan acuan yang terbaik? InsyaAllah suatu hari aku pasti akan berjumpa dengan formula terbaik untuk menbesarkan anak-anak ini. InsyaAllah. Salam..

Nota: Keadaan di atas mungkin tidak teraplikasi kepada semua orang. Ini cuma pendapat dan pengalaman aku.

Monday, March 1, 2010

bahasaku melayu..

"Sekiranya terdapat perbezaan dalam penterjemahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunakan"



apekah? bukan ke bahasa Malaysia (Melayu) bahasa rasmi???

Tuesday, February 23, 2010

Pepatah Melayu berkata...

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Masih relevankah pepatah ini? Atau teraplikasikah kepada semua? Manusia takkan lepas dari melakukan kesilapan dalam hidup. Syukurlah ada yang sedar akan silapnya itu (samada disedarkan atau tersedar sendiri) dan berkehendak akan ia untuk berubah demi kebaikan. Tapi mestikah Sang Pendosa terus hidup diselubungi kesilapan silam? Ya benar, yang lepas harus dijadikan pengajaran. Kata maaf diucap bukan bermaksud melupakan. Beringatlah, tapi biar berpada-pada. Berilah peluang kepada Sang Pendosa mengharungi yang jernih. Sang Pendosa pasti beringat akan silapnya dahulu, harap diulang tidak. Ingat, berilah peluang...

Thursday, February 18, 2010

SELAMAT HARI TUA!!!!!

;))))))