Friday, October 29, 2010

Semangat.

Semangat..
Kau kat mana?
Hari tu kau ada dengan aku.
Hari ni kau entah ke mana.
Kau janji aritu nak teman aku.
Kalau kau takde, sape nak teman aku esok-esok?
Kau nak biar aku sorang-sorang?
Kau tau aku tak boleh survive tanpa kau kan?
Datang balik kat aku please.
Aku rindukan kau.
Dah lama aku tak bersama dengan kau.
Kembalilah padaku Semangat.
Bersamalah denganku selamanya.

Wednesday, October 20, 2010

Si Comey.

Hari ni aku terbukak blog sorang rakan lama. Rakan yang agak rapat dengan aku suatu masa dulu. Alhamdulillah dia dah bertunang lepas bermacam-macam liku dan rintangan dia hadapi untuk sampai ke tahap itu. I'm glad for her. Sangat gembira. Tahniah sahabat. :)

Monday, October 11, 2010

Senyum.



Aku suka lirik dia. Senyummmmmm. ;)))

Saturday, October 2, 2010

Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri.

Suami adalah merupakan  ketua yang akan memimpin dan mencorakkan sesebuah rumahtangga.  Sikap suami mempunyai pengaruh yang akan besar terhadap suasana yang mesra, aman dan damai atau sebaliknya.  Oleh itu, suami mestilah menjadi seorang yang  benar-benar matang fikirannya, tahu tugas dan tanggungjawabnya, serta  bersifat jujur dalam memimpin dan mengetahui rumahtangga yang baru dibina itu.  Untuk melahirkan sebuah perkongsian  hidup  yang benar-benar bahagia maka Allah SWT sendiri menggariskan  beberapa kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap isteri, antaranya ialah :
i.       Wajib atas suami  memberi mas kahwin kepada bakal isterinya.  Firman Allah SWT maksudnya : “Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang wajib”.
ii.       Memberi nafkah zahir dan batin, nafkah zahir termasuklah :
a.   Tempat tinggal / tempat kediaman bersama (suami dan isteri) iaitu rumah yang selayaknya yang memberi keselesaan dan keamanan.
b.   Keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami, sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik.  Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”
iii.      Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, mesra dan kasih sayang.  Firman Allah SWT, maksudnya:
“Bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik.”
iv.      Hendaklah berlaku adil sekiranya suami itu mempunyai isteri lebih dari satu.
v.      Suami berkewajipan menahan diri dari menyakiti, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang memudharatkan isteri tanpa sebarang sebab.
vi.      Menjadi kewajipan suami untuk memberi keizinan kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya (ibu bapa dan kaum keluarganya)
Demikianlah di antara kewajipan suami terhadap isteri, di samping itu sebagai yang kita maklum bahawa Allah menjadikan perempuan itu sebagai teman hidup yang paling rapat, hendaklah diberi layanan-layanan yang istimewa seperti berikut :
1.      Suami hendaklah sentiasa  bertimbang rasa, menunjukkan kasih-sayang terhadap isteri, bercakap dengan lemah lembut dan mesra, selalu bermuka manis dan janganlah bermuka masam atau sebagai singa yang garang terhadap mangsanya.  Adalah menyedihkan setengah orang-orang jahil  menyangka bahawa bersifat garang dan keras terhadap isteri itu adalah menunjukkan kelakiannya, dan ia menyangka berlemah-lembut terhadap isterinya adalah satu sifat yang  hina dan memalukan, tetapi sebenarnya bersifat kasar adalah membawa isteri menjadi durhaka, sebaliknya bersifat lemah-lembut menyebabkan isteri kasih dan menghormatinya.  Sanda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”
2.      Hendaklah suami memberi kelapangan  perbelanjaan rumahtangga keperluan hidup yang selayaknya mengikut kemampuan yang sewajarnya.  Jika  suami terlalu bakhil terhadap rumahtangga maka diharuskan isteri mengambil sekadar yang diperlukan  dari harta  suaminya walaupn tanpa izinnya, sebagaimana Rasulullah sendiri  memberi kebenaran tersebut kepada isteri Abu Sufian apabila ia  mengadu kepada Rasulullah tentang kebakhilan Abu Sufian.
3.      Hendaklah suami menguruskan segala urusan dengan sebaik-baiknya dan menggembirakan seperti apabila ia sakit, diberi rawatan perubatan yang secukupnya.
4.      Pandu dan bimbinglah isteri dengan nasihat yang baik dan berilah contoh akhlak yang terpuji dan ajaran yang lemah lembut, Rasulullah sendiri menghuraikan hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya wanita itu adalah tulang rusuk (bengkok), sekiranya engkau mahu membetulkannya ia akan patah dan jika engkau membiarkannya, engkau akan menikmatinya dalam keadaan bengkok.”
5.      Berilah isteri haknya sebagai isteri bukan sebagai orang suruhan (hamba) atau sebagai babu, dan bukan sebagai boneka yang semata-mata untuk memenuhi nafsu kaum lelaki sahaja.
6.      Hendaklah bersikap terus terang dengan isteri dan jangan sekali-kali mendustainya, kerana jika isteri didustai dia akan mendustai suaminya pula.
7.      Sebagai suami (ketua keluarga) jangan memperturutkan sahaja apa kehendak isteri sehingga sampai merendahkan harga diri (mengikut di bawah telunjuknya sahaja, istilah sekarang “queen control”.
8.      Dibolehkan suami memukul isteri untuk mendidik bukan untuk balas dendam.  Dalam hal ini tidak memaki hamunnya apabila  hendak memberi pengajaran kepada isteri dalam bentuk yang sopan atau pulaukannya (tinggalkan tempat tidur dan tidak tidur bersama-samanya).
Seandainya dapat dilaksanakan tanggungjawab yang sedemikian tentu Insya Allah suami dapat membawa rumahtangga ke arah kehormanian dan kebahagiaan.

*Taken from  hikmatun.wordpress.com