Friday, January 30, 2009

repost [Okey-okey, I will WORK!! ]

2008 Masihi bersamaan 1429 Hijrah. 6 tahun selepas SPM. Setakat 6 tahun ni, apa yang aku dah capai? Apa yang aku dah dapat? Hmm.. setakat yang aku pasti, skang ni aku dah pun memasuki 1 fasa baru dalam kehidupan iaitu alam pekerjaan. No more ulang-alik pergi class. No more assignment yang betimbun-timbun. No more exam yang memeningkan kepala. Now evething is different. Adakah aku gembira menjalani kehidupan aku skang? Adakah? Adakah?? Adakah???

It's totally a different thing between study and working. Study which mean your responsibilities as a student as usual maintain your study achievement, siapkan assignments, komitmen belajar etc. Manakala bekerja lain pulak tanggungjawabnya, komitmen bekerja, work pressure, apply knowledge yang aku blaja dulu, cukup bulan dapat gaji, nak kena saving pulak, kena tau camne nak jaga hati orang atas pulak (bukan kipas aa..), macam-macam la. Senang cerita pada aku fasa pekerjaan ni lagi memeningkan daripada fasa pembelajaran (betol ke?).

Alhamdulillah, syukur aku rasa aku still boleh manage semua tu dengan baik walaupun tak berapa cemerlang, tapi aku masih lagi berusaha untuk yang lebih baik (orang kata pelan-pelan kayuh maa..). Memang betul, bila kita dah ada tanggungjawab sendiri sebagai komuniti masyarakat, sedikit sebanyak mampu membuat kita runsing dan tertekan dengan keadaan sekitarnya. Terutamanya politik tempat kerja. Jangan kata politik negara je yang menarik skang ni, politik tempat kerja pun bole tahan hebatnya. Watak-watak talam 18 muka la yang paling kena jaga-jaga. Ahh.. kadang-kadang buat pening kepala je pikir perangai orang-orang yang macam ni. Yang penting aku buat kerja aku, jaga mulut sendiri, jaga diri sendiri. Apa orang nak kata, PERSETANKAN! Ada yang tak betul sila la tegur. You are most welcome.

Member-member pun ramai yang dah abis mengaji. Ada yang sambung Master, ada yang terus kerja dan ada yang nak kerja dulu then baru pikir nak sambung study. Terpulang la masing-masing. Aku sendiri pun baru setahun jagung menjalani kehidupan employer-employee nie atau dengan lebih jelasnya Pelayar/Sailor/Seaman. Alhamdulillah, setakat hari ni aku rasa semuanya ok dan berjalan lancar. Kalau bab meninggalkan dan ditinggalkan tu dah biasa la. Kena la berkorban sket untuk gain something much much better for your own life. Rite geng?

Dalam setahun aku kerja ni, aku dah tukar 2 employer. First MCM - Maritime Consortium Management and the latest is Yorke Marine Services. Kadang-kadang aku pikir bagus jugak aku kerja macam ni. Tau kenapa?
1. Tempat tinggal free (pakaian didobikan, tempat tidur dikemaskan)
2. Makanan disediakan (6 kali sehari. Kat sekolah dulu pon 6 kali gak, tapi bapak berbeza dowh)
3. Kemudahan asas free (air dan elektrik)
4. Tak perlu bersesak-sesak nak pergi tempat kerja (tak payah nak kena bangun awal pagi semata-mata nak elakkan jalan jem. Kat sini kalau masuk kerja pukul 12, bangun 15 minit sebelum tu pun boleh dengan rileksnya menuju ke tempat kerja. Haha..)
5. Boleh saving dengan jayanya
6. Masa nak sign-on or sign-off, perjalanan dari rumah ke kapal/dari kapal ke rumah ditanggung beres oleh majikan.
7. Tak payah pening-pening nak isik minyak kereta memandangkan harga minyak yang gila-dasyat-tahap-mengeringkan-poket.
8. Ahh.. Lu pikir la sendiri!!

Ada advantages mesti ada disadvantages nye...
1. Selalu main tinggal-tinggal. (tak suke, tak suke - gaya kuman iklan cat)
2. Jadi katak bawah tempurung. Payah nak tau perkembangan semasa. (lagi-lagi skang ni tengah best gila slot Samarinda. Apa tajuk dia? Hmm.. "Punggungku dirobek Anwar" musim kedua. Haha..)
3. Tak dapat jumpe |c.i.n.t.a|.
4. Jauh dari family.
5. Tak dapat lepak ngan member-member.
6. Lagi tak syiok bila takde line telpon.
7. Semakin tak syiok bila tak "masuk" ngan komuniti yang ada atas kapal. (alhamdulillah kat sini best)
8. Orang kata takde life kerja laut ni. Ahh.. layaaann!!

Jadi aku rasa, apa pun yang aku kerjakan skang ni, teruk camne pon yang aku rase skang ni, bosan camne pon apa yang aku lakukan skang ni, aku kena jadikannya best, I have to be positive, so that I could survive and happy with this kind of job. And yes, I am happy now. Aku pun takkan selama-lamanya nak kerja macam ni. Bila dah sampai waktunya, aku dah dapat apa yang aku nak, aku akan quit jugak. Insyaallah. Cuma sebelum sampai waktu itu, aku harap aku kuat, aku harap orang-orang disekeliling aku support dengan apa yang aku buat ni. Aku puas hati dengan apa yang aku ada skang ni dan aku sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Jangan pernah putus asa. Good luck for me-self!! Adios!!


p/s : ini hanyalah repost..sila abaikan tarikh dan masa..sekian..

Monday, January 26, 2009

rentetan seorang AKU

15 tahun dulu..
-sorang budak laki-laki.
-tinggal kat FELDA Palong Timur 1.
-masih skola rendah, baju putih suar biru slebet-slebet.
-pandai buat layang-layang.
-suke mandi paya.
-pandai main gasing.
-suke maen guli.
-berani redah utan paya cari asam kelubi (tempat aku pggil asam paya).
-tak suke kutip lerai kelapa sawit.
-sungguh-sungguh takut ngan lintah.
-tak pernah pegang komputer.
-tak pernah gi KL.
-rajin tangkap ikan.
-tidur dalam kelambu ngan abang bteman ubat ngamuk.
-suke gi skola sebab bole maen ngan kengkawan.
-malas wat homework.
-slalu kena sebat ngan abah.
-masuk maghrib kena halau ayam masuk reban.
-haa..pandai anyam ketupat.

5 tahun kemudian..
-budak laki-laki lagi.
-skola menengah kat asrama penoh.
-mula kenal dunia luar.
-kalau cuti, still mandi paya kadang-kadang.
-curi-curi memancing kat tasik & kolam skola.
-cuti ujung minggu suke balik umah kawan-kawan atau wat bbq kat asrama.
-dah pandai pakai microsoft office.
-dah pandai memilih pakaian.
-minat sorang budak pompuan.
-tak brani maen rugby lagi.
-takut ngan senior-senior.
-suke maen arked game.
-slalu kena "court".
-cuti panjang suke tperap/tido kat umah je.
-mula rebel.
-tetiap hari dengar lagu ACAB.
-paling tak suke batch 97-01 (skang ok dah).

5 tahun kemudiannye lagi..
-still laki-laki tulen.
-blaja kat ALAM.
-biasiswa Yayasan FELDA. (terima kasih banyak-banyak)
-tak mandi paya dah, mandi swimming pool je.
-makin gemok dan takde awek.
-still idup cam budak skola.
-hari-hari kawad, nak gi makan-kawad, gi kelas-kawad, maen bola-kawad.
-kadang-kadang lupa diri, rase diri dah cukup best.
-blaja asam garam kehidupan berkawan.
-rindukan kawan-kawan skola.
-tak suke nek bas lame2.

Dan kini..
-masih laki-laki. cuma bukan budak-budak lagi.
-keje kat laut, yang tak pernah manenye aku pikirkan dolu-dolu.
-paya yang dulu slalu aku berkubang dah tinggal lopak air je.
-lintah yang aku takut, kawan-kawan dah bela buat bisnes.
-KL yang dulu tak pernah aku jengah kini lokasi utama lepak ngan kawan-kawan.
-awek aku yang sorang ni pon dok kat KL.(saya sayang awek saya)
-komputer?haa..skang saya dah ade laptop jenama Compaq.
-rase diri cam dah tua sangat tapi mesih cam budak-budak.
-bercita-cita besar pastu pening pikir camne nak jadi kaya.
-kadang-kadang rase cam dok dalam zoo yang mana zaman keciknya dulu liar bebas nak kemana-mana.
-pernah bosan duduk umah, tak rasa kepentingan keluarga, tapi kini makin sayang kat mereka.
-yang dulu rase malu nak manje-ngengade ngan mak dah makin ngengade, sengal, gedik dan manje.
-rindu zaman budak-budak yang sangat berbeza ngan budak-budak skang.
-rindu zaman skola yang 1 mase dulu aku kadang-kadang benci dan bosan.
-yang pasti akan berkahwin dan mempunyai keluarga sniri.
-yang berterima kasih pada abah kerana menyebat diriku untuk mgajarku menjadi manusia.
-yang pasti akan tua (kalau panjang umurku) dan masa tuaku dihabiskan bersama anak cucu cicitku suatu hari nanti.
-yang berharap takkan lupakan dari mana asal usulku.
-yang mampu menaburkan jasa untuk bangsaku, agamaku juga negaraku.
-yang tetap aku, kombinasi aku yang dulu, kini dan selamanya.

Friday, January 23, 2009

KEIKHLASAN

herm..tak reti aku nak cakap tentang sifat yang satu nie. kita disuruh untuk buat ape pon keje (keje-keje yang baik la, terlarang takde maknenye ikhlas pon) dengan niat dan hati yang ikhlas. Tapi camne nak dapatkan hati yang betol-betol ikhlas? dengan melafazkan ayat "seyes beb, aku ikhlas ni tolong ko." menandakan kite benar-benar ikhlas atau kemaskan katil roomate yang tengah hancus cam sarang babs pastu wat-wat tak tahu je bile dia tanye sape yang kemas. kalau dia tanye pon wat bodo je. kang kalu mgaku korang yang kemas takut datang riak pulak. kalau kate tak tahu dah menipu pulak. habis camne? (nie contoh paling senang la, mungkin tak sama dengan situasi sebenar. huhu..)

aku tanya korang la, ape ek aku nak tanye. herm..ok, kalau kite beramal jariah memang kite disuruh melaksanakannye dengan niat lillahitaala, ikhlas, jangan riak dan jangan mengharapkan balasan. kan? tapi takde ke korang terdetik dalam hati yang korang mengharapkan balasan dari Allah "di sana" nanti? kalau camtu ikhlas ke perbuatan kite? sebab kite still mengharapkan balasan.

puas kadang-kadang aku cakap ngan hati perut aku, aku ikhlas wat mende sekian-sekian. tapi still, keinginan diacknowledge (word melayu+inggeris) ade datang. puas aku pakse "syuh2, pegi ko juh-juh!!". nak salahkan sape ek? Syaitonirrojim ke? ke memang rohani aku dah rosak sebab tak mampu nak melakukan sesuatu dengan sebenar-benar rasa ikhlas? mungkin tanpa kita sedar, keburukan yang kite buat, dah melampaui kebaikan kita. tu sebab hati kita pon dah dikawal nafsu.

lagi, kalau kite merungut penat la, susah la, letih la wat sesuatu keje. ikhlas ke keje kite tu? ataupon kite disuruh wat sesuatu yang kite tak suka oleh ketua kite (mende tu still mende baek, bukan mende mengarut), dengan rasa marah kite selesaikan tugasan tu. camne nak datang rasa ikhlas? susah kan?

aku takut bila aku kat "sana" nanti, takde satu pon amalan yang aku buat dengan ikhlas. korang tak takut ke? aku rase ikhlas tu datang bile mana kite buat suatu perkara baek tu tanpa kite ingat-ingat pon mende tu. maksudnye kite tak ingat pon kite ade buat kebaikan yang sekian-sekian tu. mungkin itulah keikhlasan yang sebenar-benarnya. wallahualam, aku pon sendiri tak mampu nak tafsirkan. hanya yang mampu aku wat, susah camne pon, benci camne pon aku ngan keje tu, aku niatkan ikhlas kerana Allah. semoga amal kebaikan kite mendapat pertimbangan dari Allah dikemudian hari. Wasalamun....

Tuesday, January 20, 2009

KLMJ ~kenangan lama mengusik jiwa..

Yesterday i got a long chat with my friend till a point we didn't know whut else to merapu. So dia ajak maen ingat2 classmates, homeroommates and form 5 subjects' teachers. So, here we go!!!

Class of 5A3 year 2002
1. Ruzaini Salleh
2. Zulfauzi Mazlan
3. Nazrul Fahmi Kamsano
4. Mohd Haizanizam Rahman
5. Mohd Fairuz Abd Hamid
6. Ariff Azuar Khairul Anuar
7. Chyril Anwwar Ibrahim
8. Mohd Hidhir Hussin
9. Hairul Helmi
10. Asiah Sabtani
11. Emynofalina Roseli
12. Zakiah Abd Ghaffar
13. Noorme Zaihane
14. Nuraisyah Kamaruzzaman
15. Asmiza
16. Nadia Munji Zakariah
17. Hidayah (LDP yg ske amek name kitorang)
18. Hidayah (yang pendiam)
19. Rafizah
20. Nurazlin
21. Nor Ismawati Ishak
22. Akma Hashim (btolke?)
23. Aimi Marlia Omar
24. Sharmila Nadzir

-aku menang dengan bantuan Munji!!

Homeroom Betelguese 5B year 2002
1. Mohd Haizanizam Rahman
2. Nurul Ashidi
3. Mohd Asmir Kasbon
4. Mohd Faidzal Salkah
5. Murniza Safaruddin
6. Aqlima Md Dam
7. Asiah Sabtani
8. Noorme Zaihane
9. Raja Nadirah Zawani Raja Zaman
10. Nurliyana
11. Wanesa a/p Hooi
12. Nadia Munji Zakariah

-aku menang lagi dengan bantuanku sendiri. haha..


Guru-Guru Subjek Kelas 5A3 tahun 2002
1. Bahasa Melayu - Allahyarham Cikgu Aris (perselisihan faham dengan bapak Masrul kekal di ingatan. Al-Fatihah untuk allahyarham)
2. English - Miss Desnawati (kecuali form 4 je Miss Dess tak mgajar aku)
3. Pendidikan Islam - Ustaz Puad Md Lip (he's the best one)
4. Math - Cikgu Aslida (the great math's teacher ever. Ems mnangis dirotan beliau. hehe)
5. Add Math - Cikgu Manap (berantai gak cikgu nie. Ketika Chy sedang lena semasa kelas Add Math, dengan tenang Cikgu Manap berkata... "cuba kalau kamu sedang bermain rugby, tibe2 kamu tidur ditengah padang. agak2 cikgu Azaam marah x?" lantas semua pelajar memandang ke arah Chy sambil Nookip mengejutkan beliau. Haaha..)
6. Pendidikan Seni - cikgu zaharah (untuk sape2 yang amek art untuk SPM je la)
7. Biology - akak Puteri (slumber kodok je dak2 ni panggil cikgu ni akak Puteri)
8. Chemistry - Cikgu Shalina (kerap menerima anugerah guru sporting, guru keibu2an.. best chemistry teacher ever!!)
9. Physic - Cikgu Jidin The Legend (dengan sajaknya "Aku Kecewa" kalau kantoi SPM)
10. Sejarah - Cikgu Hajar (maaf cikgu, saya buta sejarah. huhu..)

Winner
Mohd Haizanizam Rahman

LOSER
Siti Nurfairuz Mohd Fathir

~Beliau cuba mandapatkan bantuan abg Chy, tapi panggilannya tak berjawab. Nizi lak dah naik kapal. KAR, Ayeep, Dadot dan Redox tak mahu bantu beliau (penokoknambahan yg melampau). Please Bon, ADMIT it!!haha!! and sorry kalau aku salah eja nama korang..


I LOVE MRSM TERENDAK!!!

Wednesday, January 7, 2009

Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang nan kota duduk disamping kekawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku tergoncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalanan ini seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan cuba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya mengapa
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya dilaut
Ku khabarkan semuanya
Kepada karang
Kepada ombak
Kepada matahari
Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkah diri disana ada jawabnya
Mengapa ditanah ku terjadi bencana

Mungkin tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
Dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

Friday, January 2, 2009

pending post..

kenyataan yang samar-samar kadang menyakitkan hati. semakin dilayan semakin menjadi. mengapa perlu kenyataan yang nyata dipertontonkan dengan kesamaran. alangkah lebih baiknya jika kesamaran itu disembunyikan langsung. langsung!! maka pasti tidak akan ada yang berasa hati. ini benar. jika suatu mesej yang hendak dipertontonkan, biarlah jelas mesejnya walau sesiapa pun yang membaca. tapi itulah, pabila berkata tentang hak, memang tak akan mampu untuk aku membidasnya. hak menyatakan itu bukan milikku. tapi aku juga punya hak penjelasan tentang kesamaran itu. ataupun aku tak punya hak untuk yang itu juga? jadi, apa hakku? yang baiknya, kesamaran itu tak perlu di pertontonkan. jika yang samar tidak diperjelaskan, pasti akan ada yang berasa hati. pasti...



SELAMAT TAHUN BARU untuk diriku sendiri. semoga tahun ini lebih cemerlang, terbilang dan gemilang dari tahun-tahun yang kelmarin.