Showing posts with label RENUNGANKU. Show all posts
Showing posts with label RENUNGANKU. Show all posts

Friday, March 26, 2010

Berhenti sejenak..

situasi.
Anda sedang memandu kereta menuju ke suatu destinasi yang tak pasti pada malam hari. Memandu bukan di lebuhraya, sebaliknya di jalan Persekutuan (bukan Federal Highway ye). Dari kejauhan terlihat sebuah kereta dibahu jalan dengan kelipan hazard lamp. Semakin hampir kelihatan sepertinya pemandu tersebut mengalami kesulitan sambil melihat-lihat tayar keretanya. Ataupun dalam keadaan bonet keretanya ternganga. Berseorangan tanpa ada yang membantu. Tindakan anda?

A. Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, anda berhenti untuk menghulurkan bantuan.
B. Meneruskan perjalanan kerana ingin cepat sampai ke destinasi yang tak pasti itu. Sambil berdoa agar dipermudahkan kesulitan insan tersebut.
C. Meneruskan perjalanan kerana bimbang akan keselamatan anda sendiri. Kerana sekarang ini terdapat pelbagai modus operandi penjenayah untuk mendapatkan mangsanya.
D. Lain-lain. (sila nyatakan)

Aku percaya 10-15 tahun lepas jika tersua dengan situasi begini, pasti jawapan 'A' yang akan dipilih. Sekarang ini? Susah kan nak pilih? Jika 'A' yang dipilih, takutnya masuk ke sarang buaya. Jika 'B' dan 'C' yang dipilih, kasihan pula akan ia, tapi pastinya keselamatan diri terjamin. Jadi bagaimana? Zaman makin berubah. Kebaikan diambil kesempatan, justeru manusia mengambil langkah berhati-hati. Tapi bakal mengundang pandangan tidak berperi kemanusiaan dan tiada timbang rasa. Bagaimana? Pengalaman aku sendiri yang pernah terkandas di kebun getah tatkala malam hari bulan terang. Dalam perjalanan pulang ke kampung tayar keretaku pecah dan harus diganti. Alhamdulillah ada 3 faktor yang menyebabkan aku yakin segalanya akan berjalan lancar. Satu, aku berteman. Dua, bulan terang membantu penglihatan aku. Dan tiga, aku berpengalaman menukar tayar kereta. Justeru itu kereta yang lalu lalang tidak ku harap berhenti memberikan bantuan. Mereka boleh bersegera ke destinasi tanpa perlu risau akan aku. Tapi itu cuma tayar kereta. Kalau lain punya hal? Wallahualam.

Itu hanya 1 contoh. Lain-lain? Baiklah.

1. Jiran-jiran tidak lagi mengambil berat/kisah akan perangai anak-anak jiran yang lain. Buruk baiknya bukanlah urusan mereka. Alasan "jangan jaga tepi kain orang" digunapakai. Barangkali sikap ibu bapa sendiri yang tidak boleh menerima apabila anak mereka ditegur/dimarah jiran menyebabkan jiran-jiran mengambil sikap "mind your own business".

2. Pelajar tidak lagi takut dengan guru. Tidak takut dengan guru itu biasa, tapi hilang hormat dengan guru itu luar biasa. Teguran guru dibalas dengan cercaan serta kemusnahan harta benda. Seingat aku, ketika zaman ingusan aku dulu mana-mana guru pun punya hak untuk merotan dan mencubit pelajar. Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru. Bagaimana anak itu dibimbing terserahlah kepada si guru asalkan si anak tidak cedera dan menjadi 'manusia'. Dengan cara itu sekalipun masih ramai yang nakal/ganas seperti gaban. Apatah lagi dengan keadaan sekarang ini apabila anak dicuit sedikit pun bagai incredible hulk si parents menyerang sekolah. Mau sahaja sekolah itu dibakar. Barangkali si parents inilah yang seperti gaban ketika di zaman persekolahnya dahulu.;)

3. Sekitar tahun 90'an, anak kecil bebas berkeliaran bermain disana sini tanpa perlu dirisaukan. Sebelum tegak matahari atas kepala pandailah mereka pulang ke rumah. Setelah matahari semakin menunduk maka bertebaranlah kembali mereka bergelak tawa bersama guli, gasing, layang-layang, daun terup, getah gelang dan sebagainya. Sebelum Pak Bilal melaungkan azan, berlari-lari mereka pulang ke rumah. Jika lewat pasti rotan/talipinggang/getah paip menanti menjamah belakang badan. Sekarang ini begitu sukar untuk aku menjumpai senario begitu. Hatta dikampung-kampung. Si ingusan-ingusan ini lebih gemar menjengket-jengket cuba menunggang motosikal. Setelah momentum berjaya dicapai maka berdesuplah mereka umpama jalan itu abah dia yang punya. Atau mereka lebih gemar ke saiber kafe bermain game. Cekap sungguh mereka-mereka ini seperti tentera elit lagaknya tatkala bermain Counter Attack. Pernah suatu masa dulu ketika aku sedang melanggan di saiber kafe, si ibu menyusul setelah seharian anaknya tidak pulang. Dimarah anaknya kerana kerana mengambil RM50 dari dompet. Lantas berjumpa pemilik saiber kafe tersebut dan berpesan agar anaknya di blacklist dari kafe tersebut. Sekiranya kelihatan kelibat anaknya maka dipesan segeralah menghubungi hotline si ibu. Berkerutlah dahi si tokey kerana kehilangan pelanggan tetapnya. Bukan seorang tapi berorang-orang kerana si anak datang bersama rakan-rakan seperjuangan yang bernaung di bawah payung dirajanya. "korang main je, nanti aku bayar" lagaknye seperti Sazali sewaktu kecil (sila tonton filem anakku Sazali).

Aku rasa banyak lagi perubahan yang dapat dilihat hasil dari peralihan zaman ini. Aku pun pernah menjadi budak dan budak manalah yang tak nakal. Tapi budak zaman sekarang nakalnya semacam. Aku belum punya anak malahan berkahwin pun belum lagi. Tapi bagaimanakah harus aku didik anak-anakku nanti bagi menempuh zaman milennium ini? Dengan kondisi kerja aku yang tak selalu dirumah, mampukah permaisuriku mendidik anak-anakku dengan acuan yang terbaik? InsyaAllah suatu hari aku pasti akan berjumpa dengan formula terbaik untuk menbesarkan anak-anak ini. InsyaAllah. Salam..

Nota: Keadaan di atas mungkin tidak teraplikasi kepada semua orang. Ini cuma pendapat dan pengalaman aku.

Monday, March 1, 2010

bahasaku melayu..

"Sekiranya terdapat perbezaan dalam penterjemahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunakan"



apekah? bukan ke bahasa Malaysia (Melayu) bahasa rasmi???

Tuesday, February 23, 2010

Pepatah Melayu berkata...

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Masih relevankah pepatah ini? Atau teraplikasikah kepada semua? Manusia takkan lepas dari melakukan kesilapan dalam hidup. Syukurlah ada yang sedar akan silapnya itu (samada disedarkan atau tersedar sendiri) dan berkehendak akan ia untuk berubah demi kebaikan. Tapi mestikah Sang Pendosa terus hidup diselubungi kesilapan silam? Ya benar, yang lepas harus dijadikan pengajaran. Kata maaf diucap bukan bermaksud melupakan. Beringatlah, tapi biar berpada-pada. Berilah peluang kepada Sang Pendosa mengharungi yang jernih. Sang Pendosa pasti beringat akan silapnya dahulu, harap diulang tidak. Ingat, berilah peluang...

Wednesday, December 30, 2009

penghujung tahun

Selamat tahun baru 1431 Hijrah dan 2010 Masihi. Semoga hidup dalam tahun ini lebeh hebat dari tahun semalam. Bertambah lagi 1 angka untuk perkiraan umur kite. Ade orang kate sebenarnya bukan bertambah umur, tapi berkurang umur kite stiap kali pertambahan tahun. Berkurang umur untuk kita bernafas. Ade betolnya. Banyak mende yang aku bace lately, banyak kate-kate yang aku nak ulas lately, banyak peristiwa yang terjadi lately. Maka sendat jugalah kepada aku ngan mende-mende nih. Banyak mende nak ditulis, tapi kemalasan mengatasi segalanya. Itu dia, formula terbaek untuk mengelak ape saje dalam ape jua keadaan. MALAS. Teruskan berfikir, teruskan pemerhatian, terus mencari yang terbaik. Pasti kau kan berjumpa jawapan. Jangan malas-malas. Peace!

Monday, November 23, 2009

katakatakatakatakata

Sesetengah kata-kata orang boleh didengar tak boleh dipakai. Sebahagiannya lagi boleh didengar dan boleh dipakai. Termasuklah yang pedih didengar tapi boleh dipakai tapi tak mahu dipakai atas pelbagai alasan. Yang bagusnya yang pedih didengar tapi boleh dipakai ini digunapakai. Itu orang yang bijak. Tapi tak kurang banyaknya yang tak boleh didengar dan tak boleh dipakai tapi masih didengar dan dipakai. Terpulanglah kepada kebijaksanaan anda sendiri. Kalau tak pasti? Tanyalah pada kawan, itu pun belum tentu boleh didengarpakai. ;)

Wednesday, October 21, 2009

coretan pagi buta..

MANUSIA. Dimana pun makhluk yang satu ini berada, tetap akan sama sifatnya. Kalau ada yang rajin, pasti ada yang malas. Kalau ada yang baik, pasti ada yang jahat. Kalau ada yang kaya, pastilah ada yang miskin. Kesilapan yang sedikit dibakar lagi dengan kesilapan-kesilapan yang lain. Yang diserang lantas membela diri sambil melancarkan serang balas dengan mencari salah silap pihak lawan. Bak hujan lebat, caci maki bertebaran sana sini. WHO WILL WIN? tiada sapa yang tahu. Jangan dikatakan kita ini baik, dia itu jahat dan jangan dikata kamu itu baik, kami ini jahat. Kerna pasti dalam satu komuniti yang besar ada yang baik dan ada yang buruknya. Itulah manusia. SEDIH bila hidup berjiran, tetapi bercakaran. Jangan hanya cantik pada permukaan saja, isinya juga harus cantik bersama. PELIK, tatkala peperangan siber rancak diantara meraka, kami disini berkerja bersama-sama dengan begitu cantik untuk mencari nafkah. bangsa berbeza, warganegara berbeza, agama juga berbeza. Namun tiada pula perkelahian seumpama itu. Sudah-sudahlah...

nota : post kali ni aku tulis lepas bace blog2 berisukan tarian pendet.

Monday, October 12, 2009

laut

mase kecit-kecit dulu aku sangat excited kalau dapat picnic kat pantai. paling kagum bile tengok laut. daerah yang takde penghujung. skang ni 3/4 dalam setahun, masa aku abes kat laut. mungkin mase kecit-kecit aku dah rasa yang suatu masa nanti aku pasti akan kelaut...

Tuesday, February 10, 2009

الهام ڤوجڠڬ

الهام دري ڤوجڠڬ
برديام ديري بوكن ارتيڽ كاو كاله
بيار چرچأن سكالي داتڠ منيمڤا
سودهله ميمڠ عادة د دنيا
برسواراله كامو ڤد ڤركارا برڬونا
ايتله صفة اورڠ بيجقسان

ايا انق مودا ايت تياد ماتي كران ترڬلينچير كاكيڽ
تتاڤي ماتيڽ انق مودا ايت اياله كران ترڬلينچير ليدهڽ
برديام ديريله كامو كڤد ڤركارا يڠ بوكن-بوكن
برسواراله كامو كڤد ڤركارا يڠ ممبري كبايكن

بريكنله تناڬ
اونتوق نوسا دان نڬارا
كيني زمان كماجوان
جاڠن كيت كتيڠڬالن

كاسيه سسام مأنسي
سڤرتي اندا سايڠكن ديري اندا
ڤندڠ يڠ ساتو كڤد يڠ راماي سايڠ
ڤندڠ يڠ راماي كڤد يڠ ساتو

اوسهله دتاڽ اڤاكه بقتي نڬارا اونتوق كامو
تتاڤي تاڽله اڤاكه بقتي كامو اونتوق نڬارا
برجاسله كامو اونتوق كهرمونيان نڬارا

كاو كاتاكن ڤد اكو سكارڠ ڤوان
اڤاكه ڤنداڤت كاو اتس كواجيڤن مودا مودي
ڤمبلا هارڤن دان تياڠ سڬالا بڠسا دان نڬارا
باڬايماناكه چارا يڠ ڤاتوت اكو تونجوقكن كواجيڤنكو
كاو ممڤوڽاءي عقل بوكن؟
تڤوكله دادا تاڽ سليرا

سوڠڬوهكهله هاتيمو
ڤرتاهنكن ايبو ڤرتيوي
جاوهكنله ديريمو دري ڤركارا يڠ مروڬي
معاف مودي دان مودا كوسوسون جاري سڤولوه
اكو بوكنله سأورڠ ڤوجڠڬ
هاڽ سأورڠ ڤڽاڽي بياسا




ڤ/س : ساج نق ڤوليسه باليق جاوي اكو. ڤنداي٢ كورڠ لا اوكي.. ها ها ها..

Monday, January 26, 2009

rentetan seorang AKU

15 tahun dulu..
-sorang budak laki-laki.
-tinggal kat FELDA Palong Timur 1.
-masih skola rendah, baju putih suar biru slebet-slebet.
-pandai buat layang-layang.
-suke mandi paya.
-pandai main gasing.
-suke maen guli.
-berani redah utan paya cari asam kelubi (tempat aku pggil asam paya).
-tak suke kutip lerai kelapa sawit.
-sungguh-sungguh takut ngan lintah.
-tak pernah pegang komputer.
-tak pernah gi KL.
-rajin tangkap ikan.
-tidur dalam kelambu ngan abang bteman ubat ngamuk.
-suke gi skola sebab bole maen ngan kengkawan.
-malas wat homework.
-slalu kena sebat ngan abah.
-masuk maghrib kena halau ayam masuk reban.
-haa..pandai anyam ketupat.

5 tahun kemudian..
-budak laki-laki lagi.
-skola menengah kat asrama penoh.
-mula kenal dunia luar.
-kalau cuti, still mandi paya kadang-kadang.
-curi-curi memancing kat tasik & kolam skola.
-cuti ujung minggu suke balik umah kawan-kawan atau wat bbq kat asrama.
-dah pandai pakai microsoft office.
-dah pandai memilih pakaian.
-minat sorang budak pompuan.
-tak brani maen rugby lagi.
-takut ngan senior-senior.
-suke maen arked game.
-slalu kena "court".
-cuti panjang suke tperap/tido kat umah je.
-mula rebel.
-tetiap hari dengar lagu ACAB.
-paling tak suke batch 97-01 (skang ok dah).

5 tahun kemudiannye lagi..
-still laki-laki tulen.
-blaja kat ALAM.
-biasiswa Yayasan FELDA. (terima kasih banyak-banyak)
-tak mandi paya dah, mandi swimming pool je.
-makin gemok dan takde awek.
-still idup cam budak skola.
-hari-hari kawad, nak gi makan-kawad, gi kelas-kawad, maen bola-kawad.
-kadang-kadang lupa diri, rase diri dah cukup best.
-blaja asam garam kehidupan berkawan.
-rindukan kawan-kawan skola.
-tak suke nek bas lame2.

Dan kini..
-masih laki-laki. cuma bukan budak-budak lagi.
-keje kat laut, yang tak pernah manenye aku pikirkan dolu-dolu.
-paya yang dulu slalu aku berkubang dah tinggal lopak air je.
-lintah yang aku takut, kawan-kawan dah bela buat bisnes.
-KL yang dulu tak pernah aku jengah kini lokasi utama lepak ngan kawan-kawan.
-awek aku yang sorang ni pon dok kat KL.(saya sayang awek saya)
-komputer?haa..skang saya dah ade laptop jenama Compaq.
-rase diri cam dah tua sangat tapi mesih cam budak-budak.
-bercita-cita besar pastu pening pikir camne nak jadi kaya.
-kadang-kadang rase cam dok dalam zoo yang mana zaman keciknya dulu liar bebas nak kemana-mana.
-pernah bosan duduk umah, tak rasa kepentingan keluarga, tapi kini makin sayang kat mereka.
-yang dulu rase malu nak manje-ngengade ngan mak dah makin ngengade, sengal, gedik dan manje.
-rindu zaman budak-budak yang sangat berbeza ngan budak-budak skang.
-rindu zaman skola yang 1 mase dulu aku kadang-kadang benci dan bosan.
-yang pasti akan berkahwin dan mempunyai keluarga sniri.
-yang berterima kasih pada abah kerana menyebat diriku untuk mgajarku menjadi manusia.
-yang pasti akan tua (kalau panjang umurku) dan masa tuaku dihabiskan bersama anak cucu cicitku suatu hari nanti.
-yang berharap takkan lupakan dari mana asal usulku.
-yang mampu menaburkan jasa untuk bangsaku, agamaku juga negaraku.
-yang tetap aku, kombinasi aku yang dulu, kini dan selamanya.

Friday, January 23, 2009

KEIKHLASAN

herm..tak reti aku nak cakap tentang sifat yang satu nie. kita disuruh untuk buat ape pon keje (keje-keje yang baik la, terlarang takde maknenye ikhlas pon) dengan niat dan hati yang ikhlas. Tapi camne nak dapatkan hati yang betol-betol ikhlas? dengan melafazkan ayat "seyes beb, aku ikhlas ni tolong ko." menandakan kite benar-benar ikhlas atau kemaskan katil roomate yang tengah hancus cam sarang babs pastu wat-wat tak tahu je bile dia tanye sape yang kemas. kalau dia tanye pon wat bodo je. kang kalu mgaku korang yang kemas takut datang riak pulak. kalau kate tak tahu dah menipu pulak. habis camne? (nie contoh paling senang la, mungkin tak sama dengan situasi sebenar. huhu..)

aku tanya korang la, ape ek aku nak tanye. herm..ok, kalau kite beramal jariah memang kite disuruh melaksanakannye dengan niat lillahitaala, ikhlas, jangan riak dan jangan mengharapkan balasan. kan? tapi takde ke korang terdetik dalam hati yang korang mengharapkan balasan dari Allah "di sana" nanti? kalau camtu ikhlas ke perbuatan kite? sebab kite still mengharapkan balasan.

puas kadang-kadang aku cakap ngan hati perut aku, aku ikhlas wat mende sekian-sekian. tapi still, keinginan diacknowledge (word melayu+inggeris) ade datang. puas aku pakse "syuh2, pegi ko juh-juh!!". nak salahkan sape ek? Syaitonirrojim ke? ke memang rohani aku dah rosak sebab tak mampu nak melakukan sesuatu dengan sebenar-benar rasa ikhlas? mungkin tanpa kita sedar, keburukan yang kite buat, dah melampaui kebaikan kita. tu sebab hati kita pon dah dikawal nafsu.

lagi, kalau kite merungut penat la, susah la, letih la wat sesuatu keje. ikhlas ke keje kite tu? ataupon kite disuruh wat sesuatu yang kite tak suka oleh ketua kite (mende tu still mende baek, bukan mende mengarut), dengan rasa marah kite selesaikan tugasan tu. camne nak datang rasa ikhlas? susah kan?

aku takut bila aku kat "sana" nanti, takde satu pon amalan yang aku buat dengan ikhlas. korang tak takut ke? aku rase ikhlas tu datang bile mana kite buat suatu perkara baek tu tanpa kite ingat-ingat pon mende tu. maksudnye kite tak ingat pon kite ade buat kebaikan yang sekian-sekian tu. mungkin itulah keikhlasan yang sebenar-benarnya. wallahualam, aku pon sendiri tak mampu nak tafsirkan. hanya yang mampu aku wat, susah camne pon, benci camne pon aku ngan keje tu, aku niatkan ikhlas kerana Allah. semoga amal kebaikan kite mendapat pertimbangan dari Allah dikemudian hari. Wasalamun....

Wednesday, January 7, 2009

Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang nan kota duduk disamping kekawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku tergoncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalanan ini seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan cuba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya mengapa
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya dilaut
Ku khabarkan semuanya
Kepada karang
Kepada ombak
Kepada matahari
Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkah diri disana ada jawabnya
Mengapa ditanah ku terjadi bencana

Mungkin tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
Dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang