Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Friday, March 26, 2010

Berhenti sejenak..

situasi.
Anda sedang memandu kereta menuju ke suatu destinasi yang tak pasti pada malam hari. Memandu bukan di lebuhraya, sebaliknya di jalan Persekutuan (bukan Federal Highway ye). Dari kejauhan terlihat sebuah kereta dibahu jalan dengan kelipan hazard lamp. Semakin hampir kelihatan sepertinya pemandu tersebut mengalami kesulitan sambil melihat-lihat tayar keretanya. Ataupun dalam keadaan bonet keretanya ternganga. Berseorangan tanpa ada yang membantu. Tindakan anda?

A. Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, anda berhenti untuk menghulurkan bantuan.
B. Meneruskan perjalanan kerana ingin cepat sampai ke destinasi yang tak pasti itu. Sambil berdoa agar dipermudahkan kesulitan insan tersebut.
C. Meneruskan perjalanan kerana bimbang akan keselamatan anda sendiri. Kerana sekarang ini terdapat pelbagai modus operandi penjenayah untuk mendapatkan mangsanya.
D. Lain-lain. (sila nyatakan)

Aku percaya 10-15 tahun lepas jika tersua dengan situasi begini, pasti jawapan 'A' yang akan dipilih. Sekarang ini? Susah kan nak pilih? Jika 'A' yang dipilih, takutnya masuk ke sarang buaya. Jika 'B' dan 'C' yang dipilih, kasihan pula akan ia, tapi pastinya keselamatan diri terjamin. Jadi bagaimana? Zaman makin berubah. Kebaikan diambil kesempatan, justeru manusia mengambil langkah berhati-hati. Tapi bakal mengundang pandangan tidak berperi kemanusiaan dan tiada timbang rasa. Bagaimana? Pengalaman aku sendiri yang pernah terkandas di kebun getah tatkala malam hari bulan terang. Dalam perjalanan pulang ke kampung tayar keretaku pecah dan harus diganti. Alhamdulillah ada 3 faktor yang menyebabkan aku yakin segalanya akan berjalan lancar. Satu, aku berteman. Dua, bulan terang membantu penglihatan aku. Dan tiga, aku berpengalaman menukar tayar kereta. Justeru itu kereta yang lalu lalang tidak ku harap berhenti memberikan bantuan. Mereka boleh bersegera ke destinasi tanpa perlu risau akan aku. Tapi itu cuma tayar kereta. Kalau lain punya hal? Wallahualam.

Itu hanya 1 contoh. Lain-lain? Baiklah.

1. Jiran-jiran tidak lagi mengambil berat/kisah akan perangai anak-anak jiran yang lain. Buruk baiknya bukanlah urusan mereka. Alasan "jangan jaga tepi kain orang" digunapakai. Barangkali sikap ibu bapa sendiri yang tidak boleh menerima apabila anak mereka ditegur/dimarah jiran menyebabkan jiran-jiran mengambil sikap "mind your own business".

2. Pelajar tidak lagi takut dengan guru. Tidak takut dengan guru itu biasa, tapi hilang hormat dengan guru itu luar biasa. Teguran guru dibalas dengan cercaan serta kemusnahan harta benda. Seingat aku, ketika zaman ingusan aku dulu mana-mana guru pun punya hak untuk merotan dan mencubit pelajar. Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru. Bagaimana anak itu dibimbing terserahlah kepada si guru asalkan si anak tidak cedera dan menjadi 'manusia'. Dengan cara itu sekalipun masih ramai yang nakal/ganas seperti gaban. Apatah lagi dengan keadaan sekarang ini apabila anak dicuit sedikit pun bagai incredible hulk si parents menyerang sekolah. Mau sahaja sekolah itu dibakar. Barangkali si parents inilah yang seperti gaban ketika di zaman persekolahnya dahulu.;)

3. Sekitar tahun 90'an, anak kecil bebas berkeliaran bermain disana sini tanpa perlu dirisaukan. Sebelum tegak matahari atas kepala pandailah mereka pulang ke rumah. Setelah matahari semakin menunduk maka bertebaranlah kembali mereka bergelak tawa bersama guli, gasing, layang-layang, daun terup, getah gelang dan sebagainya. Sebelum Pak Bilal melaungkan azan, berlari-lari mereka pulang ke rumah. Jika lewat pasti rotan/talipinggang/getah paip menanti menjamah belakang badan. Sekarang ini begitu sukar untuk aku menjumpai senario begitu. Hatta dikampung-kampung. Si ingusan-ingusan ini lebih gemar menjengket-jengket cuba menunggang motosikal. Setelah momentum berjaya dicapai maka berdesuplah mereka umpama jalan itu abah dia yang punya. Atau mereka lebih gemar ke saiber kafe bermain game. Cekap sungguh mereka-mereka ini seperti tentera elit lagaknya tatkala bermain Counter Attack. Pernah suatu masa dulu ketika aku sedang melanggan di saiber kafe, si ibu menyusul setelah seharian anaknya tidak pulang. Dimarah anaknya kerana kerana mengambil RM50 dari dompet. Lantas berjumpa pemilik saiber kafe tersebut dan berpesan agar anaknya di blacklist dari kafe tersebut. Sekiranya kelihatan kelibat anaknya maka dipesan segeralah menghubungi hotline si ibu. Berkerutlah dahi si tokey kerana kehilangan pelanggan tetapnya. Bukan seorang tapi berorang-orang kerana si anak datang bersama rakan-rakan seperjuangan yang bernaung di bawah payung dirajanya. "korang main je, nanti aku bayar" lagaknye seperti Sazali sewaktu kecil (sila tonton filem anakku Sazali).

Aku rasa banyak lagi perubahan yang dapat dilihat hasil dari peralihan zaman ini. Aku pun pernah menjadi budak dan budak manalah yang tak nakal. Tapi budak zaman sekarang nakalnya semacam. Aku belum punya anak malahan berkahwin pun belum lagi. Tapi bagaimanakah harus aku didik anak-anakku nanti bagi menempuh zaman milennium ini? Dengan kondisi kerja aku yang tak selalu dirumah, mampukah permaisuriku mendidik anak-anakku dengan acuan yang terbaik? InsyaAllah suatu hari aku pasti akan berjumpa dengan formula terbaik untuk menbesarkan anak-anak ini. InsyaAllah. Salam..

Nota: Keadaan di atas mungkin tidak teraplikasi kepada semua orang. Ini cuma pendapat dan pengalaman aku.

Wednesday, October 21, 2009

coretan pagi buta..

MANUSIA. Dimana pun makhluk yang satu ini berada, tetap akan sama sifatnya. Kalau ada yang rajin, pasti ada yang malas. Kalau ada yang baik, pasti ada yang jahat. Kalau ada yang kaya, pastilah ada yang miskin. Kesilapan yang sedikit dibakar lagi dengan kesilapan-kesilapan yang lain. Yang diserang lantas membela diri sambil melancarkan serang balas dengan mencari salah silap pihak lawan. Bak hujan lebat, caci maki bertebaran sana sini. WHO WILL WIN? tiada sapa yang tahu. Jangan dikatakan kita ini baik, dia itu jahat dan jangan dikata kamu itu baik, kami ini jahat. Kerna pasti dalam satu komuniti yang besar ada yang baik dan ada yang buruknya. Itulah manusia. SEDIH bila hidup berjiran, tetapi bercakaran. Jangan hanya cantik pada permukaan saja, isinya juga harus cantik bersama. PELIK, tatkala peperangan siber rancak diantara meraka, kami disini berkerja bersama-sama dengan begitu cantik untuk mencari nafkah. bangsa berbeza, warganegara berbeza, agama juga berbeza. Namun tiada pula perkelahian seumpama itu. Sudah-sudahlah...

nota : post kali ni aku tulis lepas bace blog2 berisukan tarian pendet.

Saturday, September 26, 2009

salam aidilfitri..

pergh..terok aku kne bidas..dah la tak penah2 aku bace blog beliau.. sekali bace dah kne cop jadi stalker? hahaha.. byk sgt ke peminat bang? for your info, aku ni seyesly takde masalah pape pon ngan beliau. sekelumit pon takde. yang tuan punye badan yang bidas aku pon aku takde masalah. pelik gak tetiba terok gitu aku kena hentam. aku ni pon suke la jugak bace blog dia, ade gak la entry2 yang menarik. kalau dia perasan, aku ni blog follower dia. klu la aku stalker, takkan la aku nk jd follower terang2an. cuti mmg aku x rajin nak bace2 blog sgt. lebih pada aktiviti luar. arini aku baru nak bace balik tibe2 dah kena hentam. well baru aku tau aku dah dibuang jauh2.

berbalik pada topik asal. aku seyesly ikhlas nak berkawan ngan dia n beliau. xde pon rase iri maupon benci. ajakan aku yg dulu tu bukanlah ajak2 babi seperti yg dia uar2kan. pasal beliau plak, aku tak penah kenal beliau mcm mane, so nape aku nak benci, iri, sakit hati ngn beliau? pelik lak tetiba aku kena tuduh begitu. mase GMG, mase aku tsempak abg mad duan n beliau, aku sedang rushing nk ke studio sbb second session dah start. pas abg mad duan suh aku cepat sket aku salam la ngan abg mad. bkn aku sengaja takmo salam beliau. beliau btol2 kat sbelah abg mad, aku tak nampak langsung beliau cuba menghulurkan tangan untuk bersalaman ngan aku. aku pon segeralah ke studio tanpa bersalaman dengan beliau. aku rase misunderstood je kat sini. yela, salah aku la kot, mmg patut yang muda menghulurkan salam pada yang tua. tapi memang takde niat buruk dihati langsung. lgpon to be honest, aku segan la sket ngan senior2 yg aku tak kenal ni. aku ni pon bkn le jenis mesra melata. by the way mase mustika aku tak melepaskan peluang bersalaman ngan beliau. sumpah aku takde masalah pape ngan beliau.

tapi mmg tak dinafikan la memang ade beberapa orang yang ade issue ngan beliau. tapi bukan aku. aku cume dengar2 je. pastu aku layan gelak je la. just malam tadi aku tergerak nak bace blog beliau. maka benarlah ape yang dikata mereka2. ade point, aku tambah2 je la kt diorg. aku mmg nak komen kt blog beliau tp takut jd hal plak. tp blom komen lg rupe2nye mmg dah jadi hal. alang2 dah dia caci-maki aku, biar aku tunjuk muka. bile aku jengok blk blog tu, tau2 dah ade org komen seperti yg aku mau komen. aku setuju ngan komen athzree. komen aku berdasarkan pembacaan aku pada post semata2, tiada langsung rasa prejudis. tapi aku tak nafikan hak beliau untuk menulis ape saje. blog beliau, suke beliau la kan? aku lak pembaca, lepas baca suka aku la nak komen ape kan? tapi sumpah, tu la kali pertama aku bace blog beliau, dah kena cari maki. tp bkn kt blog beliau la. kne kat blog dia. haha..

aku pon sbnarnye mmg taktau pon aku telah dibenci oleh dia dan keluarga dia. sbb aku pon dah lama tak keep in touch. bile aku bace post caci-maki dia kat aku, baru la aku sedar kedudukan aku yang sebenarnya. byk kali dah aku mintak maaf kat dia dan family dia atas kesilapan aku dimasa lampau. dari kata2nya dulu, aku dah dimaafkan. kami setuju takmo ade gaduh2 antara kedua belah pihak. tapi tak tau mane silapnye, rupe2nye aku dibenci. biarla aku dibenci, jgn family aku yg dbenci. thanks la.. arini baru aku tau. by the way aku tak lupe janji aku nak bagi adik dia hadiah pmr. aku penah bgtau adik dia, aku bg lmbt sket la. janji tetap janji. aku akan bagi. pastu nak buang longkang ke, sedekah ke, terpulang la.

mak, abah..jgn le risau, kite bukan le keturunan stalker. salah silap anakmu ini biar la ditanggung sendiri. dia yg mak kenal, bukan le dia yg cam dulu. nasib beklah mak tak call dia raya aritu. klu tak mesti mak pon dah kne caci maki. sian kt mak, mesih igt dia sebaik dulu.

selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin.

Tuesday, July 29, 2008

Kes ANWAR tak releven?

Sekarang ni Malaysia PANAS dengan kes Anwar Ibrahim. Tak selesai lagi kes Najib dengan Altantuyanya dah dapat kes lain. Adakah kes Anwar ni sekadah untuk mengalihkan perhatian umum daripada fokus pada kes Najib? Sorry, I can't explain it much. Aku pun tak berapa nak updates pasal hal-hal ni. Bukan aku tak mahu ambil tahu, cuma kondisi aku sekarang ni (dah nama pun sailing) menyukarkan aku untuk updates any issue happen in Malaysia. Kalau aku diberi sumber bacaan, insya-Allah aku takkan lepaskan.

So far, serba sedikit aku tau la jugak apa yang jadi sekarang ni. Macam-macam la diorang ni. Betul la macam kawan aku kata, political issue kat Malaysia sekarang ni lebih menarik dari any drama series (CSI, Samarinda, entah apa-apa lagi tah). Diorang punya belit fakta lagi dasat dari kelentong penjual kereta/insurans. Lagi dengan kondisi media massa dan media cetak yang dikawal terus oleh kerajaan, menyukarkan kita memperoleh fakta-fakta yang sahih (yang kononnya didakwa sahih sesahih-sahihnya oleh kerajaan). Atau mungkin meraka benar-benar sahih? Wallahualam. Yang pasti sekarang rakyat tidak lagi buta, tidak lagi mudah di perbodoh-bodohkan dengan ucapan-ucapan yang lantang serta tebaran janji-janji yang teramat manis. Pada aku, kalau anda bagus, anda cemerlang, anda buat kerja seperti yang diamanahkan oleh rakyat kepada anda, anda tak perlu bersuara pun orang tetap akan sokong anda. Itulah dia.

Kebebasan media yang terbatas menyebabkan banyak fakta mengenai kes-kes 'TERHANGAT DI PASARAN" sekarang ni tak dapat didedahkan (kesian kat wartawan). Kes Anwar la yang aku rasa paling tak releven. Orang tua tu dah la pernah kena jail pasal kes tu dulu. If betul la dia ni kaki "main belakang" sekali pun, tentu la dia cari channel yang safe and secure untuk dia lakukan kerja-kerja terkutuk tu (ceh macam tau-tau la pulak). Aku tak kata yang Anwar tu kaki sodom. Itu kalau je. Lagi 1, menurut yang aku tau, mamat mangsa sodom tu berketinggian 6 kaki (berapa meter ek?), umur segar bugar lagi iaitu sweet 23 versus Anwar yang dah senja, berusia lebih setengah abad, ko tak boleh nak defense diri ko sendiri ke? Ko sepak je "tuuut" Anwar then lari gi balai polis buat report. Habis cerita. Ni tak, ada yang kata pergi pejabat Najib la, jumpa orang kanan Najib la, entah hape-hape je la. Lain la kalau si Saiful tu sendiri yang rela dengan riang rianya diliwat, but then kata pulak Anwar yang meliwat dia. Serius la, drama ni kalau korang follow aku rase cam nak tergelak pun ada. Cerita tamil pun aku rasa lagi layan kot. Huhu.. Korang nak tau banyak lagi pasal kes ni korang bole check kat blog APAN, or click je kat  sini dan sini.

So sekarang siapa yang tak releven? Kes Anwar yang tak releven? Politik Malaysia yang tak releven? Harga minyak yang tak releven (tetiba je masuk pasal minyak kan. Haha..)? Media yang tak releven? Atau aku yang tak releven? Korang fikir-fikirkan la sendiri. Assalamualaikum....



Penambah perisa cerita : Tengah kecoh-kecoh harga minyak naik, inflasi naik, rakyat disuruh berjimat, ubah gaya hidup supaya berjimat cermat tetiba je ada pulak menteri besar beli Mercedes compressor 14 bijik. Tak ke pemerintah "berjiwa rakyat" namanya tu? Hahaha...