Thursday, July 17, 2008

MALAYSIA atau MYANMAR?

Myanmar ataupun Burma. Apa yang ada dengan sebuah tempat yang bernama Myanmar/Burma ni? Bersepah orang diorang kat tempat kita kan? Yang dah fasih cakap melayu pun ramai gila. Yang kawin dengan orang kita ada tak? Yang aku tahu, kalau kawin dengan Mat Bangla ada la. Tu pun sebab muka diorang ala-ala Shah Rukh Khan kot? Haha. Tapi ada sorang member aku kena ngorat ngan mamat Burma. Serius!! Ni cerita btol ni. Bukan fiksyen or rekaan semata-mata. Cinta suci mamat Burma tu ditolak mentah-mentah oleh member aku. Hehe. Okay,kita abaikan cerita tu. Hmm.. Korang tak teringin ke nak tengok camne pulak tempat diorang yang bernama Myanmar tu? Ape yang best kat sana, macam mane culture diorang, masyarakat diorang, apa-apa je la. Ok, meh aku cerita sikit pengalaman semasa kapal aku masuk sana.

~ Aku rasa la kan (dari apa yang aku nampak la), diorang ni pun masyarakat majmuk macam kita jugak. Sebab muka diorang tak sama pattern. Maksud aku kalau Bangla, sekali tengok je korang dah tau mamat ni Bangla. Sama macam Indonesian or Vietnamese. Tapi diorang ni ada yang muka cam India, Cina, cam Thailand pun ada, yang cam orang Melayu pun ada. Serius aku tak tipu. Mungkin sebab Myanmar ni bersempadan ngan negara-negara tersebut kot. Tapi yang cam melayu tu ape cer beb??

~ Kalau korang pernah masuk Myanmar, sure korang sangat-sangat bersyukur jadi anak Malaysia, dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan di Malaysia. Tak kira la Melayu ke, Jawa ke, Iban ke, Kadazan ke, Banjar ke, Cina ke, India ke, yang campur-campur ke, senang cerita mesti korang bersyukur sangat-sangat la. Aku rasa korang pun dah tau kan kenapa aku cakap macam tu. Yela, diorang diperintah oleh Junta (tentera). Freedom? jangan harap la. Malam-malam korang takkan ada peluang nak lepak-lepak minum kat mamak ke, kedai makan ke. Silap-silap boleh kena tembak. Lagi 1 yang aku sangat la bersyukur, 2 minggu selepas kali terakhir aku masuk Myanmar, tempat tu dilanda taufan Nargis. Ya Allah, aku sangat-sangat bersyukur Kau panjangkan umur aku. Alhamdulillah..

~ Apa yang tak best kat sana? Banyak. Corruption kat situ korang jangan kata la. Kapal sebelum masuk kat sesebuah port, ada banyak procedure. Cargo declaration la, kastam la, imigresen la, ntah apa-apa lagi tah. Aku tak tau sangat, bukan kerja aku. Senang cerita, pilot, agent, imigresen, kastam dan polis yang berurusan dengan kapal semua minta suap secara BERASINGAN!!. Terang-terang minta suap. Nak tak nak Kapitan kena bagi la juga. Kang tak pasal-pasal kapal kena tahan lak. Kalau Kapitan tak bagi, bila-bila masa je diorang boleh declare kapal kitorang bawa menda-menda haram. Tak ke naya?? Hmm.. Pastu orang-orang diorang yang datang kapal buat kerja, buat perangai lain pulak. kalau setakat makan minum kat kapal tu takdak hal la. Ni habis barang-barang kat kapal tu diorang "shopping". Apa yang boleh diorang angkat, semua diorang tapau. Clothes? breathing apparatus set? axe? fire hose? semua diorang angkat. Makanan dalam store jangan kata la. BERSIH!! Hmm.. Mesti korang kata "alah, apa susah, halau je la diorang turun kapal" kan?? Diorang datang ramai weh, pastu krew kapal berapa kerat sangat la.Mana larat kitorang nak pantau. Diorang ni semua pandai cover line. Kerjasama beb. huhu.. Lagipun kat tempat orang, berani ke korang nak halau diorang? Polis? Ingat diorang mau layan ke? Marah tu memang la aku marah, tapi lama-lama bila aku pikir balik, aku jadi kesian. Korang rasa nak ke diorang hidup camtu? Aku rasa tak. Tapi siapa yang buat diorang terpaksa jadi macam tu? Tak lain tak bukan, kerajaan diorang sendiri.

~ Dah bersyukur belum? Kalau belum meh aku tambah lagi. Orang-orang diorang sangat-sangat susah. Yangon (Rangoon) tu capital city dia, tapi memang teruk la keadaan bandar tu. Tak yah la aku cerita camne. Budak-budak ramai yang mengemis, jual poskad, offer diri nak angkat barang (masa korang shopping) and ada yang offer nak jadi tourist guide untuk kitorang. Bayang sendiri la, budak umur 11-12 tahun offer diri nak jadi tourist guide?? Yang menariknya, diorang tak mintak duit, sebaliknya cukup la sekadar korang bawa dia pergi makan or belikan dia makanan. Nampak tak betapa bersungguhnya budak-budak tu nak cari sesuap nasi?

~ Ada sekali tu lepas aku jalan-jalan shopping kat sana (takde ape yang menarik sangat pun. Kalau nak cari batu ruby, nilam, jed dan banyak lagi boleh la) on the way back to vessel, kitorang tunggu bot agen kat jeti. Then ada sorang budak perempuan datang kat aku jual poskad. Mula aku kata tak nak, then dia pergi pulak kat member-member aku yang lain. Bila dah habis semua dia tanya, dia datang balik kat aku. Aku pun beli la. Tak mahal, USD 2 ada la dalam 14keping. Dia tersenyum. Manis budaknya. Pastu aku sembang-sembang la dengan dia. Elizabert nama dia. Umur 12 tahun. Dia kata dia tinggal dengan mak dia kat seberang sungai nun. bapak dia dah takde. Aku tanya dia tak sekolah ke? Dia kata tak. Takde duit katanya. Mahal yuran nak pergi sekolah. Cot cet cot cet lama jugak la aku ngan member aku layan si Elizabert ni sembang. Tiba-tiba baru aku sedar yang budak ni baru berumur 12 tahun, tak pergi sekolah, tapi boleh sembang ngan kitorang menggunakan bahasa Inggeris!! Serta merta aku kagum (adult kat situ nak cari yang tau English pun susah geng!!). Bila aku tanya, dia kata dia belajar dari kawan dia yang pergi sekolah. Tengok betapa dahagakan ilmu budak ni. Dah la belajar ngan kawan je, pastu siap boleh cakap terus lak tu. Dah besar nanti katanya nak jadi tourist guide. Siap cakap kat aku another 10 years, kalau aku datang sana lagi, dia nak bawak aku jalan-jalan tempat yang menarik. Terasa cam nak ambil dia jadi anak angkat je. Bawak balik Malaysia, sekolahkan dia. (Haha!! terasa je. Tak mananya aku buat) Kita ni yang sistem pendidikan mantap siap takmo gi sekolah lagi. Tuang kelas la, apa la. Bersyukur la kawan-kawan oi(sendiri terasa. huhu..) Tapi sekarang aku tak tahu la apa nasib si Elizabert. Selamat ke tak dia dari taufan Nargis? Mudah-mudahan dia selamat.

~ Susah kan hidup diorang? No wonder la diorang ramai yang datang cari rezeki kat tempat kita. Atas kapal aku ni pun ada sorang, jadi electrician. Suka ketawa orangnya. Pada aku la, takrifan "hidup susah" tu sendiri abstrak. Sama ada memang susah, atau kita sendiri yang pilih untuk susah. Meh aku bagi korang 2 contoh untuk korang fikirkan.

1.Duduk kat kampung, makan cukup (nak sayur ada tanam kat belakang rumah, nak ikan boleh pancing kat sungai), pakai ala kadar, tak perlu berfesyen sangat, keperluan asas macam elektrik, air, tv, radio ada. Tapi tak mewah. Kenderaan sebijik motosikal atau beskal. Takde kereta. Nak jalan jauh naik bas. Tak perlu nak pikir bayar duit kereta, duit rumah, utang tv, utang perabot dan macam-macam utang lagi (sebab kebanyakkannya yang lama-lama masih elok). Orang yang senang kata "susahnya hidup diorang". Tapi betul ke susah hidup diorang?

2.Duduk kat bandar,bayar rumah ngan kereta tak boleh lari la kan. Tu 2 benda wajib. Bajet untuk belanja rumah, tv, home theatre set, perabot, pakaian, komputer, bil telefon, internet, elektrik, air, minyak kereta, tol, parking, cukai pintu dan macam-macam lagi. Orang susah nampak "mewahnya orang ni, mesti orang senang". Tapi betul ke senang hidup diorang?


~ So skang camne? Kita memang hidup susah? Atau kita sendiri yang pilih untuk hidup susah? Atau kita takde pilihan dan terpaksa susah? Atau bersusah-susah dahulu, bersenang-senag kemudian? Aku sendiri tak nafikan, untuk puas dengan hidup kita sendiri, mungkin kita akan pilih cara hidup yang susah sikit pada permulaannya supaya kita puas dikemudian hari bila kita tidak lagi susah. Apa pun ikut kemampuan masing-masing la kan. Sendiri mau ingat la macha! Tapi alhamdulillah. Bersyukurlah, susah-susah kita pun takde la sampai 1 hari kita miss soru. Kita masih tidur berbumbung, berselimut hangat. Takde la jadi macam kat Burma. Kan?? Kalau nampak orang mintak sedekah kat Puduraya, atau masa kita lepak-lepak kat mamak didatangi orang buta jual tisu/calendar, tak perlu la persoalkan sama ada orang tu benar-benar buta dan tak mampu cari rezeki dengan cara lain. Seluk la poket, capai la wallet keluarkan la walaupun hanya 50 sen, ikhlaskan kerana Allah dan berilah pada mereka. Tak luak pun duit kita kalau setakat 50 sen. Tipu atau benar keadaan diorang tu bukan urusan kita, itu urusan mereka dengan Allah. Kita besar pun dah besar dah. Matang pun dah matang dah. Bersyukur la dengan apa yang kita ada. So renung-renungkanlah. (ayat tak boleh blah..hehe) Sebagai penutup, aku selitkan sikit gambar-gambar masa aku kat Burma hari tu. Salam...



Blakang tu kalau tak silap kompleks mahkamah

This is a bus. Yah a bus!!

Bookstore

Rangoon old town

Chanteq giler building ni

1 comment:

Enchek tAj said...

http://beezmee.blogspot.com/ bro tempek sket blog aku