Tuesday, July 29, 2008

Kes ANWAR tak releven?

Sekarang ni Malaysia PANAS dengan kes Anwar Ibrahim. Tak selesai lagi kes Najib dengan Altantuyanya dah dapat kes lain. Adakah kes Anwar ni sekadah untuk mengalihkan perhatian umum daripada fokus pada kes Najib? Sorry, I can't explain it much. Aku pun tak berapa nak updates pasal hal-hal ni. Bukan aku tak mahu ambil tahu, cuma kondisi aku sekarang ni (dah nama pun sailing) menyukarkan aku untuk updates any issue happen in Malaysia. Kalau aku diberi sumber bacaan, insya-Allah aku takkan lepaskan.

So far, serba sedikit aku tau la jugak apa yang jadi sekarang ni. Macam-macam la diorang ni. Betul la macam kawan aku kata, political issue kat Malaysia sekarang ni lebih menarik dari any drama series (CSI, Samarinda, entah apa-apa lagi tah). Diorang punya belit fakta lagi dasat dari kelentong penjual kereta/insurans. Lagi dengan kondisi media massa dan media cetak yang dikawal terus oleh kerajaan, menyukarkan kita memperoleh fakta-fakta yang sahih (yang kononnya didakwa sahih sesahih-sahihnya oleh kerajaan). Atau mungkin meraka benar-benar sahih? Wallahualam. Yang pasti sekarang rakyat tidak lagi buta, tidak lagi mudah di perbodoh-bodohkan dengan ucapan-ucapan yang lantang serta tebaran janji-janji yang teramat manis. Pada aku, kalau anda bagus, anda cemerlang, anda buat kerja seperti yang diamanahkan oleh rakyat kepada anda, anda tak perlu bersuara pun orang tetap akan sokong anda. Itulah dia.

Kebebasan media yang terbatas menyebabkan banyak fakta mengenai kes-kes 'TERHANGAT DI PASARAN" sekarang ni tak dapat didedahkan (kesian kat wartawan). Kes Anwar la yang aku rasa paling tak releven. Orang tua tu dah la pernah kena jail pasal kes tu dulu. If betul la dia ni kaki "main belakang" sekali pun, tentu la dia cari channel yang safe and secure untuk dia lakukan kerja-kerja terkutuk tu (ceh macam tau-tau la pulak). Aku tak kata yang Anwar tu kaki sodom. Itu kalau je. Lagi 1, menurut yang aku tau, mamat mangsa sodom tu berketinggian 6 kaki (berapa meter ek?), umur segar bugar lagi iaitu sweet 23 versus Anwar yang dah senja, berusia lebih setengah abad, ko tak boleh nak defense diri ko sendiri ke? Ko sepak je "tuuut" Anwar then lari gi balai polis buat report. Habis cerita. Ni tak, ada yang kata pergi pejabat Najib la, jumpa orang kanan Najib la, entah hape-hape je la. Lain la kalau si Saiful tu sendiri yang rela dengan riang rianya diliwat, but then kata pulak Anwar yang meliwat dia. Serius la, drama ni kalau korang follow aku rase cam nak tergelak pun ada. Cerita tamil pun aku rasa lagi layan kot. Huhu.. Korang nak tau banyak lagi pasal kes ni korang bole check kat blog APAN, or click je kat  sini dan sini.

So sekarang siapa yang tak releven? Kes Anwar yang tak releven? Politik Malaysia yang tak releven? Harga minyak yang tak releven (tetiba je masuk pasal minyak kan. Haha..)? Media yang tak releven? Atau aku yang tak releven? Korang fikir-fikirkan la sendiri. Assalamualaikum....



Penambah perisa cerita : Tengah kecoh-kecoh harga minyak naik, inflasi naik, rakyat disuruh berjimat, ubah gaya hidup supaya berjimat cermat tetiba je ada pulak menteri besar beli Mercedes compressor 14 bijik. Tak ke pemerintah "berjiwa rakyat" namanya tu? Hahaha...

1 comment:

kaninchen_of_mersey said...

"Pada aku, kalau anda bagus, anda cemerlang, anda buat kerja seperti yang diamanahkan oleh rakyat kepada anda, anda tak perlu bersuara pun orang tetap akan sokong anda. Itulah dia."

ya betulll...