Monday, August 18, 2008

Lelaki? Jantan? Boy? Man? ahhh..bantai je la..

Fakta Mengenai Lelaki (sumber Maskulin dan Remaja)

1. 87% lelaki berkata, mengadakan temujanji dengan wanita yang lebih berjaya, adalah sesuatu yang seksi. (jap tengah imagine, seksi ke?)

2. 21% lelaki akan mencari pasangan yang lebih baik sebagai teman hidupnya, bahkan ketika bercinta. (maksudnya masa tengah bercinta, men tend to find another 1 yang lebih baik? camtu ke?)

3. 1/2 lelaki di dunia percaya bahawa dunia hari ini telah didominasi oleh wanita dan mereka hilang kedudukan dalam masyarakat. (huhu.. cam terpaksa setuju je)

4. Satu penelitian mendapati bahawa lelaki 7 kali lebih senang disaman akibat memandu dengan cuai dan tidak mengikut peraturan, dan 2 kali melanggar lampu isyarat berbanding wanita. (tipu!! aku bawak kete lagi berhemah dari Fay!!)

5. Berdasarkan satu kaji selidik, lelaki sangat mementingkan dan meluangkan 30% masa untuk menjaga penampilan diri berbanding 5 tahun lalu. (perempuan meluangkan 50% masa dating/jalan-jalan untuk menjaga penampilan dengan erti kata lain ~bersolek~ sejak puluhan tahun yang lalu)

6. Kaji selidik menunjukkan 1000 lelaki di India menyatakan bahawa kondom yang dibuat berdasarkan saiz antarabangsa adalah terlalu besar untuk mereka. (cari size XS la macha)

7. Antara seorang hingga 3 orang setiap 10 lelaki pada usia awal 70-an akan mengalami simptom pembesaran prostat. (prostat tu ape? yang dekat-dekat ngan pundi kencing tu ekk?)

8. 75% kes bunuh diri di United Kingdom dilakukan oleh kaum lelaki. (cuba kaji sebab apa, mesti sebab pempuan kan?)

9. Lelaki menyukai telefon bimbit yang mempunyai banyak butang kerana ia boleh membuatkan mereka merasakan dirinya adalah seseorang yang penting. (kalau henpon ada 1 button je boleh buat type mesage, bak meh bagi kat aku)

10. Kebanyakan lelaki takut pada pelentik bulu mata wanita. (takut kalau perempuan jadikan senjata penyepit. Sakit ooo..)

11. Kebanyakan lelaki tidak suka shopping, sebab itu department lelaki kebanyakannya terletak di aras 1. Beberapa inci sahaja berhadapan dengan pintu masuk. (sonang kojo den)

12. Apabila 4-5 orang lelaki berkumpul, topik perbualan mereka adalah sukan, politik dan kerjaya. (ya, benarrrr...)

13. Suhu badan lelaki adalah lebih tinggi daripada wanita. (no wonder perempuan suka peluk/dipeluk lelaki ekk? hangat rupanya. Haha..)

14. Rata-rata lelaki menonton tv 90 minit sehari. (aku tak termasuk kot coz aku tengok CSI supreme sunday je dah 3 episodes. Dah bape lame tu? tu belum dengan sports, discovery channel ngan berita lagi)

15. Pada usia 27 tahun ke atas, 97% lelaki kehilangan 20% kemampuan ereksinya ketika dibandingkan ketika masih 20 tahun. (aku BELUM 27 lagi!!)

16. 18-25% lelaki mengaku pernah membayangkan hari pernikahannya. (pernah ke? hmm... aaaa...)

17. 25% perokok lelaki baru dapat berhenti merokok setelah mencubanya sebanyak 4 kali. (no comment)

18. Lelaki lebih mudah menjadi perokok berbanding wanita. Purata lelaki menghisap 15 batang rokok sehari. (once again, no comment)

19. Di Australia menunjukkan bahawa 86% pembunuhan dilakukan oleh lelaki dan 95% penghuni penjara adalah lelaki. (ni sama ada lelaki Australia memang jahat atau pun Australia banyak warga lelaki je)

20. Lelaki yang berpewatakan wanita dan berpenampilan wanita tidak dipanggil lelaki, sebaliknya dipanggil Mak Nyah atau Pondan!! Hahaha.. (fakta aku sendiri)

3 comments:

fay said...

nape dgn the way i drive?
ader problem?
carik pasal nih!
i ikut peraturan ar...

Anonymous said...

dunia didominasi oleh wanita? not yet sebab billionaire rich list still dipegang oleh lelaki n most succesful CEO kebanyakannya lelaki. Pemain FIFA trbaik x pnah ada pompuan (haha)
ANyway pmpuan bleh jdi cm Margaret Thatcher, Angela merkel atau Dr. Wan Azizah (sorry la aku penyokong PR hehe utk penyokong umno aku suggest hmmm Azalina Othman hehe)

InCeK SaPpiL said...

so kire fakta 2 mesih bole dipertikaikan la?