2008 Masihi bersamaan 1429 Hijrah. 6 tahun selepas SPM. Setakat 6 tahun ni, apa yang aku dah capai? Apa yang aku dah dapat? Hmm.. setakat yang aku pasti, skang ni aku dah pun memasuki 1 fasa baru dalam kehidupan iaitu alam pekerjaan. No more ulang-alik pergi class. No more assignment yang betimbun-timbun. No more exam yang memeningkan kepala. Now evething is different. Adakah aku gembira menjalani kehidupan aku skang? Adakah? Adakah?? Adakah???
It's totally a different thing between study and working. Study which mean your responsibilities as a student as usual maintain your study achievement, siapkan assignments, komitmen belajar etc. Manakala bekerja lain pulak tanggungjawabnya, komitmen bekerja, work pressure, apply knowledge yang aku blaja dulu, cukup bulan dapat gaji, nak kena saving pulak, kena tau camne nak jaga hati orang atas pulak (bukan kipas aa..), macam-macam la. Senang cerita pada aku fasa pekerjaan ni lagi memeningkan daripada fasa pembelajaran (betol ke?).
Alhamdulillah, syukur aku rasa aku still boleh manage semua tu dengan baik walaupun tak berapa cemerlang, tapi aku masih lagi berusaha untuk yang lebih baik (orang kata pelan-pelan kayuh maa..). Memang betul, bila kita dah ada tanggungjawab sendiri sebagai komuniti masyarakat, sedikit sebanyak mampu membuat kita runsing dan tertekan dengan keadaan sekitarnya. Terutamanya politik tempat kerja. Jangan kata politik negara je yang menarik skang ni, politik tempat kerja pun bole tahan hebatnya. Watak-watak talam 18 muka la yang paling kena jaga-jaga. Ahh.. kadang-kadang buat pening kepala je pikir perangai orang-orang yang macam ni. Yang penting aku buat kerja aku, jaga mulut sendiri, jaga diri sendiri. Apa orang nak kata, PERSETANKAN! Ada yang tak betul sila la tegur. You are most welcome.
Member-member pun ramai yang dah abis mengaji. Ada yang sambung Master, ada yang terus kerja dan ada yang nak kerja dulu then baru pikir nak sambung study. Terpulang la masing-masing. Aku sendiri pun baru setahun jagung menjalani kehidupan employer-employee nie atau dengan lebih jelasnya Pelayar/Sailor/Seaman. Alhamdulillah, setakat hari ni aku rasa semuanya ok dan berjalan lancar. Kalau bab meninggalkan dan ditinggalkan tu dah biasa la. Kena la berkorban sket untuk gain something much much better for your own life. Rite geng?
Dalam setahun aku kerja ni, aku dah tukar 2 employer. First MCM - Maritime Consortium Management and the latest is Yorke Marine Services. Kadang-kadang aku pikir bagus jugak aku kerja macam ni. Tau kenapa?
1. Tempat tinggal free (pakaian didobikan, tempat tidur dikemaskan)
2. Makanan disediakan (6 kali sehari. Kat sekolah dulu pon 6 kali gak, tapi bapak berbeza dowh)
3. Kemudahan asas free (air dan elektrik)
4. Tak perlu bersesak-sesak nak pergi tempat kerja (tak payah nak kena bangun awal pagi semata-mata nak elakkan jalan jem. Kat sini kalau masuk kerja pukul 12, bangun 15 minit sebelum tu pun boleh dengan rileksnya menuju ke tempat kerja. Haha..)
5. Boleh saving dengan jayanya
6. Masa nak sign-on or sign-off, perjalanan dari rumah ke kapal/dari kapal ke rumah ditanggung beres oleh majikan.
7. Tak payah pening-pening nak isik minyak kereta memandangkan harga minyak yang gila-dasyat-tahap-mengeringkan-poket.
8. Ahh.. Lu pikir la sendiri!!
Ada advantages mesti ada disadvantages nye...
1. Selalu main tinggal-tinggal. (tak suke, tak suke - gaya kuman iklan cat)
2. Jadi katak bawah tempurung. Payah nak tau perkembangan semasa. (lagi-lagi skang ni tengah best gila slot Samarinda. Apa tajuk dia? Hmm.. "Punggungku dirobek Anwar" musim kedua. Haha..)
3. Tak dapat jumpe |c.i.n.t.a|.
4. Jauh dari family.
5. Tak dapat lepak ngan member-member.
6. Lagi tak syiok bila takde line telpon.
7. Semakin tak syiok bila tak "masuk" ngan komuniti yang ada atas kapal. (alhamdulillah kat sini best)
8. Orang kata takde life kerja laut ni. Ahh.. layaaann!!
Jadi aku rasa, apa pun yang aku kerjakan skang ni, teruk camne pon yang aku rase skang ni, bosan camne pon apa yang aku lakukan skang ni, aku kena jadikannya best, I have to be positive, so that I could survive and happy with this kind of job. And yes, I am happy now. Aku pun takkan selama-lamanya nak kerja macam ni. Bila dah sampai waktunya, aku dah dapat apa yang aku nak, aku akan quit jugak. Insyaallah. Cuma sebelum sampai waktu itu, aku harap aku kuat, aku harap orang-orang disekeliling aku support dengan apa yang aku buat ni. Aku puas hati dengan apa yang aku ada skang ni dan aku sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Jangan pernah putus asa. Good luck for me-self!! Adios!!
Keluhan rasa tak puas hati : Budak-budak MISC giler shiok naik gaji lagi. Best giler lak tu. Arggghh!! giler..giler..giler..
No comments:
Post a Comment